Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 30, 2016

WANITA NEKAD KEJAR PERAGUT


ragut


Kuala Terengganu - Geram beg tangannya diragut ketika sedang menunggang motosikal, seorang wanita bertaruh nyawa apabila nekad mengejar si peragut berkenaan, dalam satu kejadian berhampiran Pejabat Pos Chabang Tiga, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa berusia 25 tahun yang ketika itu menunggang motosikal bersendirian dikejutkan dengan kehadiran sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang.

Menurut sumber, sejurus menghampiri motosikal mangsa, suspek terus bertindak menyambar beg tangan wanita itu yang diletakkan di dalam raga motosikalnya.

“Terkejut dengan tindakan lelaki tersebut, mangsa memberanikan diri mengejarnya dengan motosikal ditunggangi, tetapi gagal disebabkan suspek memandu terlalu laju.

“Dalam keadaan kelam kabut itu juga, mangsa tidak sempat mengingati nombor pendaftaran motosikal tersebut cuma boleh mengecam jenis motosikal digunakan iaitu jenis LC,” katanya.

Ekoran kejadian tersebut, mangsa kehilangan dokumen penting termasuk kad pengenalan, kad ATM Maybank, kad ATM Cimb, kad nikah, telefon bimbit jenama Lenovo warna merah jambu, duit tunai lebih kurang RM500 dan kad mykid milik anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.


0 comments:

share2