Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 29, 2016

CUBAAN TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG GAGAL


Cubaan terjun Jambatan Pulau Pinang gagal


Perai - Cubaan seorang wanita terjun dari atas Jambatan Pulau Pinang, di sini, semalam digagalkan selepas berjaya dipujuk oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, wanita berusia 56 tahun itu dilihat berdiri di tepi jambatan sambil memegang bes pengadang dan mengugut mahu terjun ke dalam laut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, wanita berkenaan yang masih bujang dan mengalami tekanan perasaan sejak beberapa bulan lalu berhenti di laluan kecemasan jambatan itu sebelum meluru ke tepi jambatan.

Difahamkan, abang dan rakan wanita itu cuba memujuknya namun gagal dan mereka menghubungi pasukan bomba bagi mendapatkan bantuan.

“Lebih dua jam ahli keluarga wanita ini cuba memujuk namun dia terus mengugut mahu terjun.

“Kita mengawal keadaan dan memujuk, akhirnya wanita ini berjaya diselamatkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, wanita berkenaan yang dalam keadaan trauma ditenangkan oleh anggota bomba sebelum dia dibawa dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


0 comments:

share2