Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 28, 2011

TUAN IBRAHIM TAKUT BERDEPAN DENGAN MAT SABUN???

"...Nak Lawan Mat Sabun? Ana Surrender..."

Mari kita cerita sikit pasal Tuan Ibrahim Tuan Man yang katanya juga tidak akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS ni.

Wah! Kalau dekat Kerdau hari tu, dia la yang paling lantang sekali mempertikaikan itu dan ini. Tapi bila suruh bertanding, takut pulak.

Dengar kata, geng - geng Pro Kerajaan Perpaduan ni nak letak Tuan Ibrahim bagi menggantikan Nasarudin Mat Isa sebagai calon Timbalan mereka.

Mungkin sebab mereka dah putus asa dengan Nasa yang kelihatan senyap sunyi selepas kena 'sound' dengan Nik Aziz ari tu.

Nak pulak bila si Nasa ni tak Berani Kerana Benar, tetapi sebaliknya pulak. Rupanya harapan mereka nak mencalonkan Tuan Ibrahim pun macam tu jugak la nampak gayanya.

Kalau nak tahu, Tuan Ibrahim, Tokeh Ladang Getah Pajak ni pun sebenarnya tak nak bertanding sebab dia pun penakut jugak.

Dia lagi takutkan Nik Aziz daripada takut nak menegakkan kebenaran dan menuruti hukum sunnah Rasulullah S.A.W dalam soal perpaduan.

Tengok aje la masa di kerdau hari tu. Sebelum ni dengar kata PAS Pahang dah setuju tak nak bertanding dalam Pilihanraya tersebut. 

Tapi sebab nak jaga air muka Nik Aziz, bertanding jugak la walaupun dia tau PAS akan kalah dari merebut kerusi tersebut. Sebab itu jugak la diorang letak calon 'Recycle'.

Inilah sifat sebenar pemimpin PAS. Mereka lebih takutkan Nik Aziz dari hukum Islam. Padahal Islam menganjurkan umatnya Berani Kerana Benar.

Tapi belum apa - apa lagi, dah takut nak bertanding. Tak kan la diorang nak bagi Mat Sabun menang free kot? Alahai, berani la sikit lawan Tuan Guru tu. Dia pun manusia biasa jugak. Bukan maksum sangat pun.

0 comments:

share2