Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 30, 2016

#PRNSARAWAK: KENAPA TIDAK DESAK PULAU PINANG DAN SELANGOR MANSUHKAN GST?




Kempen DAP, PKR, PAN dan PAS pada pilihanraya pada kali ini semuanya mengaitkan isu GST di Sarawak. Apa yang pasti disetiap pengakhiran ceramah mendesak Ketua Menteri Sarawak memansuhkan GST di Sarawak agar rakyat Sarawak tidak terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

Benar, perihal GST bukan keputusan daripada Sarawak tetapi sebagai negeri yang membentuk Malaysia, Sarawak akur dengan tindakan pusat jika tindakan tersebut adalah untuk kebaikan negara. Pembangkang dilihat sengaja menimbulkan perkara yang tidak munasabah bagi mengelirukan rakyat agar sokongaan terhadap pembangkang bertambah.

Mendesak Adenan untuk memansuh GST adalah usaha yang tidak masuk akal. Jika benar pembangkang hendak Sarawak memansuhkan GST mengapa pembangkang sendiri tidak mendesak Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang memansuhkan GST di negeri yang mereka kuasai terlebih dahulu?

Jelas desakan pembangkang di Sarawak hanya cakap kosong yang hanya sekadar bahan kempen untuk menjadi kesedapan halwa telinga mendengar semata-mata. Pembangkang tidak pula mahu mendedah apa tindakan Adenan bagi menghadapi peingkatan kos sara hidup rakyat Sarawak.


GST tidak ditolak di Sarawak tetapi Adenan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menangani peningkatan kos sara hidup. Adenan telah menyerap GST dalam urusan disetiap agensi kerajaan Sarawak bagi mengelak rakyat yang berurusan dikenakan GST. Adenan turut memansuhkan tol di Sarawak, menyelaraskan kadar tambang feri.

Adenan turut mengurangkan kadar caj elektrik domestik bagi mengurangkan beban rakyat. Cukai tanah dimansuhkan mengikut syarat dan berbagai lagi perkara untuk mengurangkan kos hidup rakyat. Dimana asas bahawa Adenan tidak memperduli rakyat berkaitan isu GST?

Ternyata pembangkang sudah kehilangan dan kehabisan modal kempen yang benar-benar bernas untuk mengekang kepopulatiri Adenan yang semakin meningkat pada pilihanraya ke 11 Sarawak kali ini.

0 comments:

share2