Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 24, 2011

Rebut Peluang 40,000 Tawaran Kerja Di Karnival Kerjaya Pemuda BN

KUALA LUMPUR  24 Mac – Seluruh warga pencari kerja disaran memanfaatkan sepenuhnya Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 yang bakal berlangsung pada 25 hingga 27 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi melihat dan seterusnya mencuba peluang yang ditawarkan.

Setiausaha Pemuda BN, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata sebanyak 40,000 peluang pekerjaan akan disediakan pada karnival kerjaya berkenaan dan ianya adalah yang terbesar di negara ini dan sewajarnya semua pihak memanfaatkan peluang yang disediakan oleh pelbagai syarikat dan agensi yang terlibat di dalam karnival berkenaan.

“Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyempurnakan majlis perasmian serta  kehadiran timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berdialog dengan sebahagian pencari kerja dijangka akan menyemarakkan lagi karnival tersebut.

“Dan kita mensasarkan kira-kira 500,000 pengunjung akan hadir ke karnival selama tiga hari itu dengan 580 syarikat sudah pun mengesahkan penyertaan masing-masing bagi menjayakan karnival kerjaya terbesar itu,’ katanya.

Tambah Megat Firdouz lagi, penganjuran  karnival kerjaya tersebut merupakan karnival  pertama anjuran sebuah perikatan politik dan juga yang pertama menyaksikan kehadiran dua pemimpin tertinggi negara pada satu-satu masa.

“Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan BN menyelesaikan masalah para pencari kerja setelah kajian Makmal Pemuda BN hujung tahun lalu mendapati kira-kira 70 peratus golongan muda menyatakan peluang pekerjaan dan ekonomi merupakan isu utama mereka,” katanya.

Beliau seterusnya menambah, kaedah Pemuda BN yang mewujudkan sistem kod bar bagi mendaftarkan butir diri pencari kerja disifatkan efektif dengan melihat kepada jumlah pemohon setakat ini.

“Dalam sistem itu, para pencari kerja yang menghantar maklumat diri mereka ke lamanwww.bnyouthjobfair.com akan mendapat satu kod bar.

“Apabila hadir ke karnival itu nanti, mereka hanya perlu menunjukkan kod bar jika ingin mencari kerja di sesebuah syarikat yang menyertai pameran dan ia akan dimuat turun dalam sistem majikan itu, tidak perlu bawa sehingga 580 maklumat diri anda.

“Selain itu, penganjur juga akan menyediakan kira-kira 500 unit komputer untuk pencari kerja menyediakan maklumat masing-masing beserta puluhan sekretariat yang akan menunjuk ajar cara menyediakan sebuah maklumat diri,” ujarnya. -MediaUMNO

(Ini merupakan peluang keemasan kepada para graduan yang menganggur. Rebutlah peluang ini. Ini juga membuktikan BN sangat prihatin kepada kebajikan golongan muda.)

0 comments:

share2