Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 31, 2011

Jembalang Pembangkang Menyerang Sarawak


Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengingatkan rakyat di negeri ini bahawa 'hantu dan jembalang' yang wujud pada pilihan raya negeri April ini hanya berjuang untuk puak serta suku-sakat mereka tanpa menghiraukan nasib rakyat secara keseluruhannya.
 
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana 'hantu dan jembalang' itu datang dengan 'mulut manis' membuat tawaran-tawaran yang disifatkannya sebagai pembohongan serta palsu semata-mata.

''Inilah waktu untuk rakyat Sarawak menolak hantu dan jembalang yang sebahagiannya datang dari Semenanjung dan sebahagian pula berada di negeri ini sejak sekian lama.

''Jadi ini adalah detik penentuan yang sangat penting bagi rakyat, satu penentuan masa depan yang lebih terjamin dengan memastikan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan padu rakyat lebih besar berbanding pilihan raya negeri sebelum ini," katanya. - Utusan Malaysia

Semakin hampirnya pilihanraya, semakin banyak hantu jembalang yang akan datang ke Sarawak. Hantu jembalang ini semuanya mahu menyusahkan penduduk Sarawak. Kalau jumpa hantu jembalang ni, elok disumpit je terutama bapak jembalang gay hehehehe.

Read more »

LYNAS 1 - FUZIAH SALLEH MENYALAK SORANG - SORANG!!!


Kesian betul kat Ahli Parlimen Kuantan ni. Dia rupanya menyalak sorang - sorang. Tak de orang pun ambik 'port' isu Lynas dia ni sebenarnya.

Jadi, biar la Semut cerita sikit mengenai isu ni. Kang orang cakap si Fuziah Salleh ni gila pulak, menyalak sorang - sorang.

Projek Lynas yang hendak dijalankan di Gebeng ni sebenarnya dah lama bermula. Cadangannya telah diterima pada tahun 2008 lagi.

Sejak dari itu, projek ini telah melalui beberapa proses dan menjalani beberapa ujian teknikal sebelum ianya diluluskan oleh Kerajaan Negeri. 

Ujian termasuk la pencemaran air dan juga alam sekitar. Tidak ketinggalan ujian terhadap kadar radioaktif yang mungkin dikeluarkan dari kilang tersebut.

Sebagai pengetahuan, sisa yang dihasilkan oleh kilang ini akan diproses dan dikitar semula. Bahan - bahan sisanya ada ditangan anak - anak muda hari ni.

Nak tau bahan sisa tu diorang buat apa? Buat 'casing' laptop, Ipad, 'handphone' dan sebagainya. Itu semua hasil sisa dari bahan tersebut yang telah dikitar semula.

Namun, persepsi rakyat ialah mengenai kesan sampingan yang bakal dihadapi sekiranya ianya terbebas keluar. 

Dalam minda rakyat, apa sahaja yang menghasilkan radioaktif akan mengakibatkan kanser. dan perkara ini yang dituba oleh Fuziah Salleh serta rakan - rakan dia ni.

Kalau nak dikaji kandungan bahan radioaktif yang dihasilkan dari kilang ni, lagi bahaya kandungan radioaktif yang terdapat dalam bitumen iaitu Tar.

Jadi secara tak lansung, kita memang dah terdedah kepada kesan radioaktif ini dalam kehidupan seharian sebenarnya. Sebab pencemaran itu memang wujud.

Dan tak hairan lah kalau kadar kematian dalam Malaysia sekarang ni, selain kemalangan Jalan Raya, banyak disebabkan oleh kanser.

Maka, tak payah la si Fuziah Salleh ni nak susah - susah menjadi punca kematian yang seterusnya kepada rakyat Malaysia. 

Bukan apa, takut ada pulak yang mati gila nanti. Gila sebab pencemaran bunyi yang dibuat oleh si Fuziah Salleh ni. Sia - sia je kalau mati sebab dia. Ceh!!! Pigidah!!!

Ps: Ini baru bahagian satu. Bahagian dua akan menyusul lagi nanti. Tungguuuu...

Read more »

ANWAR AKAN BERI JAWAPAN DI PRN SARAWAK


Lima Soalan Untuk Anwar – Dato’ Eskay


30 03 2011

…pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?

Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand?

Ketiga, di hotel mana Anwar menginap?

Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?

Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Eskay.


Baca seterusnya....

http://kickdefella.wordpress.com/2011/03/30/lima-soalan-untuk-anwar-%e2%80%93-dato%e2%80%99-eskay/




Read more »

Wednesday, March 30, 2011

KUBURKAN TERUS PKR PAHANG!!!


Semalam kecoh jugak cerita pasal Timbalan Pengerusi PKR Pahang yang bertindak meletakkan jawatan serta keluar parti tu.

Ramai la orang yang tertanya - tanya, ye ke Timbalan Pengerusi tu dah letak jawatan dan keluar parti? Kalau dah keluar berita Awani, takkan la tak betul pulak.

Kalau tak betul, kenapa tak ada orang yang saman agensi berita tu hari ni? Jadi jawapan kepada soalan umum tu, betul la.

Cuma pembetulan yang perlu dibuat ialah mengenai jawatan dia je. Dia Naib Pengerusi, bekas Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang.

Sekarang tinggal la si Fauzi Pendek tu terkontang - kanting seorang diri di Pahang. Dia hanya disokong oleh Ketua - Ketua Cabang yang masih bermimpi nak jadi orang kuat suatu hari nanti.

Menurut laporan blogger Pro Pembangkang di Pahang, katanya Mohd Nor Jaafar ni ibarat kerusi je. Macam kerusi yang dia duduk tu la.

Dulu, katanya, PKR Pahang letak dia sebagai Timbalan Pengerusi. Tapi satu kerja pun dia tak buat. Dia jugak merupakan Pengerusi Kebajikan PKR Pahang. Pun dia tak buat kerja katanya.

Laporan dari blog itu juga turut menyatakan bahawa Mohd Nor ni pun tak buat kerja dia sebagai Ketua Cabang di Jerantut. 

Maka sebab itu la jawatan dia sebagai Timbalan Pengerusi telah diturunkan kepada Naib Pengerusi sahaja sebelum dia letak jawatan dan keluar parti semalam.
Memandangkan bahawa PKR Jerantut "mati" maka ada usaha daripada DAP dan PAS mahu ambilalih DUN Damak untuk ditandingi oleh DAP didalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Tengok. Ini la salah satu cara DAP nak ambik alih kuasa dari orang Melayu. Belum pun tiba masanya nak PRU, dah boleh letak dah siapa yang akan bertanding dimana.

Hakikatnya, bukan setakat di Jerantut je PKR ni tak buat kerja. Tapi serata Pahang diorang tak buat apa - apa pun. Banyak bergantung harap pada PAS je sebenarnya.

Tengok aje la kepimpinan dalam parti tu. Dalam tempoh 3 tahun, berapa ramai Timbalan Ketua yang telah diganti termasuk Azan Ismail?

Yang si Fauzi Pendek tu pun takde jugak buat kerja. Kenapa tak nak turunkan dia? Kenapa tak de pulak usaha untuk menggulingkan dia?

Kalau dah mati dan tak buat apa - apa, yang diorang bukak jugak lagi kenapa? Tutup aje la. Pakat baca talkin ramai - ramai. Kebumikan terus PKR Pahang ni. Buat menyemak je!!!

Read more »

BIRO ICT PAHANG MENGERAKKAN MEDIA SOSIAL RAKYAT

Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin


Biro ICT Perhubungan UMNO Pahang, yang dipengerusikan oleh YB. Dato Mohd Sharkar Shamsuddin,  dilaporkan mengadakan mesyuaratnya di Resthouse Bentong malam lalu (28.3.2011). Antara yang dibincangkan adalah mengenai strategi dan peranan yang akan dimainkan oleh media sosial Pahang pada PRU akan datang serta bagaimana penglibatan rakyat pengamal media sosial berkenaan dapat digabungkan dan ditentukan arahtujunya menjelang PRU nanti

Banyak pihak melihat bahawa agenda ini dilakukan bagi mengimbangi apa yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang khususnya Pas yang telah menganjurkan seminar media sosial di Temerloh tidak lama dulu. Namun pelan yang UMNO lakukan ini lebih menyeluruh dan terancang dan mampu menarik rakyat menuju ke arah yang sama serta meninggalkan pembangkang dengan retorik dan omong kosong mereka. 

Pelan yang dirancangkan ini akan digerakan ke peringkat bahagian dan seterusnya cawangan-cawangan UMNO dimana kekuatan sebenarnya akar umbi berada. Perancangan ini dijangka akan dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO seterusnya membantu kemenangan UMNO dalam PRU13 nanti. Dengan slogan 'Media Sosial - Media Rakyat' (merakyatkan media sosial) banyak pihak berpendapat ianya akan mampu menarik sokongan terutamanya generasi muda yang sangat rapat dengan dunia Internet.

Read more »

GERAKAN MENYINGKIRKAN AZAN


Indera Mahkota, 30 Mac : PKR Indera Mahkota dilanda kemelut politik dalaman yang runcing dan nazak, merujuk muka hadapan Akhbar Sinar Harian yang bertajuk “PKR Nazak” Susulan daripada itu satu mesyuarat tergempar diadakan bersama Ketua-Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang .

Mesyuarat tersebut bersetuju meluluskan usul memberi sokongan padu dan tanpa berbelah bahagi kepada kepimpinan Dato' Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi PKR Pahang serta meluluskan usul merujuk Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

Apa agaknya perasaan Azan apabila bakal dihadapkan ke muka pengadilan. Azan sebelum ini adalah Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang namun gerakan licik yang dilakukan maka Azan berjaya disingkirkan dan menjadi Pengerusi PKR Negeri Terengganu. Azan juga bakal ‘gelap gambar’ sebagai calon PKR bagi Parlimen Indera Mahkota dalam Pilihan Raya Umum akan datang dan berkemungkinan Dato’ Fauzi akan bertanding kerusi tersebut.

Azan sudah terlewat untuk memperbetulkan Cabang Indera Mahkota. Jeritan Azan tentang rasa tidak puashati terhadap kelemahan Fauzi berhubung 300 ahli PKR keluar parti baru-baru ini hanya sia-sia sahaja. Kenyataan Azan yang mengibaratkan Fauzi seperti ‘harapkan pagar, pagar makan padi” dan menggambarkan seolah-olah Fauzi mempunyai kepentingan peribadi sebenarnya satu kenyataan yang tidak memberi apa-apa makna kerana Azan sekarang berada di luar gelanggang.

PKR Pahang seolah-olah dengan nyata menolak Azan yang kelahiran Negeri Terengganu untuk aktif berpolitik di Negeri Pahang. Golongan yang tidak menyukainya sudah tentu akan berkata “kalau terasa bagus sangat bertandinglah di Negeri Terengganu”. Golongan yang menyukai beliau pula barangkali akan berkata “beliau adalah calon terbaik jika mahu dibandingkan dengan Fauzi” walaupun Azan tidak membuat apa-apa perubahan dan kemajuan di Parlimen Indera Mahkota.

Sebenarnya musuh Azan bukan UMNO tetapi kepimpinan PKR yang mempunyai kepentingan peribadi. PKR Pahang dan seluruh negara sudah nazak maka parti ini tiada apa yang istimewa lagi.

Read more »

Tuesday, March 29, 2011

Fuziah Tenggelam Timbul


KUANTAN, 29 Mac: Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan yang dikenali dengan Fu Zi Ah kerana berjaya mengalahkan Fu Ah Kiow dalam pilihan raya umum yang lalu tiba-tiba muncul kembali di Kuantan setelah sekian lama mendiamkan diri. Barangkali Fuziah sedang merancang bagaimana mahu menawan kembali hati penduduk Kuantan yang kecewa dengan perkhidmatan beliau.

Selepas menang pilihan raya umum yang lalu dan di awal perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen, Fuziah ada mengatakan "sudah pasti saya kena bekerja empat kali ganda kerana memikul tugas ketiga-tiga DUN. But i will do my best. Saya akan handle semua aduan".

Namun itu semua adalah hangat-hangat tahi ayam!. Tidak beberapa lama selepas itu beliau dilihat banyak berada di kawasan pada hujung minggu sahaja kerana menghadiri sidang Parlimen dan suami beliau bertugas di luar Pahang. Beliau juga banyak berada di kawasan Pilihan Raya Kecil daripada membantu penduduk di kawasannya.

Fuziah tiada inisiatif untuk menyelesaikan sendiri masalah rakyat sebaliknya menjadikan ianya isu untuk meraih simpati politik. Fuziah satu ketika lupa daratan dan mencabar ADUN BN meletak jawatan jika tidak boleh menyelesaikan masalah rakyat.

Fuziah pernah berkata "jika permasalahan rakyat melibatkan perkara-perkara setempat, sememangnya tugas ADUN untuk menyelesaikannya. Sebab itu sebagai Ahli Parlimen saya akan bekerjasama dengan ADUN. Saya akan bagi mereka date line. Kalau mereka tidak peduli, saya akan cabar mereka letak jawatan. Sebab apa gunanya menjadi wakil rakyat jika tidak boleh selesaikan masalah rakyat".

Persoalan sekarang siapakah beliau untuk mengarahkan ADUN BN letak jawatan. Sepatutnya beliau yang sepatutnya letak jawatan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik sebaliknya menggunakan isu-isu untuk menutup kelemahannya.

Read more »

PAS HANYA TANDING 5 DARI 71 KERUSI PRN SARAWAK, NAK UBAH KERAJAAN?

Nik Aziz pun seangkatan dengan 'Ayah Pin' 
yang membawa banyak fatwa sesat dan menyesatkan


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Para pengundi Sarawak perlu bangkit menyanggah pemikiran lapuk dengan suatu persepsi baru bahawa tanpa BN rakyat akan hidup lebih selesa. Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, keadilan dan kesejahteraan tidak mampu lagi ditegakkan di bawah rejim BN. “Jangan ada peluang buat BN memerintah buat sekian kalinya, kerana puluhan tahun mereka hidup mendera rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.  BACA SETERUSNYA HASUTAN HARAKAH

Cuba kita duduk diam-diam dan berfikir dengan hati yang tenang; apakah yang mampu Pas ubah dengan hanya bertanding di 5 kerusi DUN dalam PRN Sarawak. Itu pun jika mereka menang kelima-lima kerusi itu.  Tidakkah Pas hanya membantu dan jadi batu loncatan serta kuda tunggangan DAP untuk agenda rasis ultra kiasu mereka?

Tidakkah menyokong kebodohan Pas bererti juga kita menyokong kebodohan dan memperbodohkan diri sendiri saja? Jika Pas beranggapan bahawa mereka ke sarawak untuk perbodohkan rakyat Sarawak dengan rhetorik politik mereka, maka mereka sikap besar kerana rakyat Sarawak tidak lah sebodoh yang mereka sangkakan. (Baca Disini)

Bayangkan, Pas hanya bertanding 5 dari 71 kerusi DUN Sarawak tetapi bermimpi nak ubah kerajaan. Ini bukan kerajaan langit 'Ayah Pin', lainlah jika Pas hanya nak buat kerajaan bulan 'Nik Aziz' pula dengan ajaran dan fatwa-fatwa sesatnya. Baca juga disini mengenai sambutan rakyat pedalaman Sarawak terhadap kempen parti pembangkang (Klik)

Read more »

Monday, March 28, 2011

Karpal Singh Perlu Berundur





KUALA LUMPUR 27 Mac - Pengerusi DAP, Karpal Singh digesa menyatakan pendiriannya berhubung pendedahan video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China baru-baru ini.
Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, rakyat mahu melihat sama ada Karpal yang merupakan peguam bela bagi kes liwat kedua melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaungkan kebenaran atau hanya sekadar bersuara demi kepentingan politiknya.
Beliau berkata, pihaknya juga mendesak supaya bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang merupakan salah seorang trio Datuk T agar memberikan satu salinan video seks melibatkan pemimpin pembangkang itu kepada Karpal.
"Parti KITA Kedah meminta supaya Karpal menilai sendiri sejauh mana tahap moral rakan pemimpin pembangkangnya itu melalui isu video seks tersebut.
"Adakah Karpal akan bersikap seperti harimau Jelutong atau berdiam diri seperti tikus Jelutong dalam isu ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan Malaysia

Huh! Berputar kepala Karpal Singh dibuatnya kali ni. Apa pula akal benggali tua ni selepas ni. Pada akulah, hanya satu jalan je iaitu berundur. Berundur diri saja dari kes Anwar Ibrahim. Buat apa perlu menanggung malu dan susah kerana orang lain. Tak guna kalau Karpal Singh perlu susahkan diri sedangkan Anwar Ibrahim langsung tak pernah mahu bertaubat. Yang perlu bertaubat sekarang adalah Karpal Singh sendiri. 

Dulu dia lah orangnya yang mendesak Tun Dr. Mahathir meminta Anwar diambil tindakan kerana mendakwa dia mempunyai bukti, kenapa kini dia pula membela orang yang didakwanya dia ada bukti akan kesalahannya? Karpal mesti bertaubat! Nik Aziz Mesti bertaubat! Lim Kit Sial mesti bertaubat! Hj Hadi mesti bertaubat!

Read more »

TUAN IBRAHIM TAKUT BERDEPAN DENGAN MAT SABUN???

"...Nak Lawan Mat Sabun? Ana Surrender..."

Mari kita cerita sikit pasal Tuan Ibrahim Tuan Man yang katanya juga tidak akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS ni.

Wah! Kalau dekat Kerdau hari tu, dia la yang paling lantang sekali mempertikaikan itu dan ini. Tapi bila suruh bertanding, takut pulak.

Dengar kata, geng - geng Pro Kerajaan Perpaduan ni nak letak Tuan Ibrahim bagi menggantikan Nasarudin Mat Isa sebagai calon Timbalan mereka.

Mungkin sebab mereka dah putus asa dengan Nasa yang kelihatan senyap sunyi selepas kena 'sound' dengan Nik Aziz ari tu.

Nak pulak bila si Nasa ni tak Berani Kerana Benar, tetapi sebaliknya pulak. Rupanya harapan mereka nak mencalonkan Tuan Ibrahim pun macam tu jugak la nampak gayanya.

Kalau nak tahu, Tuan Ibrahim, Tokeh Ladang Getah Pajak ni pun sebenarnya tak nak bertanding sebab dia pun penakut jugak.

Dia lagi takutkan Nik Aziz daripada takut nak menegakkan kebenaran dan menuruti hukum sunnah Rasulullah S.A.W dalam soal perpaduan.

Tengok aje la masa di kerdau hari tu. Sebelum ni dengar kata PAS Pahang dah setuju tak nak bertanding dalam Pilihanraya tersebut. 

Tapi sebab nak jaga air muka Nik Aziz, bertanding jugak la walaupun dia tau PAS akan kalah dari merebut kerusi tersebut. Sebab itu jugak la diorang letak calon 'Recycle'.

Inilah sifat sebenar pemimpin PAS. Mereka lebih takutkan Nik Aziz dari hukum Islam. Padahal Islam menganjurkan umatnya Berani Kerana Benar.

Tapi belum apa - apa lagi, dah takut nak bertanding. Tak kan la diorang nak bagi Mat Sabun menang free kot? Alahai, berani la sikit lawan Tuan Guru tu. Dia pun manusia biasa jugak. Bukan maksum sangat pun.

Read more »

Sunday, March 27, 2011

KECELARUAN FIKIRAN NIK AZIZ





Kota Bharu - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.

“Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­agama,” katanya.

“Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" katanya kepada pemberita selepas ­menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.


Nik Aziz menyalahkan pihak yang mempertontonkan video lucah yang melibatkan seseorang yang disyakki sebagai ketua pemimpin pembangkang, tetapi tidak menyalahkan individu yang melakukannya, mungkin kerana beliau juga percaya bahawa itu adalah ketua pemimpin pembangkan berkenaan.

Nik Aziz mengutuk mereka yang mempertontonkan dan menonton video berkenaan sebagai tidak bermoral, rendah akhlak dan tiada pegangan agama, namun kenapa tidak langsung menyentuh tentang moral individu didalam video berkenaan? Adakah kerana beliau yakin bahawa individu itu adalah Anu arr?
Ada kecelaruan fikirian dalam minda Nik Aziz dalam kenyataan terbarunya yang tiba-tiba mengaku sebagai  ' kita orang Melayu'?

Kenapa tiba-tiba dan akhir-akhir ini nak perjuangkan bangsa melayu pula? Saya percaya usia Nik Aziz yang sudah demikian lanjut membuatkan kecelaruan mindanya semakin meningkat. Kita bimbang bahawa beliau akan membawa pengikutnya kearah yang tidak tentu arah dan salah. Pemimpin muda patut mengambil alih kepimpinan Pas dari beliau dengan seberapa segera sebelum beliau benar-benar hilang pertimbangan.

Sumber: blog Putra Merdeka

 

Read more »

Saturday, March 26, 2011

ICT PAHANG BERKEMBANG PENUHI HASRAT MODEL EKONOMI BARU


Foto ihsan dari blog Mohd Sharkar Shamsuddin (Klik)



KUALA LUMPUR - Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan penting dalam memenuhi hasrat kerajaan menuju ke arah Model Baru Ekonomi (MBE) berpaksikan pengetahuan dan inovasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa ini kreativiti dan inovasi ICT memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang termasuk memudahkan urusan perdagangan, rawatan kesihatan, mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan penggunaan ilmu pengetahuan.

"Sejak empat dekad lalu, industri ini berkembang pesat hingga menjadi asas kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi dunia," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Anugerah ICT NEF-Awani di sini semalam  ~ (Kosmo Online 25.3.2011)


Dalam skop yang lebih kecil namun tidak kurang pentingnya, kita dapat melihat bahawa perkembangan teknologi ICT ini sudah dapat diterima dan diserapkan oleh segenap lapisan masyarakat termasuk yang tinggal diluar bandar. Laman media sosial sosial seperti facebook, twitter dan blog sudah menjadi kehidupan masyarakat terutama golongan muda.

Sehubungan dengan itu kita percaya bahawa UMNO negeri akan menganjurkan program khusus bagi membina satu sumber 'hub maklumat' dimana golongan muda akan dapat mencapai maklumat yang dikehendaki terutamanya mengenai negeri Pahang dan UMNO khususnya, dari sumber yang sah dengan maklumat yang tepat. Kita juga pecraya Biro ICT UMNO negeri Pahang dibawah Dato' Sharkar Shamsuddin ada merencana sesuatu untuk dilaksanakan dalam waktu terdekat.




Read more »

GELAP LA MASA DEPAN AZAN!!!

"...Hang Putaq Ja Kepala Si Azan Tu. Biaq Dia Pening Sikit..."

Ceh! Kita dah terkena dengan permainan Poo...singh si Pendek ni rupanya. Boleh tahan juga dia kelentong rakyat.

Memang patut sangat la dia jadi Pengerusi PKR Pahang. Bakat ambik daripada 'Anugerah Tuhan' tu rupanya. Maklum la. Anak buah Ketua Penipu la katakan.

Sampaikan Azan Ismail pun habis ditipunya. Yang mamat tu ye - ye je la perli dia semalam. Rupanya, kena 'main' jugak dek Fauzi Pendek ni.

Dengar kata, malam tadi ada Mesyuarat Tergempar oleh Ketua - Ketua Cabang PKR dalam Negeri Pahang di Rumah Rehat Temerloh.

Ianya berikutan kenyataan akhbar si Azan Ismail, bekas Timbalan Pengerusi PKR Pahang dalam Sinar Harian semalam. (Klik Sini).

Keputusan dalam mesyuarat tersebut dengan sebulat perut si Fauzi Pendek tu menyatakan sokonga tanpa belah bagi Ketua - Ketua Cabang terhadap kepimpinan si Fauzi Pendek tu.

Mesyuarat tersebut juga telah menetapkan akan merujuk YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi PKR Terengganu ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

Kononnya, kata mereka, tindakan Azan itu semalam sengaja hendak memburuk - burukkan kepimpinan Si Fauzi Pendek selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang.

Eceh! Pigidah! Kepimpinan menda yang ada pada si Fauzi Pendek tu? Dia bukan tau buat apa - apa pun. Buat lawak sarkis pandai la dia.

Sedangkan dalam Pilihanraya Kecil Kerdau hari tu pun, batang hidung dia lansung tak nampak. Pemimpin menda jadahnya?

Inilah dia PKR. Pantang kena kritik sikit, nak mengadu pada Jawatankuasa Disiplin. Sikit - sikit merajuk. Orang bagi nasihat, bukan diorang nak dengar.

Hai Azan. Nampak gayanya, gelap la peluang awak nak jadi Ahli Parlimen Indera Mahkota selepas ni. Patut la awal - awal lagi dah kena tukar ke Terengganu.

Itulah nasib bila masuk parti yang hanya ada kepentingan dan agenda peribadi semata - mata. Terima je layang PKR ni memang hakikatnya Parti Kelentong Rakyat je sebenarnya. Nak jadi pemimpin? Ceit!!! Pigidah!!!

Read more »

Friday, March 25, 2011

PKR Pahang Nazak


"PKR Tarak Apa Dah"

KUANTAN 25 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota semakin nazak apabila 357 orang ahli PKR yang mengisytiharkan keluar parti tempohari telah menyerahkan borang keahlian UMNO dalam satu majlis petang semalam di Pejabat UMNO Bahagian Indera Mahkota.

Kesemua mereka bertindak keluar parti kerana prinsip perjuangan PKR telah tersasar dari matlamat asal. Berbekalkan kepada prinsip perjuangan tulen bukan kerana wang dan tanah, maka mereka mengangkat kaki memasuki UMNO.

Keputusan keluar parti itu juga kerana mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan golongan yang mementingkan kepada perjuangan peribadi sahaja.

Ini bermakna PKR kena melupakan hasrat mereka mahu menawan Pahang kerana mereka tidak ada kekuatan lagi. Apa lah ertinya jika ada parti tetapi tiada ahli. Namun penyokong tegar PKR dilihat masih angkuh dan sombong. Tidak mustahil akan ada lagi ahli parti PKR yang akan keluar parti. Tiada apa yang mahu dibanggakan lagi dengan PKR.

Read more »

VIDEO SEKS ANWAR SATU KONSPIRASI?


Off record punya dailog:
Hang ni Mat Sapu, yang hang dok panggil aku Al-Juburi tu apasal? Hang pun bukannya baguih sangat! Normah hang sapu, Tabung Memali pun hang sapu...baguih ka?


PETALING JAYA – Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yakin tayangan video seks di Carcosa Seri Negara Isnin lalu adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR meminta polis segera menyiasat kumpulan ‘Datuk T’ yang secara terbuka telah mengaku terlibat dalam penganjuran tayangan tersebut kepada beberapa orang wartawan.

“Mereka telah melakukan kesalahan kerana memiliki dan menayangkan bahan lucah yang jelas melanggar undang-undang, polis perlu menyiasat mereka,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini, semalam.

Semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, mengaku mereka menggunakan nama ‘Datuk T’ dan mengesahkan terlibat dalam tayangan video berkenaan.
Mereka juga menamakan Datuk Shuib Lazim sebagai termasuk dalam trio ‘Datuk T’, walaupun beliau tidak hadir.  ~ Sinar Harian 
(Klik)


Walau apapun, kepada rakyat yang masih berminat mengikuti perkembangan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya tetap fokus kepada isu asal iaitu isu tuduhan liwatnya terhadap Saiful. Ini kerana kemungkinan ada pihak-pihak yang sedang cuba mengalihkan perhatian kepada isu lain dari isu sebenar bagi mengaburi mata rakyat.

Read more »

Thursday, March 24, 2011

Rebut Peluang 40,000 Tawaran Kerja Di Karnival Kerjaya Pemuda BN

KUALA LUMPUR  24 Mac – Seluruh warga pencari kerja disaran memanfaatkan sepenuhnya Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 yang bakal berlangsung pada 25 hingga 27 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi melihat dan seterusnya mencuba peluang yang ditawarkan.

Setiausaha Pemuda BN, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata sebanyak 40,000 peluang pekerjaan akan disediakan pada karnival kerjaya berkenaan dan ianya adalah yang terbesar di negara ini dan sewajarnya semua pihak memanfaatkan peluang yang disediakan oleh pelbagai syarikat dan agensi yang terlibat di dalam karnival berkenaan.

“Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyempurnakan majlis perasmian serta  kehadiran timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berdialog dengan sebahagian pencari kerja dijangka akan menyemarakkan lagi karnival tersebut.

“Dan kita mensasarkan kira-kira 500,000 pengunjung akan hadir ke karnival selama tiga hari itu dengan 580 syarikat sudah pun mengesahkan penyertaan masing-masing bagi menjayakan karnival kerjaya terbesar itu,’ katanya.

Tambah Megat Firdouz lagi, penganjuran  karnival kerjaya tersebut merupakan karnival  pertama anjuran sebuah perikatan politik dan juga yang pertama menyaksikan kehadiran dua pemimpin tertinggi negara pada satu-satu masa.

“Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan BN menyelesaikan masalah para pencari kerja setelah kajian Makmal Pemuda BN hujung tahun lalu mendapati kira-kira 70 peratus golongan muda menyatakan peluang pekerjaan dan ekonomi merupakan isu utama mereka,” katanya.

Beliau seterusnya menambah, kaedah Pemuda BN yang mewujudkan sistem kod bar bagi mendaftarkan butir diri pencari kerja disifatkan efektif dengan melihat kepada jumlah pemohon setakat ini.

“Dalam sistem itu, para pencari kerja yang menghantar maklumat diri mereka ke lamanwww.bnyouthjobfair.com akan mendapat satu kod bar.

“Apabila hadir ke karnival itu nanti, mereka hanya perlu menunjukkan kod bar jika ingin mencari kerja di sesebuah syarikat yang menyertai pameran dan ia akan dimuat turun dalam sistem majikan itu, tidak perlu bawa sehingga 580 maklumat diri anda.

“Selain itu, penganjur juga akan menyediakan kira-kira 500 unit komputer untuk pencari kerja menyediakan maklumat masing-masing beserta puluhan sekretariat yang akan menunjuk ajar cara menyediakan sebuah maklumat diri,” ujarnya. -MediaUMNO

(Ini merupakan peluang keemasan kepada para graduan yang menganggur. Rebutlah peluang ini. Ini juga membuktikan BN sangat prihatin kepada kebajikan golongan muda.)

Read more »

FAUZI PENDEK LACURKAN AMANAT ANWAR!!!


Pengecut juga rupanya si Fauzi Pendek ni. Ingatkan dia seberani Ketua Penipu yang selalu dia kipas dan ampu tu. Rupanya tidak.

Masa kat Kerdau hari tu, puas seluruh ceruk orang cari dia. Hari akhir baru jumpa dia di Jengka 22. Itu pun dia datang lambat ketika si Khalid Gagap tengah berucap.

Dah la datang lambat, buat perangai macam beruk pulak tu. Semua benda yang diucapkan oleh si Khalid Gagap tu, semua dia tepuk.

Macam nak sabotaj ceramah Khalid Gagap pun ada jugak si Fauzi ni. Tapi macam beruk kena belacan je sebenarnya.

Kata dia, dia sanggup bersara dan mengundurkan diri dari dunia Politik sekiranya Indera Mahkota tumbang kepada BN dalam PRU akan datang.

Ini semua gara - gara tindakan ahli PKR Indera Mahkota yang diketuai oleh Pemangku Ketua Cabangnya yang keluar parti Ahad lalu.

Aik! Belum apa - apa lagi dah mengaku kalah ke Fauzi? Dia tak pegang ke amanat Anwar Ibrahim yang selalu kata 'Lawan Tetap Lawan' tu?

Tapi, macam biasa la. Geng - geng Pakatan Penipu Rakyat ni bukan reti nak berpijak dibumi yang nyata. Dia masih juga simpan angan - angan nak jadi MB Pahang sebenarnya.

Jadi untuk tidak mengaibkan imej Si Ketua Penipu yang memang dah sedia buruk tu, dia 'cover' la cerita.

Konon kata dia, walaupun 300 orang yang keluar dari parti sebelum ini tidak akan menjejaskan kekuatan parti tersebut menjelang PRU ke 13 nanti.

Kalau dah orang tak nak tu, bawak - bawak la sedar diri Fauzi Oi! jangan asyik nak bermimpi disiang hari.

Kalau betul PKR masih kuat di Pahang ni, kenapa sampai hari ni, Azan Ismail masih tak bukak mulut memberi ulasan mengenai perkara tersebut?

Rakyat dah nampak dah penipuan yang dilakukan oleh PKR di Pahang ni. Semuanya retorik belaka. Macam mana rakyat nak percaya? Ceit!!! Pigidah!!!

Read more »

Wednesday, March 23, 2011

PRN SARAWAK: SATU TRANSFORMASI





Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan kelmarin(21.3.2011) bagi membolehkan pilihan raya DUN ke-10 diadakan. Speaker DUN sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata pengistiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng telah diterima pada pagi semalam  ~ Harian Metro. Selasa, 22.3.2011 ms14.
 
 
Diumumkan juga bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak akan bertanding semula yang membawa maksud tidak lagi akan menjadi Ketua Menteri setelah selama lebih 30 tahun memimpin negeri Sarawak. Selain itu beliau juga mengumumkan bahawasekurang-kurangnya 10 muka baru akan bertanding menggantikan mula lama yang akan bertanding dalam PRN nanti dari parti yang dipimpinnya, PBB.

Kita peraya bahawa Ketua Menteri Sarawak itu sudah dapat melihat plan transormasi negara yang dibawa oleh YAB PM kita dan beliau juga bersetuju untuk melaksanakannya di peringkat negeri di Sarawak. Kita percaya BN akan masih mampu memenangi PRN Sarawak dan seterusnya memimpin negeri Sarawak ke arah kemajuan.
 
Sebentar tadi SPR telah mengumumkan dan menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak pada 6 April 2011 dan tarikh pengundian adalah pada 16 April 2011. Marilah sama-sama kita menyokong kerajaan BN seterusnya memenangkan BN di Sarawak bagi masa depan yang lebih terjamin.
 
 

Read more »

Tuesday, March 22, 2011

Pahang Bumi Bertuah

Pahang mempunyai banyak keistimewaan sebagai tarikan pelancong apabila mempunyai pakej alam semula jadi yang serba lengkap. Gunung-ganang, sungai, hutan, pantai dan tanah tinggi merupakan antara khazanah yang menjadi aset bagi melonjakkan sektor pelancongan di negeri itu.


Justeru, Taman Negara di Kuala Tahan dekat sini antara destinasi yang sentiasa bermain di bibir pelancong.
Taman Negara masih dapat bertahan sebagai destinasi yang popular di kalangan pelancong domestik dan Barat yang mahu melihat lebih dekat khazanah itu selain menyedut udara bersih sambil pemandangan alam yang menghijau.

Waktu yang paling sesuai untuk pelancong mengunjungi Taman Negara adalah pada April hingga November selain cuti hujung minggu.

Taman Negara yang terletak di Banjaran Titiwangsa dan meliputi sebahagian daerah Lipis dan Jerantut berjaya menggamit kedatangan pelancong khususnya para pencinta alam yang mahu menikmati kehijauan hutannya, kejernihan sungainya dan keriuhan kicau mergastua.


Kerajaan Pahang menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyediakan pelan perancangan dan pengurusan hutan dalam usaha menyenaraikannya sebagai Warisan Dunia seperti khazanah sejarah dan alam di negara Asia lain.

Keindahan hutan Taman Negara dapat dinikmati sebaik sahaja bot yang membawa pelancong singgah di jeti Mutiara Resort dari Kuala Tembeling atau turun dari kenderaan di Kuala Tahan Seberang melalui jalan darat dari bandar Jerantut.


Suasana sepi hutan bertukar 'hidup' dengan kegiatan pelancong dari pelbagai negara menginap di Mutiara Resort yang menyediakan 117 calet untuk keselesaan pengunjung di samping tempat penginapan yang diusahakan oleh penduduk di Kuala Tahan. Jika bernasib baik, penginap dapat melihat sendiri binatang liar seperti rusa, babi hutan dan binatang kecil lain yang merayau-rayau di sekitar calet menjelang tengah malam hingga ke awal pagi.

Bagaimanapun, pelancong juga boleh menyertai kegiatan safari malam untuk melihat haiwan liar di kawasan yang disediakan dengan bantuan pemandu pelancong dan petugas perhilitan.
Pada sebelah siang, pelancong boleh beriadah dengan mendaki Bukit Teresek untuk menyaksikan keindahan alam semula jadi dari puncak bukit tersebut.

Selain itu, pelawat boleh berjalan kaki dari Bukit Teresek selama 45 minit untuk sampai di tangga jambatan gantung (canopy walkway) sebelum meniti jambatan berkenaan setinggi 400 meter dari aras laut.
Seperti hutan hujan tropika lain, Taman Negara juga menyediakan rangkaian gua untuk diteroka seperti Gua Telinga dan Gua Daun Menari di samping banyak lagi gua yang sedang dikenal pasti untuk dibuka kepada pengunjung.


Pengunjung pastinya merasa puas apabila melawat penempatan Orang Asli suku Batek di Dedari, berjalan malam di hutan, berakit dan mengintai binatang buas menjilat garam di lima buah jenut dan bumbun termasuk Bumbun Tahan.

Bagi pendaki tegar, Gunung Tahan sentiasa menanti untuk menyahut cabaran yang tidak terdapat di gunung lain di negara ini sehingga sesetengah pendaki menyifatkan tidak lengkap lawatan jika tidak mendaki gunung tertinggi di Semenanjung itu.

Menaiki bot penambang atau dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai 'bot Tembeling' pastinya membuat pelancong merasai keseronokan yang agak berbeza dengan pengangkutan sungai di tempat lain.

Read more »

share2