Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 30, 2016

KUANTAN TERUS UNGGULI ACARA BOWLING KHAS BERGU WANITA

KUANTAN - Acara Karnival Sukan UMNO Peringkat Negeri Pahang sempena sambutan Ulang Tahun ke 70 UMNO yang bersambung hari ini menyaksikan perlawanan Khas bagi acara Bowling Bergu Wanita.

Sebanyak 14 UMNO Bahagian didalam Negeri Pahang telah mengambil bahagian dalam perlawanan khas kali ini yang menyaksikan penyertaan seramai 28 orang secara keseluruhan.

Buat sekian kalinya, selepas memenangi acara keseluruhan bagi pertandingan Bowling semalam, UMNO Kuantan terus mengungguli kedudukan teratas dalam acara yang diadakan hari ini.
Suasana sekitar acara Bowling Khas Wanita hari ini.
Pasukan UMNO Kuantan yang diwakili oleh Puan Zainun Jalil dan Puan Alizawati berjaya mengutip jumlah mata keseluruhan sebanyak 862 jatuhan pin.

Sementara tempat kedua pula menjadi milik pasuk UMNO Indera Mahkota dengan jumlah keseluruhan jatuhan pin sebanyak 739. UMNO Indera Mahkota diwakili oleh Puan Wan Azitun Wan Yahya dan Puan Norzalina Mokhtar.

Manakala tempat ketika jatuh kepada pasukan UMNO Bahagian Rompin dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 708 yang diwakili oleh Puan Nooridelily Mohamad Nor dan Puan Sahidah Mokhtar.
Pasukan UMNO Paya Besar pula sekadar selesa berada dikedudukan keempat dengan jumlah keseluruhan mata sebanyak 702 dan diwakili oleh Puan Suzana Awan dan Puan Rosnah Mahat.

Karinal Sukan UMNO Peringkat Negeri Pahang sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke 70 kali ini bakal melabuhkan tirainya malam ini dengan acara penutup yang akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan.

Read more »

MARAN DAN PAYA BESAR UNGGULI FUTSAL KARNIVAL SUKAN UMNO


30/4/2016 - Kuantan - Acara Futsal Karnival Sukan UMNO Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Paadang Futsal FERRO Gambang Kuantan telah berjaya dimenenagi oleh pasukan dari Maran bagi kategori lelaki manakala bagi futsal wanita,Paya Besar telah berjaya menjadi johan.

Pada saingan akhir Futsal Lelaki pasukan dari Maran telah bertemu dengan pasukan dari Indera Mahkota dengan kejayaan Maran membenamkan Indera Mahkota dengan jaringan 4 - 0.Tempat ketiga futsal lelaki dimenangi oleh pasukan Jerantut yang menewaskan  Paya Besar pada perlawanan menentukan tempat ke tiga dan keempat dengan 4 berbalas 1 gol.

Bagi kategori Futsal Wanita pula,pasukan Paya Besar telah berjaya menewaskan pasukan Temerloh pada perlawanan akhir bagi merangkul kejuaraan dengan jaringan 2 - 1.Pasukan Kuala Krau pula berjaya menewaskan Indera Mahkota untuk tempat ke 3.







Read more »

TEMERLOH JUARA BADMINTON BERPASUKAN KARNIVAL SUKAN UMNO PERINGKAT NEGERI PAHANG





Pasukan Badminton Berpasukan UMNO Bahagian Temeloh muncul Juara selepas menewaskan Paya Besar pada Perlawanan Akhir yang berlangsung sebentar tadi.

Temerloh mara ke perlawanan Akhir selepas menewaskan Kuantan pada perlawanan Separuh akhir manakala Paya Besar pula menewaskan Pekan untuk mara ke perlawanan Akhir.

Dalam penentuan tempat ke-3 & Ke-4 pula dimenangi oleh pasukan Kuantan selepaa menewaskan Pekan pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi.

Keputusan dari Suku akhir hingga ke Akhir adalah seperti berikut:

Suku Akhir:

Temerloh mng Kuala Krau

Kuantan mng Bera

Jerantut klh Paya Besar

Indera Mahkota klh Pekan


Separuh Akhir:

Temerloh mng Kuantan

Paya Besar mng Pekan


Tempat Ke-3 & Ke-4:

Kuantan mng pekan


Akhir:

Temerloh mng Paya Besar











Read more »

BENTONG JUARA BOLA JARING KARNIVAL SUKAN UMNO PERINGKAT NEGERI PAHANG






Pasukan Bola Jaring UMNO Bahagian Bentong muncul Juara Karnival Sukan UMNO selepas menang dalam aksi Final menentang Pasukan UMNO Bahagian Maran pada perlawanan yang berlangsung tengahari tadi.

Bentong mara ke perlawanan Akhir selepas menewaskan Pekan dengan jaringan 9 - 6 pada perlawanan Separuh Akhir, manakala Maran pula menewaskan Jerantut 13 - 7 untuk mara ke perlawanan Akhir.

Untuk tempat ke-3 pula di menangi oleh Pasukan Jerantut dengan menewaskan Pekan 12 - 7.








Keputusan Rasmi Acara Bola Jaring seperti Berikut:

Juara - UMNO Bahagian Bentong
N/Juara - UMNO Bahagian Maran
Tempat Ke-3 - UMNO Bahagian Jerantut
Tempat Ke-4 - UMNO Bahagian Pekan

Suku Akhir:

Maran (12) vs Kuala Krau (6)

Jerantut (12) vs Paya Besar (10)

Bentong (17) vs Lipis (4)

Pekan (8) vs Bera (3)


Separuh Akhir:

Maran (13) vs Jerantut (7)

Bentong (9) vs Pekan (6)


Tempat Ke-3 & Ke-4:

Jerantut (12) vs Pekan (7)


Akhir:

Maran (5) vs Bentong (8)




Read more »

IKAN MATI AKIBAT EL NINO


Kemarau


Kuala Terengganu – Seramai 54 pengusaha ikan sangkar di seluruh negeri mengalami kerugian hampir RM800,000 ekoran berlakunya kematian ikan disebabkan fenomena El Nino yang kuat melanda negeri ini.

Angka berkenaan dicatatkan sejak dua bulan lalu, sehingga minggu ketiga bulan April ini, malah dijangka masih ada laporan sama dalam masa terdekat dibuat pengusaha-pengusaha ikan sangkar, berikutan masih terdapat kesan El Nino yang dijangka berlanjutan sehingga Jun.

Timbalan Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata, kes paling tinggi dilaporkan berlaku di Hulu Terengganu melibatkan 24 pengusaha ikan sangkar.

Diikuti daerah Setiu (13), Kuala Terengganu (8), Dungun (7) dan Marang dua kes.

“Setakat ini kita menerima sebanyak 54 laporan daripada pengusaha ikan sangkar dengan kerugian RM775,664 sehingga minggu lepas.

“Pengusaha-pengusaha ini terdiri daripada pengusaha ikan air tawar, air payau dan juga kolam air tawar yang terjejas teruk kesan suhu dan juga kuantiti air sejak fenomena El Nino yang melanda negara.

“Biasanya ikan selesa tinggal di dalam air dengan suhu 28 hingga 32 darjah Celcius, tetapi fenomena kali ini mencecah sehingga melebihi 35 darjah Celcius menyebabkan kebanyakan ikan mati,” katanya pada Jalinan Mesra Gotong Royong Bersama Komuniti di Kuarters Perikanan Chendering, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Penyelaras Dun Batu Burok, Zamri Awang Hitam.

Menurut Ruzaidi, laporan kerugian yang diterima jabatannya itu, akan dihantar ke peringkat pusat untuk dinilai sebelum menerima bantuan sewajarnya di atas kerugian yang dialami pengusaha-pengusaha ikan sangkar di Terengganu.

“Kita buat macam biasa, ikut prosedur biasa apabila ada laporan kerugian dan sebagainya, semua keputusan di peringkat Pusat dan kita hanya hantar laporan,” katanya.

Bagaimanapun, Ruzaidi berharap pengusaha bersabar menunggu bantuan tiba.

Dalam masa sama, Ruzaidi bersama Zamri sempat melakukan ziarah ke beberapa buah rumah penduduk kawasan sekitar yang sakit dan uzur.


Read more »

WANITA NEKAD KEJAR PERAGUT


ragut


Kuala Terengganu - Geram beg tangannya diragut ketika sedang menunggang motosikal, seorang wanita bertaruh nyawa apabila nekad mengejar si peragut berkenaan, dalam satu kejadian berhampiran Pejabat Pos Chabang Tiga, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa berusia 25 tahun yang ketika itu menunggang motosikal bersendirian dikejutkan dengan kehadiran sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang.

Menurut sumber, sejurus menghampiri motosikal mangsa, suspek terus bertindak menyambar beg tangan wanita itu yang diletakkan di dalam raga motosikalnya.

“Terkejut dengan tindakan lelaki tersebut, mangsa memberanikan diri mengejarnya dengan motosikal ditunggangi, tetapi gagal disebabkan suspek memandu terlalu laju.

“Dalam keadaan kelam kabut itu juga, mangsa tidak sempat mengingati nombor pendaftaran motosikal tersebut cuma boleh mengecam jenis motosikal digunakan iaitu jenis LC,” katanya.

Ekoran kejadian tersebut, mangsa kehilangan dokumen penting termasuk kad pengenalan, kad ATM Maybank, kad ATM Cimb, kad nikah, telefon bimbit jenama Lenovo warna merah jambu, duit tunai lebih kurang RM500 dan kad mykid milik anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.


Read more »

#PRNSARAWAK: `JANGAN TERPEDAYA DENGAN HELAH PEMBANGKANG'




Kuching: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jika dilihat dari segi pembangunan insfratruktur, perubahan kepada Sarawak yang amat ketara sekali adalah projek Pan Borneo Highway merupakan projek ikronik untuk negeri Sarawak.

“Pan Borneo Highway ini adalah sumbangan kerajaan pusat kepada rakyatnya dengan nilai perbelanjaan sebanyak 16 billion,” ujarnya.

Katanya, bukan itu sahaja malah bekalan elektrik, bekalan air, dan jalan- jalan seperti Jalan Song, Kanowit dan Kapit adalah sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat negeri Sarawak.

“Sebab itulah, kita tidak boleh terpedaya dengan hasutan pembangkang. Jika pembangkang menghasut untuk menolak GST, Semua di sini harus tahu tanpa GST kita tidak mungkin dapat melaksanakan Pan Borneo Higway.

“Pembangkang kutuk GST tapi dalam manifesto mereka nak buat GST juga,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Malaysia berkata, pertembungan antara PAS, DAP dan PKR di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga membuktikan pakatan pembangkang dianggotai parti yang saling mencurigai antara satu sama lain.

"Ternyata, pembangkang saling mencurigai antara satu sama lain. Mereka ini tidak ada pakatan yang ikhlas dan kukuh sebenarnya," ujarnya.

Tambahnya, parti itu hanya mengamalkan 'politik yang meraih keuntungan sementara', dan ditubuhkan hanya untuk mengabui mata rakyat.

Justeru, Najib mengingatkan rakyat Malaysia dan Sarawak khususnya, agar tidak memperjudikan masa depan dengan memilih parti yang hanya tahu menjanjikan perkara 'indah tanpa berpijak kepada realiti'.

“Saya harap pengundi di Sarawak dan DUN Tupong secara khususnya dapat memberikan majoriti lebih besar dan meyakinkan kepada BN, demi memastikan agenda pembangunan kerajaan negeri dan pusat dapat diteruskan,” sarannya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam bersama penduduk di Kampung Piang Jawa, Petra Jaya.

Read more »

#PRNSARAWAK: KENAPA TIDAK DESAK PULAU PINANG DAN SELANGOR MANSUHKAN GST?




Kempen DAP, PKR, PAN dan PAS pada pilihanraya pada kali ini semuanya mengaitkan isu GST di Sarawak. Apa yang pasti disetiap pengakhiran ceramah mendesak Ketua Menteri Sarawak memansuhkan GST di Sarawak agar rakyat Sarawak tidak terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

Benar, perihal GST bukan keputusan daripada Sarawak tetapi sebagai negeri yang membentuk Malaysia, Sarawak akur dengan tindakan pusat jika tindakan tersebut adalah untuk kebaikan negara. Pembangkang dilihat sengaja menimbulkan perkara yang tidak munasabah bagi mengelirukan rakyat agar sokongaan terhadap pembangkang bertambah.

Mendesak Adenan untuk memansuh GST adalah usaha yang tidak masuk akal. Jika benar pembangkang hendak Sarawak memansuhkan GST mengapa pembangkang sendiri tidak mendesak Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang memansuhkan GST di negeri yang mereka kuasai terlebih dahulu?

Jelas desakan pembangkang di Sarawak hanya cakap kosong yang hanya sekadar bahan kempen untuk menjadi kesedapan halwa telinga mendengar semata-mata. Pembangkang tidak pula mahu mendedah apa tindakan Adenan bagi menghadapi peingkatan kos sara hidup rakyat Sarawak.


GST tidak ditolak di Sarawak tetapi Adenan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menangani peningkatan kos sara hidup. Adenan telah menyerap GST dalam urusan disetiap agensi kerajaan Sarawak bagi mengelak rakyat yang berurusan dikenakan GST. Adenan turut memansuhkan tol di Sarawak, menyelaraskan kadar tambang feri.

Adenan turut mengurangkan kadar caj elektrik domestik bagi mengurangkan beban rakyat. Cukai tanah dimansuhkan mengikut syarat dan berbagai lagi perkara untuk mengurangkan kos hidup rakyat. Dimana asas bahawa Adenan tidak memperduli rakyat berkaitan isu GST?

Ternyata pembangkang sudah kehilangan dan kehabisan modal kempen yang benar-benar bernas untuk mengekang kepopulatiri Adenan yang semakin meningkat pada pilihanraya ke 11 Sarawak kali ini.

Read more »

BERHENTI KERJA UNTUK DAPAT TIKET MURAH


Berhenti kerja untuk dapat tiket murah


Birmingham - Dek kerana ingin mendapatkan tiket penerbangan murah ke Thailand, sepasang kekasih sanggup berhenti kerja untuk mendapatkan tawaran itu, lapor Metro.uk

Beberapa khemah turut didirikan berhampiran stesen London Victoria semata-mata untuk mendapatkan tiket pergi balik ke Thailand dengan harga £49 (RM279).

Jualan tersebut bermula paga jam 9.00 pagi di dua cawangan STA Travel yang terletak di Grosvenor Gardens, London dan Corporation Street, Birmingham.

Malah orang ramai mula beratur sejak 33 jam sebelum jualan tiket dibuka.

Mollie Merrifield, 18, dan teman lelakinya Dan Jeffs, 19, bekerja di restoran makanan segera ketika mereka mengetahui mengenai promosi tersebut.

"Kami berdua berhenti kerja semata-mata untuk datang ke sini kerana kami mungkin tidak akan berpeluang untuk mendapatkannya pada masa hadapan," kata Mollie.

Pelajar Waheed Khan, 30 tahun dari Elephant and Castle mula beratur sejak 11.00 pagi pada hari sebelumnya untuk memastikan dia menjadi individu pertama mendapatkan tiket berkenaan.

"Selepas setengah jam saya tiba, beberapa individu lain turut sama-sama beratur dan semakin lama semakin ramai," katanya.

Sementara itu, STA berkata, jika pelanggan terlepas peluang memiliki tiket murah ini, syarikat akan menawarkan 49 tiket dengan harga £299 (RM1,703) pada keesokan harinya.


Read more »

DR AFIF DIARAH BAYAR RM280,000 KEPADA EMPAT YB BN


 Dr Afif Bahardin


Georgetown - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin membayar ganti rugi berjumlah RM280,000 kepada empat wakil rakyat BN kerana memfitnah mereka berhubung penjualan tanah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth.

Pesuruhjaya Kehakiman Lim Chong Fong memerintahkan Dr Afif daripada PKR membayar RM70,000 masing-masing kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Adun Telok Ayer Tawar, Datuk Jahara Hamid; Adun Permatang Berangan, Omar Abd Hamid dan Adun Sungai Dua, Muhamad Yusoff Mohd Noor.

Beliau juga mengarahkan Dr Afif selaku defendan membayar kos RM10,000 kepada keempat-empat plaintif itu berserta faedah lima peratus.

Ketika membenarkan saman fitnah difailkan oleh empat wakil rakyat BN itu, Chong Fong berkata, mahkamah mendapati perkataan yang diucapkan oleh Dr Afif pada Himpunan Reformasi 2.0 bertarikh 17 April 2014 adalah fitnah terhadap kesemua plaintif.

"Mahkamah juga mendapati pembelaan defendan untuk justifikasi gagal kerana defendan tidak mengemukakan apa-apa bukti bagi menyokong rayuan justifikasi," katanya.

Lim dalam penghakimannya juga berkata mahkamah turut mendapati pembelaan komen berpatutan adalah gagal kerana ucapan yang dibuat ADUN PKR itu adalah pernyataan fakta dan bukan komen.

"Selain itu didapati ada unsur fitnah kerana defendan sepatutnya tahu fakta berkaitan isu bantahan penjualan tanah TUDM ini daripada beberapa artikel yang dilaporkan dalam surat khabar sebelum tarikh 17 April 2014," katanya.

Pada Julai 2014, Shabudin, Jahara, Omar dan Muhamad Yusoff selaku plaintif pertama hingga keempat menfailkan saman terhadap Dr Afif dengan mendakwa Dr Afif telah membuat ucapan berbaur fitnah terhadap mereka.

Menerusi pernyataan tuntutan, kesemua plaintif itu mendakwa Dr Afif telah membuat ucapan fitnah di hadapan serta didengari oleh semua yang hadir dalam Himpunan Reformasi 2.0 di Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 17 April 2014.

Kesemua plaintif mendakwa pernyataan fitnah yang dibuat defendan bermaksud bahawa plaintif pertama hingga keempat telah menjual tanah TUDM Butterworth kepada syarikat kroni.

Mereka juga mendakwa kenyataan itu juga turut menunjukkan kesemua plaintif terlibat dengan penjualan tanah TUDM Butterworth tanpa melalui proses penjualan yang betul serta terlibat dengan penyelewengan penjualan tanah itu kepada pembeli yang berkepentingan peribadi.

Oleh itu kesemua plaintif menuntut ganti rugi teruk, teladan , faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Keempat-empat plaintif diwakili peguam Azmer Md Saad manakala Dr Afif diwakili peguam Datuk CV Prabhakaran.

Jahara ketika ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah itu yang sekaligus telah membersihkan nama beliau dan tiga rakannya daripada tuduhan terbabit.

Sementara itu, Prabhakaran pula berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Turut hadir di mahkamah pada prosiding semalam ialah Dr Afif dan Muhamad Yusoff.


Read more »

HILANG KERJA, DIHALAU SELEPAS PELUK ISLAM


Harinder Pal Singh


Shah Alam - Seorang lelaki berketurunan Sikh kelahiran India, Harinder Pal Singh mengakui hilang pekerjaan serta dihalau dari rumah sewa selepas memeluk Islam ketika sesi ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalik 14 April lalu.

Harinder berkata, dia kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak diperbaharui dan turut dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

"Saya perlukan pekerjaan," katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.

Katanya lagi, dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.

Sementara itu, memetik My News Hub penyanyi Noh Hujan yang kini berada di Timur Tengah bersama isterinya Mizz Nina bersedia membantu Harinder dengan menawarkan pekerjaan di restoran miliknya.


Read more »

PENYAMUN DUIT MASJID KENA CEKUP


PDRM


Kangar - Dua remaja yang sering mencuri tabung duit masjid di sekitar Arau, Kangar dan Padang Besar akhirnya dicekup.

Dengan tertangkap mereka yang berumur 17 dan 19 tahun, polis dapat menyelesaikan 13 kes pecah dan curi duit tabung masjid yang dilakukan sejak Januari lepas.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisional Noor Mushar Muhammad berkata, mereka ditahan pada 21 April dan 27 April di rumah mereka di Chuping.

Mereka dipercayai melakukan enam kes di Arau, tiga di Kangar dan empat di Padang Besar yang keseluruhan membabitkan kerugian kira-kira RM5,000, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini, semalam.

Beliau berkata, mereka juga dikesan mengambil syabu. 

Noor Mushar berkata, masjid yang menjadi sasaran ialah Masjid Gial Mata Ayer, Masjid Kampung Oran, Masjid Guar Gajah, Masjid Kok Klang, Masjid Kubang Gajah dan Masjid Ngulang di Arau; Masjid Putra, Masjid Abi dan Masjid Kuala Perlis di Kangar dan Masjid Bukit Keteri, Masjid Batu Bertangkup, Masjid Chuping dan Masjid Kubang Perun di Padang Besar.

"Kita percaya sebelum melakukan aktiviti ini, mereka membuat perancangan terlebih dahulu di waktu siang dan sekitar jam 1 hingga 5 pagi, mereka akan datang kembali ke masjid dengan menaiki motosikal sebelum bertindak memecahkan tabung masjid dan melarikan diri dengan wang tabung yang diletak di ruang solat.

“Kita turut merampas sebuah motosikal, tiga batang tukul kuku kambing, dua batang pemutar skru, empat batang paku panjang, sebuah playar pemotong dawai, gam dan satu pita pelekat daripada mereka," katanya.

Kedua-duanya kini direman hingga 2 Mei untuk disiasat kerana mencuri.


Read more »

KARNIVAL SUKAN UMNO NEGERI PAHANG BAKAL MELABUH TIRAINYA





Karnival Sukan UMNO Negeri Pahang bakal menutup tirainya pada hari esok dengan penyertaan dari 14 Parlimen dan 8 acara sukan telah dipertandingkan.

Acara Bowling telah berakhir pada siang tadi dan UMNO Bahagia Kuantan telah menjadi juara dengan pungutan mata yang dikumpul secara keseluruhan sejak semalam menyaksikan Kuantan mendominasi tangga teratas dengan jumlah mata sebanyak 2897.

Tempat kedua pula jatuh kepada pasukan UMNO Bahagian Indera Mahkota dengan jumlah kutipan mata sebanyak 2742. Manakala UMNO Bahagian Pekan pula menduduki tempat ketiga dengan jumlah mata sebanyak 2657.

Dalam acara Bola Sepak pula 4 pasukan telah layak ke separuh akhir iaitu pasukan Paya Besar, Temerloh, Kuantan dan Lipis.

Pasukan Paya Besar mara ke Separuh Akhir selepas menewaskan pasukan Jerantut dengan jaringan tipis 1-0 manakala aksi-aksi Suku Akhir yang lain pula adalah Indera Mahkota tewas kepada Temerloh 0-1, Rompin tewas kepada Kuantan 1-3 dan Lipis menang keatas Pekan 2-1.

Pada acara Sepak Takraw pula Pekan mara ke Separuh Akhir selepas menewaskan Lipis, Bera tewas kepada Maran, Bentong berjaya menewaskan Paya Besar dan Temerloh menang keatas Raub.

Dalam acara Ping-Pong yang baru bermula malam tadi menyaksikan Lipis menewaskan Cameron Highland 5-0, Kuantan Menewaskan Pekan 5-0 dan Indera Mahkota menewaskan Rompin 5-0, enam perlawanan masih lagi berlangsung.

Bagi acara Futsal pula akan bermula pada hari esok dan kesemua perlawanan akan berlangsung di Gelanggang Futsal Ferro Batu 6, jalan Kuantan Gambang.

Keputusan acara-acara lain di peringkat suku akhir pula adalah seperti berikut: 

Bola Tampar ( Lelaki )

Rompin Lwn Temerloh ( 2-1 )
Kuantan Lwn Bentong ( 0-2 )
Pekan Lwn Kuala Krau ( 2-0 )
Paya Besar Lwn Maran ( 2-0 )


Jadual Separuh Akhir yang akan berlangsung esok adalah:

Bola Sepak

Paya Besar Lwn Temerloh
Kuantan Lwn Lipis


Bola Tampar

wanita:
Kuantan Lwn Kuala Krau
Paya Besar Lwn Pekan


Lelaki:
Rompin Lwn Bentong
Pekan Lwn Maran


Sepak Takraw

Pekan Lwn Maran
Bentong Lwn Temerloh

Read more »

Friday, April 29, 2016

CUBAAN TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG GAGAL


Cubaan terjun Jambatan Pulau Pinang gagal


Perai - Cubaan seorang wanita terjun dari atas Jambatan Pulau Pinang, di sini, semalam digagalkan selepas berjaya dipujuk oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, wanita berusia 56 tahun itu dilihat berdiri di tepi jambatan sambil memegang bes pengadang dan mengugut mahu terjun ke dalam laut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, wanita berkenaan yang masih bujang dan mengalami tekanan perasaan sejak beberapa bulan lalu berhenti di laluan kecemasan jambatan itu sebelum meluru ke tepi jambatan.

Difahamkan, abang dan rakan wanita itu cuba memujuknya namun gagal dan mereka menghubungi pasukan bomba bagi mendapatkan bantuan.

“Lebih dua jam ahli keluarga wanita ini cuba memujuk namun dia terus mengugut mahu terjun.

“Kita mengawal keadaan dan memujuk, akhirnya wanita ini berjaya diselamatkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, wanita berkenaan yang dalam keadaan trauma ditenangkan oleh anggota bomba sebelum dia dibawa dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


Read more »

#PRNSARAWAK: MAMPUKAH AKAL RAKYAT SARAWAK MENERIMA JANJI MELANGIT PEMBANGKANG




Formula mudah Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem 'Anda menang sikit dan anda juga hilang sedikit' untuk membuat keputusan calon Barisan Nasional justeru melengkapkan Pasukan Adenan yang lebih sinonim dengan panggilan 'Team Adenan'. Formula mudah tersebut adalah hasil kompromi yang tidak berpihak kepada kehendak semua pihak tetapi kepada sebuah keputusan yang terbaik.

Adenan mengulas mengenai menifesto DAP yang membuat janji yang akan memberi perkhidmatan pengangkutan awam percuma adalah sesuatu janji yang melangit dan tidak mungkin akan tercapai oleh tangan manusia. DAP boleh berjanji apa-apapun dan mampukah akal rakyat menerima janji tersebut kerana rakyat mengetahui apa itu perkara yang mustahil?

Seperti juga janji PKR yang menjanjikan semua perkara percuma termasuk pembelajaran tetapi apabila diberi peluang memerintah di Selangor segala-galanya tidak seperti yang dijanjikan. malah rakyat semakin terbeban dengan peningkatan cukai pintu dan sebagainya.

Begitu juga dengan PAS yang sanggup menjanjikan syurga bagi meraih sokongan rakyat. Semua janji-janji berkenaan tidak dapat diterima akal oleh rakyat Sarawak kerana rakyat Sarawak memerlukan janji yang menjadi realiti serta rakyat mendapat manfaat hasil daripada janji tersebut.

Adenan turut menjelaskan kenapa baru sekarang tersebut timbul ketika PRN Sarawak sedangkan Pulau Pinang dan Selangor mereka telah berkuasa selama ini dan tidak pula mengguna pakai janji seperti yang mereka janjikan di Sarawak.

Ternyata janji pembangkang akan merencatkan akal rakyat Sarawak jika terlalu memikirkan janji-janji pembangkang yang tinggi melangit dan tidak masuk akal untuk ditunaikan. Barisan Nasional hanya berjanji perkara yang nyata dan akan merealisasikan janji tersebut secara teratur dan sistemetik agar rakyat dapat berfikir secara rasional serta menerima manfaat hasil daripada penunaian janji tersebut.


Read more »

SARAN CATU AIR EMPANGAN BUKIT MERAH SERTA-MERTA


Saran catu air empangan Bukit Merah serta-merta


Gunung Semanggol - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menasihatkan kerajaan negeri Perak mempertimbangkan perlaksanaan catuan air di kawasan empangan Kolam Bukit Merah serta-merta berikutan simpanan air empangan itu hanya tinggal 13.66 peratus.

Anggota SPAN, Profesor Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata, fenomena El Nino terburuk ketika ini menyebabkan bekalan air di empangan Kolam Bukit Merah bagi tujuan pertanian ditangguhkan sementara, manakala bekalan air bagi kegunaan domestik hanya tinggal kurang 30 hari sebelum arahan catuan air mandatori dibuat.

Menurutnya, perlaksanaan catuan itu akan melanjutkan tempoh ketersediaan sumber air di Empangan Kolam Bukit Merah dan mengurangkan risiko empangan kering, sekali gus memberi impak serius kepada pengguna bekalan air.

"Daripada kerajaan negeri menunggu kurang 30 hari sudah menetapkan catuan air dibuat, lebih baik perlaksanaan catuan air dimulakan sekarang bagi membolehkan bekalan air di empangan bertahan sekurang-kurangnya tambahan sebulan lagi.

"Sehingga 27 April lalu, empangan Kolam Bukit Merah berada pada paras 6.16 meter, di bawah paras kritikal 7 meter dan hanya mempunyai simpanan air sebanyak 13.66 peratus.

"Simpanan tersebut hanya mampu menampung keperluan bekalan air selama 30 hari dan sekiranya hujan berterusan tidak turun di kawasan tadahan, maka empangan akan kering dalam tempoh 30 hari," katanya kepada media selepas melawat empangan Kolam Bukit Merah dan Loji Rawatan Air (LRA) Gunung Semanggol, di sini pagi tadi.

Bagi melaksanakan catuan air di kawasan daerah Kerian dan daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Dr Marimuthu menegaskan Lembaga Air Perak (LAP) perlu mengikut prosedur ditetapkan dengan mengemukakan permohonan rasmi kepada SPAN terlebih dahulu.

Menurutnya, apabila catuan air dilaksanakan, pengguna-pengguna kebiasaannya akan mendapat bekalan air selama sehari dan terputus bekalan selama dua hari secara bergilir dan berjadual.

"Bagi lokasi memerlukan tahap penggunaan air tinggi seperti hospital, pihak LAP disarankan menghantar lori tangki air pada hari catuan bagi mengelakkan operasi harian lokasi itu terjejas.

"Selain itu, LAP juga turut menghantar bantuan bekalan air kepada kawasan-kawasan terjejas dengan lori tangki dan menempatkan tangki-tangki statik sepanjang masa,"katanya.

Dr Marimuthu berkata, setakat ini empangan Kolam Bukit Merah membekalkan sumber air mentah kepada dua loji rawatan air iaitu LRA Gunung Semanggol dan LRA Jalan Baru, Parit Buntar.

Menurutnya, LRA Gunung Semanggol menghasilkan 120 juta liter sehari (JLH) air terawat dan membekalkannya ke kawasan Kamunting, Kuala Gula, Gunung Semanggol dan Selinsing untuk kegunaan 46,800 akaun pengguna atau 168,600 penduduk.

"Manakala LRA Jalan Baru merawat sebanyak 30 JLH dan membekalkan air ke kawasan Tanjung Piandang, Parit Buntar dan Kuala Kurau dengan jumlah 13,700 akaun pengguna atau mewakili 61,650 penduduk," katanya.

Sementara itu, Dr Marimuthu turut memaklumkan SPAN mengenal pasti beberapa loji rawatan air di negeri lain seperti Perlis, Pahang, Kedah dan Johor turut terkesan akibat keadaan kemarau.

Menurutnya, loji-loji itu merupakan LJA Timah Tasoh, Perlis, tiga loji rawatan air di Pahang (LRA Lubuk Kawah dan LRA Jelai dan LRA Chini), tiga di Kedah(LRA Bukit Tupah, LRA Merbuk dan LRA Gurun) dan empat loji di Johor (LRA Sg Gembut, LRA Lok Heng, LRA Mersing dan LRA Tenglu).

"Loji-loji berkenaan tidak dapat merawat dan mengeluarkan jumlah air terawat seperti biasa akibat kekurangan air mentah.

"Bagi negeri Perlis, Pahang dan Kedah, sejumlah 8,012 akaun atau anggaran 40,060 penduduk dikenal pasti terjejas bekalan air mereka,"katanya.

Dr Marimuthu berkata, SPAN juga meluluskan permohonan bekalan air berjadual bagi daerah Mersing dan Kota Tinggi, Johor kerana empat loji rawatan air di sana mengalami kekurangan air terawat antara 38 peratus hingga 67 peratus.

"Perlaksanaan bekaan air berjadual ini akan melibatkan sebanyak 16,301 akaun pengguna atau anggaran 81.505 penduduk di kedua-dua daerah terbabit,"katanya.


Read more »

NGERI, ANAK KECIL MALANG TERTUSUK TEST PEN DI KEPALA


Tertusuk Test Pen


Ngeri, seorang anak kecil menahan kesakitan apabila mengalami detik malang tertusuk test pen di bahagian kepalanya.

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh laman Daily Traffic menunjukkan objek tajam itu tertanam di bahagian sisi kanan kepala kanak-kanak malang itu.

Tidak pula dinyatakan oleh laman itu bagaimana objek tajam tersebut boleh tertusuk di kepala anak kecil itu.

Kadang-kadang ibu bapa terlalu alpa dengan kerja harian sehinggakan anak-anak terabai dan menjadikan objek tajam sebagai permainan mereka.

Malang tidak berbau, kecederaan melibatkan kanak-kanak kebiasaannya belaku dalam lingkungan umur 2 tahun ke bawah.

Pada umur sebegini, sesetengah mereka baru sahaja boleh merangkak dan berjalan serta sifat ingin tahu mereka sangat tinggi. Pelbagai benda atau objek yang dilihatnya pasti digambarkan sebagai makana atau alat permainan.

Oleh itu ibu bapa perlu mengawasi setiap tingkah laku mereka dan menjauhi dari tempat-tempat merbahaya seperti bilik air, tangga, dapur serta tempat yang dipenuhi dengan objek tajam.

Setiap objek yang merbahaya hendaklah disimpan di tempat yang tersorok, jauh dari pandangan mereka dan tidak mampu dicapai oleh mereka.

Kesannya, kejadian malang dan tidak diingini berlaku seperti yang dilaporkan oleh laman Daily Traffic.


Read more »

TAKRAW KARNIVAL SUKAN UMNO SUKU AKHIR BERMULA


29/4/2016 - Kuantan - Pertandingan takraw Sukan Karnival UMNO 2016 kini memasuki saingan suku akhir.Acara takraw adalah antara yang mencuri tumpuan sempena Ulangtahun UMNO yang ke 70.Pertandingan peringkat Negeri Pahang yang bermula pada 28 April di Kompleks Sukan UMP Pahang.


Antara pasukan yang layak ke suku akhir Pekan,Kuala Lipis,Bera,Maran,Bentong,Paya Besar,Temerloh dan Raub.Pertandingan suku akhir akan dilangsungkan disebelah pagi pada 30hb April 2016.

Suku Akhir Takraw Karnival Sukan UMNO Negeri Pahang

Pekan VS Kuala Lipis

Bera VS Maran

Bentong VS Paya Besar

Temerloh VS Raub





Read more »

8 PASUKAN BERENTAP SUKU AKHIR BOLASEPAK KARNIVAL SUKAN UMNO NEGERI PAHANG




29/4/2016 - KUANTAN - Sebanyak 8 pasukan telah melaykkan diri ke peringkat suku akhir pertandingan bolasepak Karnival Sukan UMNO Peringkat Negeri Pahang.Bolasepak adalah antara 7 acara yang dipertandingkan selain futsal,takraw,ping pong,bolatampar,badminton dan bolajaring.Acara bolasepak didakan di Padang Bolasepak Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan disertai oleh 12 pasukan mewakili bahagian Parlimen dalam negeri Pahang.

Antara pasukan bolasepak yang melepasi pusingan awal dan layak ke suku akhir Paya Besar,Jerantut,Indera Mahkota,Temerloh,Rompin,Kuantan,Kuala Lipis dan Pekan.Pertandingan yang bermula pada 28hb dijangka akan menutup tirai pada 30hb 4 2016 bagi menetukan kejuaraan.


Paya Besar VS Jerantut

Indera Mahkota VS Temerloh

Rompin VS Kuantan

Kuala Lipis VS Pekan

Pertandingan suku akhir akan dijalankan pada 29 hb 4 2016 di Padang Bolasepak Lapangan Terbang Sultan Hj Ahmad Shah Kuantan pada pukul 3.00pm manakala pasukan yang layak ke separuh akhir akan dijalankan pada 30hb 4 2016 jam 8.00am.Perlawanan Separuh akhir akan ditentukan pada hari yang sama pada jam 3.00pm dan pertandingan akhir pada jam 5.00pm.








Read more »

UMNO KUANTAN JUARA ACARA BOWLING KESELURUHAN


KUANTAN - UMNO Bahagian muncul juara bagi acara Bowling keseluruhan Karnival Sukan UMNO Peringkat Negeri Pahang 2016 sempena Ulangtahun UMNO kali ke 70.

Pungutan mata yang dikumpul secara keseluruhan sejak semalam menyaksikan Kuantan mendominasi tangga teratas dengan jumlah mata sebanyak 2897.


Tempat kedua pula jatuh kepada pasukan UMNO Bahagian Inder Mahkota dengan jumlah kutipan mata sebanyak 2742. Manakala UMNO Bahagian Pekan pula menduduki tempat ketiga dengan jumlah mata sebanyak 2657.

Format kejohanan Bowling bagi Karnival Sukan UMNO kali ini mengumpul mata dari setiap kategori dan menjadikan ianya keputusan secara keseluruhan.


Mata yang dikumpul dari acara berpasukan semalam ditambah dengan jumlah kutipan mata yang dikutip dalam perlawanan perseorangan, Lelaki dan Wanita yang berlangsung pagi tadi.

Esok, acara Bowling akan disambung dengan acara Bergu Khas Wanita UMNO pada jam 3 petang di Berjaya Mega Lane, Kuantan.

Read more »

share2