Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 16, 2014

KUANTAN : HUJAN BERTERUSAN DI SEKITAR KUANTAN

Foto dari laman facebook rakan PahangKu Media


Kuantan - Hujan yang turun disekitar Kuantan dan kebanyakan kawasan di seluruh negeri Pahang pasti akan meningkatkan paras air di sungai-sungai berhampiran. Kemungkinan berlakunya banjir dan banjir kilat tidak dapat disangkal kerana kita masih berada dalam musim tengkujuh.

Pengguna laman media sosial terutama facebook diharapkan tidak memuatnaik foto-foto lama atau ketika banjir tahun lalu supaya tidak menimbulkan suasana panik dan tidak selesa dikalangan masyarakat.

Selain itu, orang awam diminta untuk merujuk kepada pihak berwajib seperti JPS, Polis serta pihak berkuasa tempatan untuk mengesahkan keadaan banjir dikawasan tertentu agar mendapat maklumat yang sah dan sahih.


Berikut laporan dari laman facebook JPS Kuantan:

LAPORAN ARAS AIR DAN HUJAN

A. TABURAN HUJAN 
Hujan lebat (melebihi 30mm ke atas) direkodkan di Stesen Panching Utara dan stesen2 lain mencatatkan hujan biasa.

1.Ldg Mentiga (2mm) 
2.Sg Lembing (0mm)
3.bukit sagu (4mm) 
4.pasir kemudi (0mm)
5.Panching (35mm- LEBAT)
6.bkt rangin(1mm)
7.Indera Mahkota ( 0mm)
8.sri damai (0mm)
9.Cherating (0mm)

B. PARAS AIR SUNGAI - Paras sungai di stesen pemantauan masih berada di paras normal.

Air pasang malam ini 3.1m@8.27pm.

Sekian, terima kasih.


0 comments:

share2