Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 1, 2011

UMNO MEMBUKA PINTU PERPADUAN KEPADA MELAYU PAS





KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak semalam meminta PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS), cukup-cukuplah dengan DAP. Ini merugikan kita, jadi jangan sebut perjuangkan Islam, tinggalkan DAP," katanya. 

Ucapan di hadapan kira-kira 20,000 orang pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir dekat sini yang dikuasai PAS, disambut laungan orang ramai, 'masuk BN' dan kemudian disahut Najib, 'kita boleh buat kira masuk BN, tapi janganlah ambil Terengganu.'

Presiden UMNO itu juga berkata, rakyat sekarang sudah bijak menilai kepemimpinan yang dapat menjamin masa depan negara dan ia hanya dapat dilakukan menerusi kerajaan BN dan UMNO.

"UMNO lahir di istana dan bukannya di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sebab itulah (PKR) sikit-sikit hendak berdemonstrasi. Takkanlah kita nak harapkan orang yang jam tangan pun hilang,” katanya sinis berhubung kontroversi membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
(Berita Harian)



KUALA TERENGGANU 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin Pas perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.


Menurut Perdana Menteri, Pas tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.

''Tak kisahlah sama ada Pas mahu bersendirian atau bergabung dengan UMNO, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha Pas dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung di sini hari ini.

Dengan merujuk pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, beliau berkata, usaha gigih Pas ketika berkempen hanya memberikan keuntungan yang lebih besar kepada DAP.

Menurut Najib, Pas perlu menerima kenyataan tentang ideologi mereka yang jelas bertentangan dengan DAP.
''Dari segi pertimbangan, tak ada makna Pas kekal dalam pakatan rakyat. Soal dia nak bergabung atau tidak, itu soal lain.

''Sebab kalau dalam pakatan, mereka tidak boleh berbuat apa-apa tanpa kekangan DAP. Dalam banyak isu, DAP akan tetap membuat keputusan jika mereka beranggapan sesuatu yang tak boleh diterima berdasarkan ideologi mereka," ujarnya. (Utusan Malaysia)


UMNO sudah membuka pintu perpaduan umat Melayu kepada melayu didalam Pas. Tinggal lagi apakah tanggapan Melayu didalam pas terhadap tangan yang dihulurkan itu. Tentu pemimpin Melayu didalam Pas akan memperkirakan apa yang akan mereka dapati dari perpaduan berkenaan. Tentu mereka akan pertimbangkan jika mereka akan kehilangan jawatan atau jawatan apakah yang akan mereka dapati kelak? Jika demikian, apakah mereka benar-benar perjuangkan agama?

Wajarkah yang kuat dan kukuh ditinggalakan untuk menyertai yang lemah? Patutkah yang besar ditinggalkan untuk sertai yang kecil?  Logikkah yang lebih stabil dan sedang mempimpin pemerintahan negara ditinggalkan untik menyertai parti yang hanya melukut ditepi 'pantat' DAP? Haji Hadi meminta ahli UMNO meninggalkan UMNO untuk menyertai perjuangan Pas!

4 comments:

  • Cucu M.Daud Kilau says:
    May 1, 2011 at 10:23 AM

    Jika berlaku perpaduan antara UMNO dengan Pas, maka yg tertinggal diluar hanyalah penjarah politik spt CMK, hehe

  • Cucu M.Daud Kilau says:
    May 1, 2011 at 10:23 AM

    Jika berlaku perpaduan antara UMNO dengan Pas, maka yg tertinggal diluar hanyalah penjarah politik spt CMK, hehe

  • Cucu M.Daud Kilau says:
    May 1, 2011 at 10:23 AM

    Jika berlaku perpaduan antara UMNO dengan Pas, maka yg tertinggal diluar hanyalah penjarah politik spt CMK, hehe

  • hangkedee says:
    May 1, 2011 at 3:11 PM

    Jangan di sorong bantal kerana mereka tengah syok menikmati daging panggang Dapig

share2