Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 30, 2016

KUANTAN TERUS UNGGULI ACARA BOWLING KHAS BERGU WANITA

KUANTAN - Acara Karnival Sukan UMNO Peringkat Negeri Pahang sempena sambutan Ulang Tahun ke 70 UMNO yang bersambung hari ini menyaksikan perlawanan Khas bagi acara Bowling Bergu Wanita.

Sebanyak 14 UMNO Bahagian didalam Negeri Pahang telah mengambil bahagian dalam perlawanan khas kali ini yang menyaksikan penyertaan seramai 28 orang secara keseluruhan.

Buat sekian kalinya, selepas memenangi acara keseluruhan bagi pertandingan Bowling semalam, UMNO Kuantan terus mengungguli kedudukan teratas dalam acara yang diadakan hari ini.
Suasana sekitar acara Bowling Khas Wanita hari ini.
Pasukan UMNO Kuantan yang diwakili oleh Puan Zainun Jalil dan Puan Alizawati berjaya mengutip jumlah mata keseluruhan sebanyak 862 jatuhan pin.

Sementara tempat kedua pula menjadi milik pasuk UMNO Indera Mahkota dengan jumlah keseluruhan jatuhan pin sebanyak 739. UMNO Indera Mahkota diwakili oleh Puan Wan Azitun Wan Yahya dan Puan Norzalina Mokhtar.

Manakala tempat ketika jatuh kepada pasukan UMNO Bahagian Rompin dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 708 yang diwakili oleh Puan Nooridelily Mohamad Nor dan Puan Sahidah Mokhtar.
Pasukan UMNO Paya Besar pula sekadar selesa berada dikedudukan keempat dengan jumlah keseluruhan mata sebanyak 702 dan diwakili oleh Puan Suzana Awan dan Puan Rosnah Mahat.

Karinal Sukan UMNO Peringkat Negeri Pahang sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke 70 kali ini bakal melabuhkan tirainya malam ini dengan acara penutup yang akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan.

0 comments:

share2