Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 29, 2017

2 MAUT CUBA SELAMATKAN 2 WANITA MUSLIM

Dua maut cuba selamatkan dua wanita Muslim



PORTLAND - AMERIKA SYARIKAT. Dua lelaki maut dalam cubaan menghentikan serangan Islamophobia ke atas dua wanita beragama Islam, semalam lapor BBC.

Menurut polis Oregon, kedua-dua mangsa ditikam oleh seorang lelaki di dalam sebuah tren komuter manakala seorang lagi penumpang cedera dalam serangan yang berlaku kira-kira 4.30 petang waktu tempatan (7.30 pagi waktu Malaysia).

Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Polis mengenal pasti suspek sebagai Jeremy Joseph Christian, 35 tahun ditahan dan didakwa dengan kesalahan membunuh, cubaan membunuh, mengugut dan memiliki senjata api terlarang.

“Suspek dalam keadaan tidak stabil dimana beliau sering menjerit dan meracau-racau apabila ada orang mendekatinya.

“Beberapa orang kemudiannya diserang oleh suspek menyebabkan dua maut dan seorang lagi cedera,”kata Sarjan Pete Simpson.

Sementara itu, salah seorang ibu kepada dua wanita yang diganggu suspek, Dyjuana Hudson mendakwa penyerang tersebut sempat berkata sesuatu yang teruk.

“Penyerang berkata bahawa orang Islam patut mati dan mereka telah membunuh orang Kristian bertahun lamanya,” katanya.




0 comments:

share2