Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 10, 2017

ANAK PENDAKWAH CEDERA DIPUKUL


Anak pendakwah cedera dipukul


Kajang – Anak kepada pendakwah terkenal, Tuan Asmawi Tuan Umar, cedera dipercayai dipukul seorang remaja di luar Surau Impian Murni di sini, Isnin lalu.

Ketika kejadian kira-kira jam 10 malam, mangsa berusia 14 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas solat tarawih sebelum didatangi seorang lelaki yang menuntut belanja setelah telefon yang disembunyikan dipulangkan semula.

Tuan Asmawi melalui akaun Facebook miliknya berkata, anak keduanya cedera dipukul oleh seorang pelajar berumur 18 tahun.

“Setelah mendapat rawatan di hospital swasta kosnya mencecah RM5,126 tidak termasuk kos-kos lainnya.

"Saya terpaksa bawa anak sekali lagi ke hospital kerajaan di Kajang untuk mengenal pasti kecederaannya kerana anak saya memaklumkan kedua-dua matanya kabur.

"Saya amat yakin ia dipukul dan ditumbuk dengan objek keras,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan.

“Kita masih menyiasat kes berkenaan, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.


0 comments:

share2