Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 5, 2014

MALAYSIA BAKAL BANGUNKAN PRASARANA TEKNOLOGI DTT



Kuala Lumpur: Malaysia bakal menerima pembangunan prasarana pembangunan teknologi TV Terestrial Digital (DTT) menjelang 2016 sekali gus menjadi negara paling ke depan mengguna pakai teknologi berkenaan di kalangan negara Asean.

Projek pembangunan prasarana teknologi DTT adalah transformasi sistem analog televisyen ke teknologi digital yang laksanakan oleh Puncak Semangat Sdn Bhd (PSSB) untuk membina, mengendali dan menguruskan infrastruktur dalam tempoh 15 tahun. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, projek berkenaan di berikan oleh kementeriannya kepada PSSB menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak lapan minggu lalu. 

Beliau berkata, pengenalan televisyen digital membolehkan rakyat mendapat faedah dari segi penambahan saluran siaran, membantu meluaskan ruang perniagaan di televisyen, kualiti audio dan visual dipertingkatkan serta menggalakkan perkembangan industri kandungan di Malaysia.

"Projek DTT adalah salah satu projek dirancang kerajaan bagi mencapai status negara maju menjelang 2020 mamandangkan ia termasuk di dalam usaha meningkatkan penggunaan teknologi industri.

"Saya difahamkan dengan adanya televisyen orang saluran siaran mampu bertambah kepada 80 saluran dan ini memberi faedah kepada kita semua untuk menikmati maklumat dan hiburan," katanya pada pelancaran projektelevisyen digital di sini, hari ini.



0 comments:

share2