Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 30, 2016

BERHENTI KERJA UNTUK DAPAT TIKET MURAH


Berhenti kerja untuk dapat tiket murah


Birmingham - Dek kerana ingin mendapatkan tiket penerbangan murah ke Thailand, sepasang kekasih sanggup berhenti kerja untuk mendapatkan tawaran itu, lapor Metro.uk

Beberapa khemah turut didirikan berhampiran stesen London Victoria semata-mata untuk mendapatkan tiket pergi balik ke Thailand dengan harga £49 (RM279).

Jualan tersebut bermula paga jam 9.00 pagi di dua cawangan STA Travel yang terletak di Grosvenor Gardens, London dan Corporation Street, Birmingham.

Malah orang ramai mula beratur sejak 33 jam sebelum jualan tiket dibuka.

Mollie Merrifield, 18, dan teman lelakinya Dan Jeffs, 19, bekerja di restoran makanan segera ketika mereka mengetahui mengenai promosi tersebut.

"Kami berdua berhenti kerja semata-mata untuk datang ke sini kerana kami mungkin tidak akan berpeluang untuk mendapatkannya pada masa hadapan," kata Mollie.

Pelajar Waheed Khan, 30 tahun dari Elephant and Castle mula beratur sejak 11.00 pagi pada hari sebelumnya untuk memastikan dia menjadi individu pertama mendapatkan tiket berkenaan.

"Selepas setengah jam saya tiba, beberapa individu lain turut sama-sama beratur dan semakin lama semakin ramai," katanya.

Sementara itu, STA berkata, jika pelanggan terlepas peluang memiliki tiket murah ini, syarikat akan menawarkan 49 tiket dengan harga £299 (RM1,703) pada keesokan harinya.


0 comments:

share2