Jakarta - Seorang remaja dikurung hampir dua hari oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya di Facebook selepas dia enggan memberikan wang kepada lelaki itu, lapor Jakarta Post.
Amelia Deva Puspita,17, dari Pejompongan, Tanah Abang tengah Jakarta mendakwa dikurung hampir dua hari oleh Hendra Kurniawan, 22, seorang penganggur yang dikenalinya di Facebook, kata polis.
Ibu Amelia, Suharmi,51 berkata, anak perempuannya meminta izin untuk keluar pada petang Selasa, namun tidak pulang ke rumah selepas itu.
Ahli keluarga cuba mencari Amelia namun dia gagal dihubungi melalui telefon.
Suharmi kemudian membuat laporan polis selepas menerima mesej dari anaknya yang mengatakan Hendra telah mengurungnya, lapor Tribunews.
"Dalam mesej tersebut. Amelia meminta bantuan kerana seorang lelaki yang baru dikenali mengurungnya," kata Ketua Komisioner Kanan Polis Palmerah, Armunanto Hutahean.
Polis berjaya menemui Amelia yang dikurung di sebuah rumah sewa di Kemanggisan, barat Jakarta dan menahan Hendar.
"Hendra dan Amelia mengenali antara satu sama lain melalui Facebook.
"Mereka membuat temujanji untuk bertemu dan Hendra memilih bertemu di rumahnya dan dia bertindak mengurung remaja itu selepas enggan memberikan wang kepadanya," kata Armunanto.
0 comments:
Post a Comment