Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 23, 2015

NAJIB BENTANG BAJET 2016 HARI INI


Bajet 2016


Setahun telah berlalu, ‎kini pembentangan belanjawan tahunan negara di Dewan Rakyat hari ini akan menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia.

Yang pasti, tumpuan hanya terarah kepada apa yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nanti.

Masing-masing mengharapkan pembentangan Bajet 2016 hari ini akan membawa berita gembira.

Biarpun keadaan ekonomi semasa tidak menentu termasuk disebabkan oleh ‎kelembapan ekonomi China dan negara membangun, kejatuhan harga minyak dan nilai mata wang termasuk Ringgit, banyak pihak mengharapkan insentif yang dapat melegakan bebanan kos sara hidup.

Perdana Menteri dijadual membentang Bajet 2016 di Dewan Rakyat, bermula jam 4‎ petang ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelang pembentangan bajet, esok, Najib mengetengahkan pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi melindungi‎ ekonomi Malaysia dalam persekitaran ekonomi global serba mencabar.

"Tahun ini, kita menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi kesejahteraan rakyat," katanya.

Bajet 2016 merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan ia penting sebagai penanda aras kepada hala tuju negara pada masa depan.

0 comments:

share2