Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 10, 2017

ANTARA KECEMERLANGAN FELDA DAN KEMELUT FGV


Image result for felda


Kemelut FGV mesti diselesaikan segera. Felda adalah warisan yang amat bernilai tinggalan Tun Abdul Razak dan terbukti formula beliau amat berjaya. Ianya mesti terus kukuh menuju ke masa hadapan demi generasi akan datang. Tanpa kecemerlangan warisan FELDA, FGV tidak mungkin wujud.

Apabila saya diminta menganggotai barisan delegasi wakil Parlimen Malaysia ke persidangan UN Millennium Development Goals di Surabaya, sebagai ketua penyelidik delegasi, melalui data-data saya mula menyedari betapa besarnya FELDA dan betapa berjayanya FELDA membantu masyarakat miskin Melayu satu masa dulu. 'Indeed it was an eye opener for me!'

Masih saya ingat selepas Ketua Delegasi Malaysia membentangkan laporan bagaimana Malaysia berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tegar kepada angka sifar yang mana kewujudan FELDA adalah antara pemacu gerakan utama; ramai dari delegasi negara lain amat berminat dan bertanyakan formula kejayaan FELDA. 'Indeed it was a great day for Malaysian Delegates that day'. (Bangga menceritakan kejayaan FELDA, walaupun sebenarnya saya baru mengetahui fakta-fakta FELDA 2 minggu sebelumnya!)

Setiap kali melintas menara Felda, walaupun saya bukan warga FELDA tidak dapat tidak terbit rasa bangga melihat bangunan tersegam indah di tengah-tengah 'Golden Triangle' berhampiran KLCC.

Pencapaian ini mesti diteruskan demi kesejahteraan masa depan anak bangsa.

Pengurusan FGV sebagai unit pengerak perniagaan dalam memastikan kejayaan berterusan FELDA, mestilah bersikap professional. FGV mesti memastikan pulangan yang maksimum kepada pemegang saham. 

Corporate Governance FGV perlu jelas. Ini untuk memastikan bahawa tanggungjawab tidak bertindih. Ini amat penting lebih-lebih lagi FGV adalah syarikat terbitan awan. Keyakinan pemegang saham adalah penting dan perlu diutamakan.

Sekiranya Pengerusi FGV adalah non executive director (vis a vis non independent director), peranan Pengerusi dan bidang kuasa beliau perlu jelas.

Mesti jelas siapa yang ada kuasa eksekutif menjalankan urusan atau 'business deals' secara langsung. Siapa pula yang bertanggungjawab menjaga kepentingan pemegang saham dan awam. Kerana ini adalah syarikat terbitan awam bukan syarikat RM2.

Garis panduan SEC vis a vis FGV Governance structure adalah amat perlu diteliti untuk memastikan kepentingan pemegang saham terjamin. (Garis panduan NASDAQ lagi ketat - mungkin perbincangan lain).

Mungkin Corporate Governance ini adalah bidang tugas DS Idris Jala utk mencari hala tuju yang lebih professional kehadapan.

Hanya dengan adanya Corporate Governance yang teratur barulah sesuatu pengurusan syarikat boleh maju dan berdaya saing. 

Yang penting kepada pemegang saham adalah pulangan. Ini termasuk FELDA sebagai pemegang saham terbanyak; 112,000 peneroka - mereka sebenarnya bos kepada FGV.

Untuk mendapat pulangan optimum, pengurusan kos perlu cemerlang. 'Cost Driver' perlu dihalusi. Segala kontrak pemberian perlu diteliti supaya 'tidak dibayar lebih pada yg sepatutnya'!

'Non performing assets' atau aset yang tidak mendatang pulangan yang baik perlu diminimakan.

Tanya saja pada mana CEO atau CFO, adalah penting utk menumpukan kepada 'core business'. Boleh jika ingin 'diversify the business', nak jadi kreatif atau nak buat investment tapi mestilah 'on strategic direction'

Artikel di atas adalah hasil tulisan Sdr.Saiful Zaini Mohd Bokhari dengan sedikit pindaan dan pengubahsuaian oleh PahangKu Media - Editor.


0 comments:

share2