Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 10, 2017

MAINS TARIK BALIK TAULIAH PU AZMAN


NS beri tauliah kepada PU Azman


Seremban – Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menarik balik tauliah memberi ceramah agama dan motivasi diberikan kepada juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias sejak tahun lalu.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima banyak aduan berhubung ceramah disampaikan oleh Azman yang disifatkan tidak selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan Mazhab Shafie.

“Azman mendapat tauliah pada tahun 2015 selepas dia lulus sesi temuduga diadakan dan ia sah dalam tempoh tiga tahun.

“Tapi kita menerima banyak aduan berhubung pengisian ceramah disampaikan olehnya. Keputusan menarik balik tauliah diberikan selepas semakan dan siasatan dilakukan,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat yang menjadi tular berhubung makluman penarikan tauliah mengajar agama Azman daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

Sehubungan itu beliau berkata, semua masjid, surau dan sekolah di negeri ini diminta tidak lagi menjemput penceramah berkenaan.

Selain itu katanya, mana-mana pihak di negeri ini yang ingin menjemput penceramah agama termasuk dari program realiti agama dinasihatkan menyemak status penceramah yang dijemput terlebih dahulu dengan MAINS.

“Bukan sahaja penceramah tanpa tauliah boleh dikenakan tindakan, tapi termasuk juga penganjur. Jika penceramah luar misalnya, penganjur perlu mohon kebenaran khas daripada Jabatan Mufti.

“Jangan fikir penceramah itu sudah dikenali ramai atau popular, tak perlu ada tauliah atau mohon kebenaran khas. Begitu juga dengan pendakwah keluaran program realiti agama, jangan ingat itu lesen untuk mereka bebas berceramah di negeri ini,” katanya.


0 comments:

share2