Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 24, 2018

[BENTONG] INISIATIF KERAJAAN RAKYAT DAPAT RUMAH SELESA, MAMPU MILIK



Inisiatif kerajaan rakyat dapat rumah selesa, mampu milik



Seramai 53 penduduk menerima surat tawaran rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Baris dekat sini.

Tawaran itu adalah inisiatif kerajaan bagi memastikan rakyat memiliki rumah selesa serta mampu milik.

Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat termasuk memiliki rumah sendiri.

“Rekod menunjukkan kita telah melaksanakan sebanyak 27 projek PPR di negeri ini dengan jumlah 3,668 unit rumah.

“Daripada jumlah tersebut, 3,379 unit telah diduduki rakyat di negeri ini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan surat tawaran dan cabutan undi projek PPR Kampung Baris, Pelangai, baru-baru ini.

Rumah PPR Kampung Baris yang mempunyai 129 unit dijual dengan harga mampu milik iaitu RM30,000 seunit bagi lot tengah dan RM35,000 seunit bagi lot tepi. Setakat ini, sebanyak 20 keluarga telah menduduki perumahan tersebut.

Beliau berkata, kewujudan PPR itu akan turut merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan terlibat, sekali gus memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah meningkatkan ekonomi masing-masing.

Dalam pada itu, menurutnya, sebanyak 116 Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) juga telah dilaksanakan di negeri itu melibatkan pembinaan 32,257 unit rumah.

Adnan berkata, daripada jumlah itu sebanyak lapan projek dengan 2,652 unit rumah telah siap dan diduduki manakala 21 projek (4,983 unit) dalam pembinaan.

Katanya, sebanyak 30 projek lagi yang melibatkan 7,807 unit rumah telah lulus kebenaran merancang dan akan memulakan pembinaan tidak lama lagi manakala selebihnya dalam proses memohon kebenaran merancang.

“Kerajaan BN sentiasa memikirkan apa lagi bantuan yang boleh kita berikan kepada rakyat dan apabila berjanji kita tidak pernah bercakap bohong, apatah lagi berjanji kosong.

“Kerajaan negeri akan terus merancang dan melaksanakan bukan hanya projek kos rendah untuk golongan B40 tetapi segenap lapisan rakyat yang memerlukan termasuk golongan M40,” katanya.


0 comments:

share2