Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 29, 2017

[TEMERLOH] BAYI DIBUANG DI TONG SAMPAH KINI DIRAWAT DIHOSPITAL





Penduduk di sebuah Taman Perumahan di Temerloh telah digemparkan dengan penemuan seorang bayi berhampiran tempat pembuangan sampah.

Bayi lelaki.seberat 2.44kg itu kini sedang menjalalani pemeriksaan kesihatan oleh pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh dan dilaporkan dalam keadaan sihat dan tiada kecederaan serius.

"Walaubagaimanapun bayi berkenaan masih dibawah pemantauan oleh pihak HOSHAS selama seminggu sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan meminta perintah Mahkamah jika tiada pihak tampil menuntut bayi berkenaan".

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyelamatkan bayi tersebut.Dikesempatan ini juga saya bagi pihak Kerajaan Negeri berdukacita dengan kejadian ini dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini kita jangan mudah menuding jari menyalahkan sesiapa kerana kita belum mengetahui punca kejadian yang masih di dalam siasatan pihak polis."

"Ada kemungkinan ianya berpunca dari pasangan yang melahirkan anak diluar nikah.Melahirkan anak diluar nikah adalah suatu kesalahan tetapi tidak perlu melakukan kesalahan yang kedua dengan membuang bayi berkenaan kerana ada kemungkinan bayi tersebut akan meninggal dunia jika tidak diselamatkan seperti.bayi ini",ujar YB Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika ditemui selepas menziarahi bayi berkenaan di HOSHAS hari ini.

Beliau diiringi oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang Zulhairi Zainal Abidin serta petugas HOSHAS di wad kanak kanak

Abadi Romeo

0 comments:

share2