Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 30, 2016

#PRNSARAWAK: `JANGAN TERPEDAYA DENGAN HELAH PEMBANGKANG'




Kuching: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jika dilihat dari segi pembangunan insfratruktur, perubahan kepada Sarawak yang amat ketara sekali adalah projek Pan Borneo Highway merupakan projek ikronik untuk negeri Sarawak.

“Pan Borneo Highway ini adalah sumbangan kerajaan pusat kepada rakyatnya dengan nilai perbelanjaan sebanyak 16 billion,” ujarnya.

Katanya, bukan itu sahaja malah bekalan elektrik, bekalan air, dan jalan- jalan seperti Jalan Song, Kanowit dan Kapit adalah sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat negeri Sarawak.

“Sebab itulah, kita tidak boleh terpedaya dengan hasutan pembangkang. Jika pembangkang menghasut untuk menolak GST, Semua di sini harus tahu tanpa GST kita tidak mungkin dapat melaksanakan Pan Borneo Higway.

“Pembangkang kutuk GST tapi dalam manifesto mereka nak buat GST juga,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Malaysia berkata, pertembungan antara PAS, DAP dan PKR di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga membuktikan pakatan pembangkang dianggotai parti yang saling mencurigai antara satu sama lain.

"Ternyata, pembangkang saling mencurigai antara satu sama lain. Mereka ini tidak ada pakatan yang ikhlas dan kukuh sebenarnya," ujarnya.

Tambahnya, parti itu hanya mengamalkan 'politik yang meraih keuntungan sementara', dan ditubuhkan hanya untuk mengabui mata rakyat.

Justeru, Najib mengingatkan rakyat Malaysia dan Sarawak khususnya, agar tidak memperjudikan masa depan dengan memilih parti yang hanya tahu menjanjikan perkara 'indah tanpa berpijak kepada realiti'.

“Saya harap pengundi di Sarawak dan DUN Tupong secara khususnya dapat memberikan majoriti lebih besar dan meyakinkan kepada BN, demi memastikan agenda pembangunan kerajaan negeri dan pusat dapat diteruskan,” sarannya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam bersama penduduk di Kampung Piang Jawa, Petra Jaya.

0 comments:

share2