Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 26, 2011

GELAP LA MASA DEPAN AZAN!!!

"...Hang Putaq Ja Kepala Si Azan Tu. Biaq Dia Pening Sikit..."

Ceh! Kita dah terkena dengan permainan Poo...singh si Pendek ni rupanya. Boleh tahan juga dia kelentong rakyat.

Memang patut sangat la dia jadi Pengerusi PKR Pahang. Bakat ambik daripada 'Anugerah Tuhan' tu rupanya. Maklum la. Anak buah Ketua Penipu la katakan.

Sampaikan Azan Ismail pun habis ditipunya. Yang mamat tu ye - ye je la perli dia semalam. Rupanya, kena 'main' jugak dek Fauzi Pendek ni.

Dengar kata, malam tadi ada Mesyuarat Tergempar oleh Ketua - Ketua Cabang PKR dalam Negeri Pahang di Rumah Rehat Temerloh.

Ianya berikutan kenyataan akhbar si Azan Ismail, bekas Timbalan Pengerusi PKR Pahang dalam Sinar Harian semalam. (Klik Sini).

Keputusan dalam mesyuarat tersebut dengan sebulat perut si Fauzi Pendek tu menyatakan sokonga tanpa belah bagi Ketua - Ketua Cabang terhadap kepimpinan si Fauzi Pendek tu.

Mesyuarat tersebut juga telah menetapkan akan merujuk YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi PKR Terengganu ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

Kononnya, kata mereka, tindakan Azan itu semalam sengaja hendak memburuk - burukkan kepimpinan Si Fauzi Pendek selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang.

Eceh! Pigidah! Kepimpinan menda yang ada pada si Fauzi Pendek tu? Dia bukan tau buat apa - apa pun. Buat lawak sarkis pandai la dia.

Sedangkan dalam Pilihanraya Kecil Kerdau hari tu pun, batang hidung dia lansung tak nampak. Pemimpin menda jadahnya?

Inilah dia PKR. Pantang kena kritik sikit, nak mengadu pada Jawatankuasa Disiplin. Sikit - sikit merajuk. Orang bagi nasihat, bukan diorang nak dengar.

Hai Azan. Nampak gayanya, gelap la peluang awak nak jadi Ahli Parlimen Indera Mahkota selepas ni. Patut la awal - awal lagi dah kena tukar ke Terengganu.

Itulah nasib bila masuk parti yang hanya ada kepentingan dan agenda peribadi semata - mata. Terima je layang PKR ni memang hakikatnya Parti Kelentong Rakyat je sebenarnya. Nak jadi pemimpin? Ceit!!! Pigidah!!!

0 comments:

share2