Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 9, 2016

[JERANTUT] YB DATO' SHAFIK FAUZAN LAWAT PUSAT PENGEMBANGAN AKUAKULTUR PERLOK




9hb Mei 2016 - Sebanyak 350 ekor ikan telah dibeli oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan dari berbagai species untuk dijadikan induk bagi menghasilkan benih-benih ikan sungai. 

Demikian dinyatakan oleh Yb. Dato' Mohd Shafik Fauzan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri dalam satu sidang akhbar di Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Jerantut.

Antara species ikan berkenaan adalah 203 ekor ikan baung, 20 ekor ikan tapah dan 127 ekor ikan ketutu atau ikan ubi.

Menurutnya lagi, sebanyak 987 ribu anak ikan telah dilepaskan ke sungai sepanjang tahun 2015 manakala 423 ribu pula yang dilepaskan pada tahun 2016 bagi tujuan pembiakan dan pemuliharaan. 'Ini adalah antara usaha kecil kerajaan bagi menyumbang penjagaan khazanah alam' - ujar beliau lagi.

Dato' Shafik juga meminta Jabatan Perikanan mengkaji pembikan beberapa species ikan lain seperti Ikan 'Lais' dan belida bagi mengelak kepupusan species berkenaan. 

Jabatan Perikanan juga disarankan agar menyediakan satu iventori ikan air tawar yang masih ada serta yang sudah pupus atau semakin pupus untuk tujuan rujukan.

Selain itu Jabatan Perikanan juga diminta menyediakan cadangan untuk dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membeli ikan-ikan yang masih hidup yang sesuai dijadikan induk dari nelayan sungai dan pemancing-pemancing dengan harga lebih mahal dari harga pasaran.

Sepanjang tahun 2010 terdapat sebanyak 18 kes kesalahan berkaitan dengan akta perikanan yang di kompaun dengan nilaian sebanyak RM8,000.00 manakala sebanyak 12 pada tahun 2015 dengan nilai kompaun RM12,500.00 dan tahun 2016 hanya sebanyak 1 kes dilaporkan.

Menjawab soalan lain, beliau menyatakan sebanyak 300 orang pengusaha ikan sangkar direkodkan terjejas akibat 'El-Nino' yang mengakibat kerugian hampir RM6 Juta. Bagaimanapun, Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memberikan bantuan kepada mereka-mereka yang terlibat.








0 comments:

share2