Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 25, 2011

PKR Pahang Nazak


"PKR Tarak Apa Dah"

KUANTAN 25 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota semakin nazak apabila 357 orang ahli PKR yang mengisytiharkan keluar parti tempohari telah menyerahkan borang keahlian UMNO dalam satu majlis petang semalam di Pejabat UMNO Bahagian Indera Mahkota.

Kesemua mereka bertindak keluar parti kerana prinsip perjuangan PKR telah tersasar dari matlamat asal. Berbekalkan kepada prinsip perjuangan tulen bukan kerana wang dan tanah, maka mereka mengangkat kaki memasuki UMNO.

Keputusan keluar parti itu juga kerana mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan golongan yang mementingkan kepada perjuangan peribadi sahaja.

Ini bermakna PKR kena melupakan hasrat mereka mahu menawan Pahang kerana mereka tidak ada kekuatan lagi. Apa lah ertinya jika ada parti tetapi tiada ahli. Namun penyokong tegar PKR dilihat masih angkuh dan sombong. Tidak mustahil akan ada lagi ahli parti PKR yang akan keluar parti. Tiada apa yang mahu dibanggakan lagi dengan PKR.

0 comments:

share2