Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 30, 2011

KUBURKAN TERUS PKR PAHANG!!!


Semalam kecoh jugak cerita pasal Timbalan Pengerusi PKR Pahang yang bertindak meletakkan jawatan serta keluar parti tu.

Ramai la orang yang tertanya - tanya, ye ke Timbalan Pengerusi tu dah letak jawatan dan keluar parti? Kalau dah keluar berita Awani, takkan la tak betul pulak.

Kalau tak betul, kenapa tak ada orang yang saman agensi berita tu hari ni? Jadi jawapan kepada soalan umum tu, betul la.

Cuma pembetulan yang perlu dibuat ialah mengenai jawatan dia je. Dia Naib Pengerusi, bekas Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang.

Sekarang tinggal la si Fauzi Pendek tu terkontang - kanting seorang diri di Pahang. Dia hanya disokong oleh Ketua - Ketua Cabang yang masih bermimpi nak jadi orang kuat suatu hari nanti.

Menurut laporan blogger Pro Pembangkang di Pahang, katanya Mohd Nor Jaafar ni ibarat kerusi je. Macam kerusi yang dia duduk tu la.

Dulu, katanya, PKR Pahang letak dia sebagai Timbalan Pengerusi. Tapi satu kerja pun dia tak buat. Dia jugak merupakan Pengerusi Kebajikan PKR Pahang. Pun dia tak buat kerja katanya.

Laporan dari blog itu juga turut menyatakan bahawa Mohd Nor ni pun tak buat kerja dia sebagai Ketua Cabang di Jerantut. 

Maka sebab itu la jawatan dia sebagai Timbalan Pengerusi telah diturunkan kepada Naib Pengerusi sahaja sebelum dia letak jawatan dan keluar parti semalam.
Memandangkan bahawa PKR Jerantut "mati" maka ada usaha daripada DAP dan PAS mahu ambilalih DUN Damak untuk ditandingi oleh DAP didalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Tengok. Ini la salah satu cara DAP nak ambik alih kuasa dari orang Melayu. Belum pun tiba masanya nak PRU, dah boleh letak dah siapa yang akan bertanding dimana.

Hakikatnya, bukan setakat di Jerantut je PKR ni tak buat kerja. Tapi serata Pahang diorang tak buat apa - apa pun. Banyak bergantung harap pada PAS je sebenarnya.

Tengok aje la kepimpinan dalam parti tu. Dalam tempoh 3 tahun, berapa ramai Timbalan Ketua yang telah diganti termasuk Azan Ismail?

Yang si Fauzi Pendek tu pun takde jugak buat kerja. Kenapa tak nak turunkan dia? Kenapa tak de pulak usaha untuk menggulingkan dia?

Kalau dah mati dan tak buat apa - apa, yang diorang bukak jugak lagi kenapa? Tutup aje la. Pakat baca talkin ramai - ramai. Kebumikan terus PKR Pahang ni. Buat menyemak je!!!

0 comments:

share2