Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 16, 2014

SIDANG DUN PAHANG: MCKIP LIMPAHAN EKONOMI NEGARA



Kuantan - Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng, Kuantan terletak di dalam kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau East Coast Economic Region (ECER) dan dibangunkan di kawasan seluas 1,500 ekar atau 607 hektar. 

Taman perindustrian ini dibangunkan berikutan kejayaan melancarkan Taman Perindustrian Qinzhou, China oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan China. YAB Perdana Menteri mengumumkan penubuhan taman perindustrian MCKIP bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara. 

YB ADUN Beserah membangkitkan persoalan semasa sesi soal-jawab Sidang DUN Pahang tentang status Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang telah dilancarkan pada tahun lepas. YAB Menteri Besar Pahang sendiri menjawab tentang perkembangan MCKIP dan memaklumkan bahawa ianya berjaya menarik pelaburan bernilai RM4,200 juta oleh Alliance Steel (M) Bhd bagi mendirikan sebuah kompleks kilang keluli modern bersepadu. 

MCKIP akan menggalakkan lagi pelaburan dan pembangunan pesat di negeri dan negara ini. Beberapa pelabur sedang berbincang untuk turut serta melabur di taman perindustrian itu. MCKIP juga turut memberi limpahan ekonomi bukan sahaja kepada syarikat-syarikat, perusahaan kecil dan sederhana malahan membuka peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat sekitar dengan kehadiran kilang-kilang dan industri di situ kelak.



0 comments:

share2