Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 24, 2018

IKAN OMPOK HIDANGAN TRADISI KAMPAR



Ikan ompok hidangan tradisi Kampar



Menu ikan ompok mungkin sedikit asing bagi penduduk di negeri ini namun hidangan ini makanan tradisi bagi etnik Kampar yang majoritinya menetap di beberapa daerah di negeri ini terutama di Mentakab dan Temerloh selain Pekan, Kuantan, Chenor, Kerdau dan Kuala Lipis.

Perkampungan terbesar etnik ini di Kampung Batu Kapor, Mentakab yang memiliki ramai kehadiran etnik tersebut.

Tidak semua mengetahui resipi ini namun bagi Yazi Samat, 60, dia bertuah kerana mempelajari masakan itu selepas berkahwin dengan lelaki etnik itu lebih 40 tahun lalu dan menetap di Kampung Batu Kapor.

Menurutnya, resipi ikan ompok mudah selain senang diperoleh.





Yazi berkata, bukan sahaja enak, tetapi masakan ini boleh bertahan sehingga tiga hari.

Menurutnya, rasanya sedikit masam dan pedas namun menjadi kegemaran bagi etnik yang berasal dari Sumatera dan berhijrah ke Tanah Melayu sejak dulu lagi.

“Saya mempelajarinya daripada arwah ibu mertua dan sejak itu ia menjadi hidangan kegemaran keluarga,” katanya.

Hidangan ini kebiasaannya disediakan untuk majlis keraian seperti kenduri perkahwinan etnik Kampar dan kadang-kala disediakan untuk menu harian.

Berkongsi mengenai kisah etnik Kampar, kata Yazi, golongan ini memiliki beberapa persamaan slanga Minangkabau tetapi masih terdapat perbezaan istilah digunakan dalam pertuturan harian.


0 comments:

share2