Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 29, 2017

BERAKHIR ERA NASIONAL PROTON

Berakhir era Nasional Proton



BEBERAPA perkembangan penting berlaku di gelanggang ekonomi dan perniagaan minggu ini yang memerlukan perincian dan kefahaman.

Antaranya ialah penjualan kawalan projek kereta nasional, Proton kepada syarikat China dan ura-ura penjualan hotel mewah di New York yang didakwa dibeli dengan duit curi 1MDB.

Pada 24 Mei, DRB-Hicom pemilik utama Proton bersetuju jual 49.9 peratus saham Proton kepada Zhejiang Geely Holding.

Di bawah persetujuan itu, Geely juga akan beli 51 peratus saham pengeluar kereta sports British, Lotus.

Sebelum ini, Geely membeli syarikat kereta Sweden, Volvo.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Proton pada 1983 dan kereta pertamanya, Proton Saga, keluar pada tahun 1985, ia berperanan sebagai projek pendayaan ekonomi iaitu bagi membolehkan Malaysia memasuki satu bidang baharu perindustrian.

Sejak itu telah mewujudkan beratus ribu peluang pekerjaan dan melatih pekerja mahir, khususnya Bumiputera, dalam industri automotif.

Sebelum kerajaan mengubah dasar industri automotif - bermula zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi - dengan membuka pasaran tempatan kepada kereta import murah, Proton berupa model paling laris di Malaysia.

Kini, akibat pembukaan pasaran yang melampau dan kelembapan ekonomi, penjualan kereta buatan Proton jatuh dengan teruk dan perniagaan Proton tidak lagi lestari.

Bukan DRB-Hicom saja terpaksa menjual harta kerana kesukaran perniagaan. Banyak syarikat swasta lain dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga terpaksa jual harta mereka di dalam dan luar negara untuk tampung kejatuhan keuntungan.


0 comments:

share2