Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 29, 2016

UMNO KUANTAN JUARA ACARA BOWLING KESELURUHAN


KUANTAN - UMNO Bahagian muncul juara bagi acara Bowling keseluruhan Karnival Sukan UMNO Peringkat Negeri Pahang 2016 sempena Ulangtahun UMNO kali ke 70.

Pungutan mata yang dikumpul secara keseluruhan sejak semalam menyaksikan Kuantan mendominasi tangga teratas dengan jumlah mata sebanyak 2897.


Tempat kedua pula jatuh kepada pasukan UMNO Bahagian Inder Mahkota dengan jumlah kutipan mata sebanyak 2742. Manakala UMNO Bahagian Pekan pula menduduki tempat ketiga dengan jumlah mata sebanyak 2657.

Format kejohanan Bowling bagi Karnival Sukan UMNO kali ini mengumpul mata dari setiap kategori dan menjadikan ianya keputusan secara keseluruhan.


Mata yang dikumpul dari acara berpasukan semalam ditambah dengan jumlah kutipan mata yang dikutip dalam perlawanan perseorangan, Lelaki dan Wanita yang berlangsung pagi tadi.

Esok, acara Bowling akan disambung dengan acara Bergu Khas Wanita UMNO pada jam 3 petang di Berjaya Mega Lane, Kuantan.

0 comments:

share2