Shah Alam - Kerana rindu terhadap bapanya yang telah meninggal dunia, seorang kanak-kanak akan mengusap skrin televisyen jika menonton sebuah rancangan hiburan yang menampilkan penyanyi Acong Sweetchild kerana menganggap itu adalah Allahyarham bapanya.
Status yang dimuatnaik oleh pelayar Facebook, Dayana Rojali yang juga ibu saudara kepada kanak-kanak itu, Irfan mengundang simpati netizen.
"Balik-balik kerja, ibu (nenek Irfan) cakap Irfan nak tengok ayah.Irfan ingat Achong Sweetchild tu arwah ayah dia. Apalah anak kecil ini mengertikan. Kadang-kadang dia tanya ayah, Irfan akan jawab ayah kubur (Irfan tahu ayah dia dan tak ada)," tulisnya.
Sementara itu memetik laporan Astro Gempak, ibu saudara kepada Irfan yang berusia 2 tahun, Norhaliza Rojali berkata, nenek Irfan terpaksa merakam program tersebut kerana anak kecil itu sering meminta untuk menonton ‘ayahnya’ menyanyi.
“Mereka memang seiras...cuma Acong sudah mewarnakan rambutnya. Irfan asyik suruh ulang rakaman sebab nak tengok ayah dia, lepas tu dia usap-usap skrin TV,” ujarnya.
Bapa Irfan, Zainal Halimi dilaporkan meninggal dunia dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitiri tahun lepas.
0 comments:
Post a Comment