Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 30, 2011

GERAKAN MENYINGKIRKAN AZAN


Indera Mahkota, 30 Mac : PKR Indera Mahkota dilanda kemelut politik dalaman yang runcing dan nazak, merujuk muka hadapan Akhbar Sinar Harian yang bertajuk “PKR Nazak” Susulan daripada itu satu mesyuarat tergempar diadakan bersama Ketua-Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang .

Mesyuarat tersebut bersetuju meluluskan usul memberi sokongan padu dan tanpa berbelah bahagi kepada kepimpinan Dato' Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi PKR Pahang serta meluluskan usul merujuk Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

Apa agaknya perasaan Azan apabila bakal dihadapkan ke muka pengadilan. Azan sebelum ini adalah Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang namun gerakan licik yang dilakukan maka Azan berjaya disingkirkan dan menjadi Pengerusi PKR Negeri Terengganu. Azan juga bakal ‘gelap gambar’ sebagai calon PKR bagi Parlimen Indera Mahkota dalam Pilihan Raya Umum akan datang dan berkemungkinan Dato’ Fauzi akan bertanding kerusi tersebut.

Azan sudah terlewat untuk memperbetulkan Cabang Indera Mahkota. Jeritan Azan tentang rasa tidak puashati terhadap kelemahan Fauzi berhubung 300 ahli PKR keluar parti baru-baru ini hanya sia-sia sahaja. Kenyataan Azan yang mengibaratkan Fauzi seperti ‘harapkan pagar, pagar makan padi” dan menggambarkan seolah-olah Fauzi mempunyai kepentingan peribadi sebenarnya satu kenyataan yang tidak memberi apa-apa makna kerana Azan sekarang berada di luar gelanggang.

PKR Pahang seolah-olah dengan nyata menolak Azan yang kelahiran Negeri Terengganu untuk aktif berpolitik di Negeri Pahang. Golongan yang tidak menyukainya sudah tentu akan berkata “kalau terasa bagus sangat bertandinglah di Negeri Terengganu”. Golongan yang menyukai beliau pula barangkali akan berkata “beliau adalah calon terbaik jika mahu dibandingkan dengan Fauzi” walaupun Azan tidak membuat apa-apa perubahan dan kemajuan di Parlimen Indera Mahkota.

Sebenarnya musuh Azan bukan UMNO tetapi kepimpinan PKR yang mempunyai kepentingan peribadi. PKR Pahang dan seluruh negara sudah nazak maka parti ini tiada apa yang istimewa lagi.

0 comments:

share2