Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 29, 2016

#PRNSARAWAK: MAMPUKAH AKAL RAKYAT SARAWAK MENERIMA JANJI MELANGIT PEMBANGKANG




Formula mudah Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem 'Anda menang sikit dan anda juga hilang sedikit' untuk membuat keputusan calon Barisan Nasional justeru melengkapkan Pasukan Adenan yang lebih sinonim dengan panggilan 'Team Adenan'. Formula mudah tersebut adalah hasil kompromi yang tidak berpihak kepada kehendak semua pihak tetapi kepada sebuah keputusan yang terbaik.

Adenan mengulas mengenai menifesto DAP yang membuat janji yang akan memberi perkhidmatan pengangkutan awam percuma adalah sesuatu janji yang melangit dan tidak mungkin akan tercapai oleh tangan manusia. DAP boleh berjanji apa-apapun dan mampukah akal rakyat menerima janji tersebut kerana rakyat mengetahui apa itu perkara yang mustahil?

Seperti juga janji PKR yang menjanjikan semua perkara percuma termasuk pembelajaran tetapi apabila diberi peluang memerintah di Selangor segala-galanya tidak seperti yang dijanjikan. malah rakyat semakin terbeban dengan peningkatan cukai pintu dan sebagainya.

Begitu juga dengan PAS yang sanggup menjanjikan syurga bagi meraih sokongan rakyat. Semua janji-janji berkenaan tidak dapat diterima akal oleh rakyat Sarawak kerana rakyat Sarawak memerlukan janji yang menjadi realiti serta rakyat mendapat manfaat hasil daripada janji tersebut.

Adenan turut menjelaskan kenapa baru sekarang tersebut timbul ketika PRN Sarawak sedangkan Pulau Pinang dan Selangor mereka telah berkuasa selama ini dan tidak pula mengguna pakai janji seperti yang mereka janjikan di Sarawak.

Ternyata janji pembangkang akan merencatkan akal rakyat Sarawak jika terlalu memikirkan janji-janji pembangkang yang tinggi melangit dan tidak masuk akal untuk ditunaikan. Barisan Nasional hanya berjanji perkara yang nyata dan akan merealisasikan janji tersebut secara teratur dan sistemetik agar rakyat dapat berfikir secara rasional serta menerima manfaat hasil daripada penunaian janji tersebut.


0 comments:

share2