Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 29, 2017

[KUANTAN] BAYI BAHARU LAHIR DITINGGALKAN DIHADAPAN RUMAH

PDRM



Seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak berpakaian serta masih bertali pusat dan beruri ditemukan di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya, pagi tadi oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata polis menerima maklumat tentang perkara itu pada pukul 7.05 pagi daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH). 

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka sepanjang tiga sentimeter pada bahagian kepala sebelah atas telinga bayi yang dipercayai baru dilahirkan tiga hingga empat jam sebelum ditemui.

"Bayi malang berkenaan kemudian dibawa ke HOSHAH dan menerima dua jahitan. Siasatan dilakukan bagi mengetahui punca menyebabkan luka tersebut," katanya ketika dihubungi di sini.

Polis kini sedang menjalankan pemeriksaan di semua klinik kesihatan dan swasta bagi mengesan suspek. - Bernama




0 comments:

share2