Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 16, 2014

DALANG TAWAN TEBUSAN DIKENAL PASTI


Sheik Man Haron Monis


Sydney – Seorang ulama, Sheik Man Haron Monis dilaporkan sebagai pemimpin utama insiden tebusan yang berlaku di sebuah kafe Sydney dan menyaksikan sehingga 15 orang tebusan sejak pagi tadi.

Monis dilahirkan Manteghi Bourjerdi dan melarikan diri dari Iran ke Australia pada tahun 1996 di mana beliau menukar namanya kepada Man Haron Monis dan menggunakan gelaran Sheik Haron.

Menurut pemimpin masyarakat, Dr Jamal Rifi, Monis tidak mendapat sokongan umat Islam arus perdana, lapor 9News, sebentar tadi.


Bagaimanapun, Monis sebelum ini berjaya menarik perhatian media melalui kempen "surat kebencian" iaitu bantahan kehadiran pasukan Australia di Afghanistan.

Kempen itu menyaksikan tindakan Monis dan rakannya, Amirah Droudis mengirim surat itu kepada ahli keluarga tentera Australia yang meninggal dunia dalam pertempuran.

0 comments:

share2