KUALA LUMPUR - Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan penting dalam memenuhi hasrat kerajaan menuju ke arah Model Baru Ekonomi (MBE) berpaksikan pengetahuan dan inovasi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa ini kreativiti dan inovasi ICT memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang termasuk memudahkan urusan perdagangan, rawatan kesihatan, mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan penggunaan ilmu pengetahuan.
"Sejak empat dekad lalu, industri ini berkembang pesat hingga menjadi asas kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi dunia," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Anugerah ICT NEF-Awani di sini semalam ~ (Kosmo Online 25.3.2011)
Dalam skop yang lebih kecil namun tidak kurang pentingnya, kita dapat melihat bahawa perkembangan teknologi ICT ini sudah dapat diterima dan diserapkan oleh segenap lapisan masyarakat termasuk yang tinggal diluar bandar. Laman media sosial sosial seperti facebook, twitter dan blog sudah menjadi kehidupan masyarakat terutama golongan muda.
Sehubungan dengan itu kita percaya bahawa UMNO negeri akan menganjurkan program khusus bagi membina satu sumber 'hub maklumat' dimana golongan muda akan dapat mencapai maklumat yang dikehendaki terutamanya mengenai negeri Pahang dan UMNO khususnya, dari sumber yang sah dengan maklumat yang tepat. Kita juga pecraya Biro ICT UMNO negeri Pahang dibawah Dato' Sharkar Shamsuddin ada merencana sesuatu untuk dilaksanakan dalam waktu terdekat.
0 comments:
Post a Comment