Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 23, 2011

PRN SARAWAK: SATU TRANSFORMASI





Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan kelmarin(21.3.2011) bagi membolehkan pilihan raya DUN ke-10 diadakan. Speaker DUN sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata pengistiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng telah diterima pada pagi semalam  ~ Harian Metro. Selasa, 22.3.2011 ms14.
 
 
Diumumkan juga bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak akan bertanding semula yang membawa maksud tidak lagi akan menjadi Ketua Menteri setelah selama lebih 30 tahun memimpin negeri Sarawak. Selain itu beliau juga mengumumkan bahawasekurang-kurangnya 10 muka baru akan bertanding menggantikan mula lama yang akan bertanding dalam PRN nanti dari parti yang dipimpinnya, PBB.

Kita peraya bahawa Ketua Menteri Sarawak itu sudah dapat melihat plan transormasi negara yang dibawa oleh YAB PM kita dan beliau juga bersetuju untuk melaksanakannya di peringkat negeri di Sarawak. Kita percaya BN akan masih mampu memenangi PRN Sarawak dan seterusnya memimpin negeri Sarawak ke arah kemajuan.
 
Sebentar tadi SPR telah mengumumkan dan menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak pada 6 April 2011 dan tarikh pengundian adalah pada 16 April 2011. Marilah sama-sama kita menyokong kerajaan BN seterusnya memenangkan BN di Sarawak bagi masa depan yang lebih terjamin.
 
 

0 comments:

share2