Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 11, 2012

LANCANG EDIBLE GARDEN - PRODUK BARU AGRO PELANCONGAN PAHANG

Ladang rebung buluh madu Lanchang



Kawasan pertanian berkeluasan 40 hektar ini terletak hanya kira-kira 12 KM dari Plaza Tol Lanchang dan 16 KM dari Pekan Lanchang. Bagaimanapun ianya lebih mudah dan sesuai didatangi menggunakan kenderaan pacuan 4 roda kerana beberapa kilometer terakhirnya merupakan jalan yang belum diturap lagi.

Apa yang menariknya adalah disinilah pertanian buluh rebung madu dibuat pada skala besar secara komersial bagi tujuan pasaran dalam dan luar Negara.

Menurut En Adnan, Pengurus Operasinya buluh yang ditanam ini adalah species yang berasal dari Negara China. Saiz buluh dan rebungnya adalah lebih kecil dari saiz buluh rebung yang biasa kita temui namun menurut beliau rasanya lebih lazat lagi.

Selain dari menjadikan tanaman buluh rebung madu ini sebagai tanaman utama, pihaknya juga menanam nangka madu, mangga chokanan, betik serta kedondong. Buah markisa juga ditanam namun masih sebagai tanaman percubaan.

Selain itu, ternakan ikan kolam juga diusahakan dengan memelihara ikan jenis tilapia, puyu serta baung.

Memandangkan kawasan pertanian ini sering juga dikunjungi oleh peserta-peserta kursus yang dianjurkan sama ada oleh Jabatan Pertanian serta swasta maka bilik-bilik penginapan telah disediakan bagi tujuan kursus-kursus yang memerlukan pesertanya bermalam disini.

Menurut En. Adnan, bilang bilik-bilik dan syele akan ditambah dari masa ke semasa kerana adanya permintaan yang semakin meningkat kebelakangan ini. Beliau juga menyediakan pakej penginapan berkeluarga dengan bayaran yang berpatutan.

Bagi pakej 2 Hari 1 Malam harga yang dikenakan adalah RM250.00 seorang yang mana termasuk penginapan serta makan minum dan lawatan ke ladang. Pengunjung juga boleh menyewa syele dengan kadar RM80.00 semalaman dengan memasak makanan sendiri kerana tiada restoran di kawasan berhampiran.

Kawasan pertanian ini juga tidak jauh dari ‘Santuari Gajah’ di Kuala Gandah.  Justeru, kedua-dua program lawatan kedua-dua lokasi destinasi ini boleh dilakukan dalam satu masa bagi menjimatkan masa dan perjalanan ketika merancang percutian.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat dengan menghubungi En. Adnan boleh di talian: 014-29499988 atau 016-4935395.


Buluh rebung madu


 Rebung yang sudah dikutip dan diproses


 Dalam proses pengawetan


Di pasarkan juga dipasar-pasaraya tempatan selain dari di ekspot


 Tanaman nagka madu


 Salah satu dari kolam ternakan ikan baung


 Satu kawasan dimana tumbuhan serdang dikekalkan 
sebagai tumbuhan semulajadi


 Bilik penginapan yang selesa


 Pondok rehat disediakan untuk pengunjung bersantai


 Pondok rehat dan rekreasi


 Tram disediakan untuk kegunaan semasa lawatan


 Penulis bersama En. Adnan, Pengurus Operasi



0 comments:

share2