Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 29, 2016

RM50 INI DUIT TERAKHIR DALAM TANGAN.. NAK BAGI KE?


RM50, Itulah Duit Terakhir Aku Dalam Tangan


Walaupun bergaji kecil dan hanya sekadar cukup-cukup makan namun keberkatan yang diperolehi dari kerja yang dilakukan lebih penting daripada segalanya.


Namun tidak semua yang bergaji kecil itu hidup dalam kedaifan dan kesengsaraan malah kehidupan mereka kadangkala lebih bahagia jika dibandingkan dengan yang bergaji besar.

Jadi apakah rahsia di sebalik kebahagiaan yang dikecapi itu? Jom ikuti kisah yang dikongsikan oleh seorang usahawan wanita yang berjaya iaitu Puan Rina Salleh yang mampu memberikan inspirasi kepada kita semua.




Banyak pengajaran yang boleh diperolehi daripada perkongsian Puan Rina Salleh ini. Tidak salah untuk kita terus berbakti kepada ibu bapa, kenangilah segala usaha yang telah mereka lakukan untuk membesarkan kita.

Oleh itu, kepada yang masih mempunyai orang tua, gunalah kesempatan yang ada sebaiknya. Memang tidak dinafikan sesetengah ibu bapa tidak mahu menerima wang pemberian daripada anak-anak.

Sungguhpun begitu, cubalah cari alternatif lain untuk berbakti kepada orang tua kita. Sekiranya mereka tidak mahu menerima wang yang diberi, rajin-rajinlah untuk selalu pulang ke kampung menjenguk mereka.

Nescaya tindakan itu lebih bermakna bagi mereka di usia emas bila mana wang ringgit bukan lagi keutamaan tetapi kasih sayang yang ditunjukkan oleh anak-anak nyata lebih berharga.

Kisah Puan Rina ini telah mendapat 1,421 perkongsian dan menerima 3,800 likes sejak dimuat naik pada 20 April lalu.


0 comments:

share2