Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 16, 2015

DARI BLOG : APA YANG TUN 'M' NAK ?




Ramai yang keliru dan tidak menentu hala tuju apabila Tun M terus menerus 'menghentam' DS Najib hatta ketika PRK Permatang Pauh, sehari sebelum hari membuang undi. Mungkin BN tidak akan menangpun walau tanpa kenyataan Tun M mengenai Tabung Haji, tetapi setidak-tidaknya BN mampu meraih lebih banyak undi dari apa yang didapati. 

Berbagai pendapat diantara kita namun yang nyatanya kita terbahagi kepada dua; penyokong DS Najib dan penyokong Tun M. Tidak peduli atas alasan apa kita menyokong sekalipun namun hakikatnya kita terbahagi dua. 

Saya mula menulis blog ini ketika zaman Pak Lah sebagai sokongan dan dedikasikan kepada Tun M, itu saya tidak ragui sama sekali. Bagaimaanapun kini pandangan saya berbeza kerana apa yang saya harapkan dari Tun M tidak saya dapati. 

Saya mengharapkan Tun M sebagai seorang negarawan dan arkitek pembina negara bertindak lebih wajar dalam menangani masalah kepimpinan DS Najib. Namun apa yang berlaku beliau seakan-akan sememangnya bukan bertujuan untuk mengajar atau menasihat, sebaliknya beliau lebih dilihat sebagai 'pembunuh' yang tiada belas kasihan. 

Sudah pasti tiada siapa yang tahu apa sebenarnya ada dalam fikiran Tun M. Kerana itu orang menduga-duga apakah rencananya selepas jatuhkan Pak Lah dan DS Najib (jika berjaya). 

Ramai yang beranggapan bahawa beliau 'suka' agar TS Muhyiddin 'ditabal' sebagai PM... untuk seketika ... sebelum dijatuhkan pula. Ibarat berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak. Banyak pendapat mengatakan bahawa Tun M mahukan 'warisnya' mewarisi 'takhta' yang telah beliau duduki sebelum ini. 

Ada soalan; kenapa? Apakah tidak ada orang lain yang layak selain 'warisnya'? Fikiran buruk berkata; lebih mudah menutup bangkai dan menghalangnya dari berbau oleh orang yang tahu dimana bangkai itu berada. Begitu banyak soalan-soalan yang Tun M soalkan kepada DS Najib sehinggakan ada antaranya diketahui bahawa ianya langsung tanpa fakta. 

Begitu banyak juga jawapan-jawapan yang diberikan oleh DS Najib namun umum tidak mengendahkannya kerana menganggap bahawa jawapan itu hanyalah satu penipuan semata-mata. 

Siapa yang benar dan siapa yang salah bukan lagi jadi persoalan kita ketika ini. Kerana kita mesti akui bahawa apa yang berlaku ketika ini sememangnya memecahkan dan memberikan kesan besar kepada parti dan bangsa Melayu sendiri. 

Jika boleh, kita mesti merayu agar pertelingkahan ini dihentikan segera tanpa sebarang syarat. Untuk kepentingan anak bangsa kita dimasa akan datang. Setiap 'serangan' dari Tun M pasti akan memberi bekas kepada DS Najib. Demikian juga, setiap penafian dan usaha DS Najib mempertahankan dirinya akan tetap mencalar imej Tun M sebagai negarawan yang kita patut hormati. 

Lupakan sejarah silam... sejarah mencatat tiada siapa yang Tun M 'sukai' selama karier politiknya. Beliau tak 'suka' Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn ketika mereka PM. Beliau tak 'sukai' Tun Musa Hitam dan Tun Ghaffar serta DS Anwar ketika beliau menjadi PM. Beliau juga tidak 'suka' Pak Lah dan kini DS Najib ketika mereka jadi PM. 

 Apa yang Tun M nak? 

Bagaimana kita akan tulis sejarah negara dan bangsa kita nanti? 

UMNO membusuk hingga ke usus! 

Walau apa sekalipun jawapannya, kita pengamal media sosial perlu berusaha menghentikan pertelingkahan ini dari terus merebak. Jangan biarkan menjadi barah. Jangan mencurah minyak pada api yang sedang menyala. Kerana walau disebelah mana kita sekalipun, kita hanyalah 'pencacai'. Mungkin ada orang lain yang akan makan isi, namun kita tetap umpama 'anjing' pemakan tulang yang dicampak buang. 

Blogger Bangang ! 



2 comments:

  • paridah says:
    May 16, 2015 at 10:38 PM

    APA YANG TUN M MAHU? BELIAU MILIKI SEGALANYA...KELUARGANYA BERBAHGIA...USIANYA SEMAKIN LANJUT. BELIAU HANYA MENEGUR APA YG PATUT DITEGUR...SIAPAKAH YG BERANI MENEGUR TUAN BESAR KALAU TIDAK TUAN BESAR JUGA. TAK PERLULAH KITA MENJADI NASI TAMBAH TUMPANG BERBUAT SIBUK MENGERUHKAN LAGI SUASANA...TUN M GARANGNYA JELAS NAMUN LEMBUT HATINYA...HORMATI SIKAPNYA SEBAGAI ORANG TUA DAN BERSABAR DENGAN KERENAHNYA...SANGAT SEDIH JIKALAU BAHASA KASAR TAK BERHEMAH KITA MELUKAKAKN HATI AYAH ATAU ATUK YANG KITA SAYANGI ITU...

  • Anonymous says:
    May 17, 2015 at 8:16 AM

    Agak-agaknya kalau orang umno yang menegur isu 1MDB, Najib nak beri perhatian ke ?....nasib baik tun mahu bersuara !

share2