Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 31, 2016

LONDEH DALAM BAS




Beijing: Nasib malang menimpa seorang lelaki apabila seluarnya secara tidak sengaja dilondehkan seorang wanita yang terjatuh ketika di dalam bas.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 6 Julai lalu di dalam bas di Fuzhou yang dirakamkan kamera keselamatan kenderaan awam berkenaan.

Ia bagaimanapun menjadi viral baru-baru ini.


Ketika menaiki bas berkenaan, barangan peribadi wanita itu dilihat tercampak dari beg tangannya, termasuk mekap dan pengiah kasut.

Wanita itu cuba mengutipnya, tetapi bas berkenaan tiba-tiba tersentak menyebabkan dia hilang imbangan dan jatuh ke arah penumpang lelaki terbabit.




Read more »

6 PUNCA DAESH PERANGI MALAYSIA

Enam Perkara Punca Daesh Perangi Malaysia



FATWA Abu Bakar Baghdadi yang menyifatkan perlembagaan demokrasi sebagai syirik antara punca pengganas Daesh tempatan mengisytiharkan kerajaan Malaysia sebagai wajib diperangi.

Menurut Ketua Bahagian Anti Terorism Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay selain menentang demokrasi, Daesh turut menolak pegangan bermahzab serta rujukan pada ijmak ulama dan qias.

“Abu Bakar Baghdadi, pemimpin Daesh mendoktrinkan fahaman Jihadi Salafi yang ekstrem hingga menghalal darah dan nyawa mahzab Ahlul Sunnah Wal Jamaah,” katanya pada majlis Dialog Keselamatan Negara anjuran Biro Tata Negara di Wisma Negeri Melaka.







Daesh menganggap golongan bermahzab sebagai kafir dan perlu digulingkan secara Jihad Qital.

“Golongan bukan Islam pula pada Daesh, tanpa mengira sikap mereka terhadap Islam, tetap kafir harbi yang mesti dibunuh!” Jelasnya.

Daesh katanya, turut mengeluarkan fatwa bahawa pemimpin kerajaan dan anggota polis yang menentang perjuangan mereka layak dibunuh.

“Malah, setelah dibunuh atau ditumbangkan kerajaan, harta mereka boleh dirampas,” jelasnya.

Doktrin Al Baghdadi turut berprinsip bahawa orang Islam yang anti Daesh wajar dibunuh.




Read more »

BINJAI



Banyak kampong-kampong yang dinamakan dengan Binjai. Walau demikian ramai juga yang tidak mengetahui asal usul nama binjai tersebut. 

Binjai adalah nama pokok buah dari keluarga mangga. 

Berikut maklumat mengenainya:





Daun bujur berbentuk pisau pembedah, lebih kurang obovate, (7-) 10-12 (-30) cm x (3-) 4-5,5 (-10) cm, sederhana hijau dan berkilat di atas, pucat di bawah, sering sesak di hujung ranting kuat, keras, tumpul atau terus terang acuminate; tulang daun tebal, leper, yang dibangkitkan di atas, asas secara beransur-ansur decurrent; daun gempal, leper, 1-1,5 (-2.5) cm panjang.

Terminal panicle, 15-25 (-40) cm panjang, banyak bercabang dengan tulang belakang gempal dan cawangan, padat bunga, pucat merah jambu; bunga 5-merous, ungu pucat, wangi-wangian; kelopak linear, sehingga 10 mm panjang, tidak kuat reflexed seperti dalam kebanyakan bunga mangga lain, hanya sedikit reflexed di bahagian atas; subur stamen 1, filamen 5 mm panjang, putih di pangkalan, ungu ke arah puncak, staminodes 4 gigi seperti; cakera sempit, daun-suka, 1-1,5 mm panjang, pucat hijau; ovari tidak langsung bundar, coklat kemerahan, gaya Excentric, 8 mm panjang, putih, menjadi ungu selepas berbunga.

Buah-buahan yang berbiji obovate-bujur, berleher di pangkalan, 12-15 (-20) cm x 6-7 (-12) cm; kulit kuning atau pucat coklat, sangat nipis (1 mm); pulpa putih, lembut dan enak, berserabut, dengan rasa masam pelik dan bau yang kuat pada tempoh matang. borang di 'wani': buah bujur, bulat, 9-11 cm x 6,5-7 cm, hijau pucat berkilat pada tarikh matang, daging putih susu; bentuk terbaik hampir fibreless dengan rasa yang menyenangkan manis.

Seed (batu) bujur-berbentuk pisau pembedah, kira-kira 7 cm x 3,5-4 cm, tidak diratakan, berdinding nipis, tidak tempurung berkayu, diperbuat daripada serat yang kasar Kusut, monoembryonic.

Bentuk Wild mempunyai buah-buahan masam tetapi ada kultivar di Borneo dan Bali dengan manis, fibreless dan buah-buahan yang lazat. Bau pulpa buah-buahan yang agak menyakitkan hati, dan jus putih buah yang belum matang sangat merengsa kepada kulit dan apabila dimakan.

Buah-buahan Binjai berair dan agak manis-masam dan dimakan segar oleh masyarakat tempatan. Binjai sering digunakan untuk menyediakan rempah berdasarkan cili (sambal) yang dimakan dengan ikan sungai. Di sesetengah kawasan, daging buah masak adalah jeruk dan dipelihara dengan garam dalam balang. Ini digunakan untuk membuat sambal apabila buah-buahan segar tidak disediakan.

Nilai pemakanan: Kira-kira 65% buah binjai yang boleh dimakan. Setiap 100 g bahagian yang boleh dimakan juzuk ialah: air 86.5 g, protein 1 g, lemak 0.2 g, karbohidrat termasuk serat 11.9 g, abu 0,4 g, thiamine 0,08 mg, beta-karotena bersamaan 0.005 mg dan vitamin C 58 mg. Nilai tenaga ialah 200 kJ / 100 g.

Kayu ini digunakan untuk pembinaan ringan. Ketumpatan kayu adalah 410-570 kg / m padu pada kandungan lembapan 15%

Binjai dibiakkan dari benih sahaja. Cantuman oleh inarching mungkin boleh dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ia tidak berjaya pada benih mangga.

Binjai tumbuh dengan baik hamper ketinggian 400 m. Ia seolah-olah memerlukan hujan hampir sepanjang tahun.

Bijai ialah pembawa sangat berat dan pokok tunggal boleh menghasilkan beribu-ribu buah-buahan. Buah masak 3 bulan selepas berbunga.

Terdapat pelbagai bentuk atau dipanggil wani yang sebahagian besarnya ditemui di Bali dan Kalimantan Timur. buah-buahan Wani lebih jus, lebih manis dan hampir fibreless. Ia juga tidak mempunyai bau binjai ciri yang sesetengah orang menyinggung perasaan. Oleh itu, pelbagai ini suka lebih oleh pengguna dan meraih harga yang tinggi di pasaran.

# Terjemahan Google Translater




Read more »

UNIK - GADIS MILIKI LIDAH PANJANG




Gadis miliki lidah panjang, unik



FLORIDA, OCALA - Menjilat siku sendiri adalah perkara yang mustahil untuk dilakukan oleh setiap manusia.

Namun begitu, bagi Gerkary Bracho, menjilat sikut dan telinga sendiri bukannya sesuatu yang mustahil memandangkan dia mempunyai lidah yang panjang serta unik.

Selain itu, gadis kelahiran Venezuela ini juga turut memuat naik video di laman YouTube bagi menunjukkan kebolehan unik yang dimilikinya itu kepada pengguna di laman sosial berkenaan.

Menerusi video tersebut, Brancho telah memanjangkan lidahnya sambil menunjukkan kebolehan menjilat telinga, siku serta hidung sendiri dengan menggunakan lidahnya sendiri.

Dalam video terbabit juga, Brancho turut menarik keluar lidahnya yang kelihatan seperti elastik sepanjang mungkin dengan menggunakan tangan.

Buat masa ini, Brancho masih belum mengesahkan panjang sebenar lidahnya tersebut bagi membolehkan dia memegang rekod dunia.

Guinness World Record bagi kategori lidah terpanjang kini dipegang oleh Nick Stoeberl, 26, yang berasal dari California, Amerika Syarikat.

Panjang lidahnya adalah sekitar 3.97 inci dan ia disahkan di Salinas, California pada 27 November 2012.- Daily Mail




Read more »

PRN BAZIR MASA DAN WANG RAKYAT




Dr Rusdi Omar



KOTA BHARU - PRN Kelantan bukanlah satu keperluan kerana akan membazirkan masa dam wang rakyat, kata penganalisis politik, Dr Rusdi Omar.

Menurutnya, semua pihak hanya perlu menunggu PRU 14 yang tidak mustahil diadakan dalam masa terdekat.

“Saya merasakan tidak perlu PRN, walaupun ada alasan tertentu dikemukakan terutama tentang urus tadbir kerajaan negeri yang dikatakan tidak cekap dan hilang kepercayaan wakil rakyat Pas terhadap pucuk pimpinan negeri.

“Namun saya melihat ia hanya cakap-cakap politik sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang menyarankan pembubaran Dun Kelantan bagi memberi laluan PRN awal berikutan krisis keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pas di negeri ini.

Beliau yang juga Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, biarpun benar dakwaan ada wakil rakyat Pas yang akan keluar parti, perkara itu perlu dibuktikan.

“Bukti yang kukuh perlu dikemukakan, dan jangan sesekali mengambil perhatian terhadap politik kedai kopi,” katanya.

Rusdi berkata, BN mungkin boleh buktikan keupayaan mereka menawan Kelantan atau sebaliknya pada PRU14 nanti tanpa perlu diadakan PRN.

“Sekiranya BN boleh tonjolkan tokoh- tokoh berwibawa saya pasti mereka dapat menawan Kelantan malah dengan kemenangan bergaya,” katanya.




Read more »

SEL RAJA DADAH BRAZIL MACAM BILIK VVIP DIDEDAH


Sel penjara raja dadah Brazil macam bilik VVIP terbongkar



ASUNCION - PARAGUAY. Pihak berkuasa Paraguay terkejut selepas mendapati sel penjara yang dihuni raja dadah Brazil dilengkapi tiga bilik mewah lengkap dengan perpustakaan, dapur, bilik persidangan dan televisyen plasma.

Jarvis Chimenes Pavao yang dianggap pengedar dadah paling berbahaya di Amerika Selatan menjalani hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan pengubahan wang haram di Penjara Tacumbu di ibu negara Paraguay, Asuncion.

Namun gaya hidup mewah yang dijalani lelaki itu dipenjara hanya terbongkar sehinggalah sebuah bom ditemui di dalam penjara tersebut.

Chimenes Pavao yang dijadual dibebaskan pada tahun depan tetapi menghadapi ekstradisi kembali ke Brazil atas tuduhan dadah, didakwa merancang untuk menggunakan bahan letupan plastik untuk membuat lubang di dinding penjara untuk melarikan diri.

Namun rancangannya memakan diri apabila polis menyerbu penjara tersebut untuk melakukan siasatan dan mendapati sel penjara mewah yang dihuninya.

Sel VIP yang diketahui oleh banduan lain itu mempunyai tiga bilik lengkap dengan bilik mandi, dapur, ruang persidangan, penyaman udara, dinding berjubin, perabot mewah serta perpustakaan yang lengkap dengan koleksi DVD untuk menonton pada skrin TV plasma.

Serbuan yang dilakukan pada Selasa malam itu telah mengemparkan sistem penghukuman Paraguay.

Sementara itu, peguam Chimenes Pavao itu, Laura Acasuso memberitahu wartawan, rasuah membolehkan anak guamnya itu menjadikan sel penjara mewah tersebut.

"Enam atau tujuh menteri kehakiman dan enam atau tujuh pengarah penjara mengambil rasuah daripada Chimenes Pavao," katanya.

Menteri Kehakiman, Carla Bacigalupo dipecat sebaik skandal ini terbongkar dan diganti dengan Ever Martinez yang berikrar akan mengambil tindakan keras berhubung perkara ini.

"Kami akan merobohkan sel Chimenes Pavao dan mengambil tindakan terhadap pengarah penjara yang membenarkan banduan tersebut menikmati keistimewaan seumpama ini," katanya.

Chimenes Pavao kini dipindahkan ke sel dalam unit operasi khas polis.

Pemindahan Chimenes Pavao itu bagaimanapun dirindui oleh kebanyakn 3,500 penghuni penjara yang terletak di Tacumbu itu.

"Saya tidak tahu apa yang akan terjadi terhadap kami tanpa dia," kata seorang banduan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Katanya, Chimenes Pavao adalah seorang dermawan yang murah hati dan membayar kos untuk padang bola sepak dan gereja di penjara, serta menggaji pengawal peribadi di kalangan penghuni.

Tambah peguamnya lagi, Chimenes Pavao turut membayar penginapan pengarah penjara, tandas untuk pengawal serta pengubahsuaian perpustakaan penjara dan gaji tukang masak.

Chimenes Pavao ditahan di sarang penyeludupan sempadan Brazil-Paraguay.


Read more »

WORLD #QURANHOUR 9 ZULHIJJAH INI


World #QuranHour 9 Zulhijjah ini


Shah Alam - Buat julung kalinya, acara kemuncak bagi penyatuan hati semua ummah dengan al-Quran di seluruh dunia, World #QuranHour bakal berlangsung pada 9 Zulhijjah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, tarikh tersebut dipilih bersempena dengan perjumpaan terbesar umat Islam di hari Arafah, pada 9 Zulhijjah nanti.

"Ini adalah kesinambungan inisiatif sejak 2013 melalui #AktifkanRumahNgaji dan #MalaysiaNgaji yang diadakan pada setiap 24 Ramadan.

"Sempena perjumpaan terbesar umat Islam di Arafah, kita ingin bersatu hati mengajak diri, keluarga, kakitangan dan ummah seluruhnya untuk menghidupkan al-Quran dalam kerja dan tindak-tanduk," katanya.

Menurut Marhaini, buat pertama kali juga, sebagai simbol komitmen penyatuan hati bersama al-Quran, semua media utama di negara ini akan bergabung tenaga menjayakan World #QuranHour.

"Komitmen dan persetujuan untuk bersama telah diterima daripada pimpinan tertinggi Kumpulan Media Prima Berhad, RTM, TV Alhijrah, Astro, Bernama serta akhbar utama Utusan Malaysia, Kosmo, NST, Berita Harian dan Harian Metro serta Sinar Harian," katanya.

Katanya, pelaksanaan program perdana World #QuranHour bakal berlangsung di Masjid Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bermula jam 9 pagi mengikuti waktu Arafah.

Lebih 1,000 pusat di bawah #AktifkanRumahNgaji yang menawarkan pengajian secara percuama bagi mengajak ummah berinteraksi dengan al-Quran, membaca, memahami dan mengamalkan sehingga lahir kerangka fikir yang akhlak mulia berlandaskan al-Quran.

#MalaysiaNgaji merupakan inisiatif tahunan bermula tahun lalu untuk meluangkan masa sejam bersama al-Quran bagi mengajak masyarakat berinteraksi dengan al-Quran serentak selama sejam di seluruh Malaysia termasuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara.


Read more »

PELOPOR MINYAK WANGI


Pelopor minyak wangi


Sikapnya yang peramah pasti membuatkan sesiapa sahaja menyenangi anak jati Kuala Lumpur ini.

Mula berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak 13 tahun lalu, Norasishah Idris, 33, atau lebih dikenali Shasha, amat meminati wangian.

Bertitik dari situ, Shasha menubuhkan syarikat Aroma Collection, yang menjual pelbagai jenis wangian jenama popular antarabangsa.

Beroperasi di Hotel Armada, Petaling Jaya, Shasha berkata, syarikatnya turut menjadi pembekal kepada lebih 600 ejen di seluruh negara.

"Perniagaan ini dimulakan suami, Abdul Mueiz Mohamed Zin, 34, dan kami sama-sama kembangkan Aroma Collection.

"Kami hanya bermula dengan sebuah kedai di Hotel Armada dan atas kepercayaan ramai, Aroma Collection menjadi sebutan mulut ke mulut.

"Daripada pelanggan biasa, kami berjaya meraih ramai ejen termasuk di Singapura dan juga Brunei," kata ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Lebih menakjubkan, perniagaannya berjaya meskipun tanpa kaedah atas talian yang menjadi trend kebanyakan usahawan masa ini.

Jelas Shasha, dia sangat bertuah kerana Aroma Collection terlebih dahulu menguasai pasaran sebelum trend usahawan 'minyak wangi' muncul bak cendawan selepas hujan sejak kebelakangan ini.

"Sudah lama saya menjalankan perniagaan ini. Pada 2003 perniagaan atas talian masih janggal di negara ini.

"Alhamdulillah, Aroma Collection sudah mempunyai ramai ejen dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa," katanya yang menjual dan membekalkan lebih 100 jenama minyak antarabangsa seperti DKNY, Guess, Hugo Boss, Giorgio Armani Issey Miyake dan Mont Blanc.

Tidak mahu berada di takuk sama, Shasha turut menghasilkan wangian jenama sendiri sempena namanya. Mengambil pati wangian diimport khas dari luar negara, Shasha Perfume, dijual RM65 dengan kandungan 35ml menerusi pembungkusan bermotif bunga-bungaan.

"Wangian ini dikeluarkan pada 2013. Ketika itu juga masih belum ramai usahawan tempatan yang tampil dengan jenama wangian sendiri.



"Saya peruntukan modal hampir RM100,000 untuk perniagaan wangian ini dan Alhamdulillah ia mendapat sambutan baik memandangkan saya sudah mempunyai ejen yang ramai di seluruh negara," katanya. 

Pernah rugi setengah juta

Lumrah perniagaan pastinya tidak lari dari cabaran dan dugaan sebelum berjaya. Menurut Shasha, dia pernah kerugian hampir setengah juta setelah perniagaan perabotnya melalui jalan buntu.

"Alhamdulillah, ketika itu Aroma Collection amat konsisten. Jadi saya semangat ingin mencuba perniagaan perabot secara besar-besaran di Kelantan. Pada mulanya, perniagaan ini menguntungkan. Namun atas sebab-sebab tertentu ia terpaksa ditutup.

"Dugaan ketika itu terlalu berat sehingga saya memutuskan melepaskan sahaja perniagaan itu. Setelah kembali dari umrah, saya fokus kepada Aroma Collection yang kekal konsisten itu," katanya.

Menjadikan pengalaman sebagai kekuatan berjaya, Shasha nekad bekerja keras memastikan Aroma Collection berkembang serta memberi kepuasan kepada pelanggan.

"Saya tidak mahu letak sasaran keuntungan banyak. Saya percaya dengan rezeki dan bahagian masing-masing dijanjikan ALLAH SWT.

"Jangan sesekali ada perasaan dengki dengan orang lain dan cubalah berkongsi rezeki yang ada," kata pemegang Ijazah bidang psikologi ini.

Optimis mengembangkan perniagaan, Shasha kini mengatur beberapa strategi bagi memastikan Shasha Perfume terus mendapat tempat di hati pelanggannya," katanya.

Jual telekung

Menurut Shasha, menerusi Aroma Collection, dia berjaya mencapai sasaran jualan serta meraih keuntungan lumayan. Bagaimanapun, keuntungan itu bukanlah kepuasan utama dalam hidupnya.

Akui Shasha, dia kini sedang mencari keberkatan ALLAH SWT menerusi perniagaan serta membekalkan telekung kanak-kanak.

"Sebagai usahawan, saya terfikir menghasilkan produk membawa lebih keberkatan kepada dua-dua pihak. Maka dari situ tercetusnya niat menjual telekung kanak-kanak.

"Untuk memasarkannya bukanlah satu perkara sukar kerana saya sudah mempunyai ejen sendiri," katanya.

Menggunakan material berkualiti, telekung kanak-kanak itu dijual RM49 dan mempunyai 11 variasi warna.

Dalam perkembangan lain, Shasha kini sedang mengembangkan jenama pakaian serta tudung Shira Tajuddin bersama adik perempuannya.


Read more »

6 KEDAI MAKAN TUTUP 14 HARI


16 kedai makan tutup 14 hari


Kampung Raja - Sebanyak 16 kedai makanan di daerah ini diberikan notis penutupan selama 14 hari selepas dikesan gagal menepati ciri-ciri kebersihan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Mohd Jusoh berkata, kesemua kedai makan tersebut adalah sebahagian daripada 92 premis yang diperiksa pada hari pertama Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam peringkat negeri di daerah ini bermula Rabu lalu.

Menurutnya, operasi tersebut melibatkan 100 anggota Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) membabitkan semua pejabat kesihatan daerah di negeri ini yang tertumpu di beberapa kawasan di daerah ini.

“Restoran dan kedai makan terbabit diberi arahan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana tidak mencapai markah 60 peratus seperti ditetapkan kementerian.

“Antara kesalahan yang banyak dikenal pasti, pengusaha makanan terbabit antaranya tidak mematuhi suhu minima peti sejuk seperti ditetapkan, pengendali tidak menerima suntikan dan persekitaran termasuk tempat memasak tidak bersih,” katanya yang hadir pada majlis penutup operasi pada Khamis di sini .

Hadir sama Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Razan A.Samat

Mohd berkata, sasaran awal premis makanan yang akan diperiksa adalah sebanyak 120 buah, namun sebanyak 28 didapati tidak beroperasi pada hari tersebut.

Menurutnya, dalam operasi sama sebanyak 65 notis kompaun Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan nilai kompaun rampasan RM10,200.

“Kedai-kedai makanan yang tidak bersih itu telah diberikan notis penutupan bagi membolehkan pengusaha membersihkan premis mereka sebelum dibuka semula setelah mendapat pemeriksaan balas,” katanya sambil memberitahu, pemeriksaan makanan turut diadakan di 32 premis lain seperti pasar raya, pasar raya mini dan kedai runcit di sekitar Kampung Raja, Kuala Besut dan Jertih pada hari kedua operasi.

Menurutnya, hasil operasi di pasar raya terbabit sebanyak 85 item disita kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan seperti tamat tarikh luput, tidak mematuhi peraturan pelabelan dan beberapa kesalahan lain dengan nilai rampasan RM3,708.31.

“Orang ramai juga boleh melaporkan kepada pejabat kesihatan daerah masing-masing jika mendapati ada premis makanan yang beroperasi dalam keadaan kotor serta pasar raya mahupun kedai runcit yang turut melakukan kesalahan dalam penjualan makanan,” katanya.


Read more »

SALAH JIKA BELA IKAN EMAS DI SWITZERLAND


ikan emas


Zurich - Di Switzerland, adalah menyalahi undang-undang jika anda hanya membela seekor ikan emas.

Ia berdasarkan satu undang-undang berkaitan hak asasi haiwan yang diperkenalkan di negara itu pada tahun 2008 yang menyatakan ikan adalah makhluk 'sosial' yang memerlukan sahabat.

Laporan techly.com dipetik Mirror.uk, kerajaan Switzerland percaya ia adalah kejam untuk memaksa haiwan seperti itu hidup secara berasingan.

Bagaimanapun, undang-undang ini bukan tertakluk kepada ikan emas sahaja sebaliknya beberapa haiwan lain seperti tikus belanda dan burung budgerigar.

Malah ada syarikat di sana menyediakan perkhidamtan memadankan tikus belanda dengan pasangan lain jika pasangan haiwan itu mati atau berlaku perkara yang tidak boleh dielakan.

Bukan itu sahaja, Switzerland turut memperkenalkan beberapa peraturan pelik berkaitan pemilikan haiwan peliharaan dan antaranya ialah pencinta anjing perlu mengambil kursus sebelum boleh membela hiawan bekenaan dan perlu menjalai latihan pratikal.

Manakala untuk membela kucing pula, pemilik perlu membiarkan haiwan itu diluar supaya dapat melihat kucing yang lain dan jika mahu menyimpannya hanya di dalam rumah, anda perlu membela dua ekor kucing.

Selain itu, bagi sesiapa yang mahu membela burung kakak tua pula, adalah salah jika anda gagal mendapatkan 'kawan' untuk bercakap dengannya.


Read more »

ABAM BOCEY DIGODA LELAKI GILA SEKS


 Abam Bocey


Pelawak popular Abam Bocey mendedahkan dirinya pernah diganggu oleh lelaki gila seks di laman sosial baru-baru ini.

Menurut Abam, 27, lelaki berkenaan menghantar gambar dalam keadaan bogel dan cuba menggodanya malah memanggilnya seksi.

"Saya sangat terkejut sebaik saja menerima gambar bogel lelaki terbabit di Facebook dan lebih menggelikan apabila dia cuba menggoda saya dan memanggil saya seksi.

"Tidak tahulah bahagian mana pada saya yang seksi," katanya dipetik BHOnline.

Tambah Abam, walaupun ini kali pertama berlaku, tetapi ia membimbangkannya.

“Selepas ini, saya akan pantau laman sosial saya dan akan lebih bersikap berhati-hati sebelum menerima sesiapa untuk menjadi rakan di laman Facebook,” ujarnya

Abam merupakan ahli kumpulan Bocey yang turut disertai Fad dan Achey dan pernah dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 29.


Read more »

MARA BIAYAI KOS BAWA PULANG MOHAMAD SAHAR


Ismail Sabri Yaakob


Kuala Terengganu - Kos rawatan dan membawa pulang ketua kerani Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Negeri Sembilan, Mohamad Sahar Mhd Noor, 57, yang diserang angin ahmar dan kini terlantar di Charing Cross Hospital, West London akan ditanggung Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara yang akan dibiayai ialah perkhidmatan doktor dan jururawat dan peralatan perubatan bagi keperluan Mohammad Sahar sepanjang perjalanan pulang ke tanah air.

Menurutnya, pihak hospital sedia memberikan pelepasan paling awal pada 1 Ogos ini bagi urusan membawa pulang Mohamad Sahar, tetapi dengan secara bersyarat.

"Antara yang ditetapkan ialah hal-hal berkaitan penjagaan kesihatan yang dinyatakan dipenuhi untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini ketika perjalanan membawa pulang beliau ke tanah air," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Kuala Terengganu yang diadakan di Stadium Negeri di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi dan Naib Ketua Pemuda Umno Terengganu, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamad Aris.

Beliau berkata, Mara telah pun meluluskan peruntukan, bagaimanapun, kos sebenar belum diberikan secara terperinci oleh hospital.

"Dalam hal ini, keluarga tidak perlu bimbang kerana kita akan penuhi semua syarat yang ditetapkan dan dalam masa sama akan berbincang dengan pihak penerbangan untuk mendapatkan doktor pesawat.

"Setakat ini beliau masih koma, jadi kehadiran doktor dan jururawat dalam pesawat penting untuk memantau kalau ada kecemasan dan sebagainya. Sekiranya berlaku apa-apa, pihak hospital tidak bertanggungjawab apatah lagi penerbangan London ke Malaysia yang memakan masa panjang," katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya berbesar hati dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang sudi menghulurkan sumbangan kepada keluarga itu sehingga mereka berjaya mencapai kutipan yang melebihi jumlah sasaran.

"Selepas hebah di media sosial mengenai kutipan derma untuk Mohamad Sahar, banyak sumbangan yang dihulurkan dan kita berterima kasih kepada mereka yang terlibat membantu," katanya.

Terdahulu, Mohamad Sahar dilaporkan diserang angin ahmar selepas 20 minit keluar daripada Balai Ketibaan Lapangan Terbang Heathrow pada 4 Julai lalu.

Beliau yang sebelum itu dikatakan berhasrat menyambut Aidilfitri bersama keluarga di samping menghadiri majlis graduasi anak perempuannya yang menamatkan pengajian peringkat Sarjana di Brunel University, London.


Read more »

DUA RAKYAT MALAYSIA DITAHAN DALAM OPERASI DADAH


dadah


Singapura - Dua warganegara Malaysia ditahan semasa beberapa operasi berasingan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam bulan ini, lapor Channel NewsAsia. 

Memetik CNB, portal berita itu berkata, dalam serbuan pada 29 Julai lepas di MacPherson berhampiran Circuit Road, seorang yang disyaki pengedar dadah berusia 56 tahun diberkas.

Seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 36 tahun yang ditemui suspek juga ditahan bersama seorang wanita rakyat Malaysia berumur 28 tahun yang dilihat bersama suspek sebelum ini.

Kira-kira 1kg heroin dirampas daripada lelaki yang disyaki pengedar dadah itu sementara wanita terbabit ditemui bersama wang tunai S$6,500 (S$1=RM3.01), katanya.

Siasatan ke atas aktiviti berkaitan dadah terhadap kesemua suspek masih berjalan, kata laporan itu.

Menurut laporan itu, heroin seberat 7.5kg bernilai lebih S$525,000 disita di dalam operasi CNB.


Read more »

Saturday, July 30, 2016

2 PEGAWAI BANK MAUT



Lenggong: Dua pegawai bank maut, seorang lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 53, Jalan Kuala Kangsar - Gerik berhampiran kawasan rehat Selat Pagar, di sini petang tadi.

Kemalangan pada 4 petang itu membabitkan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dinaiki ketiga-tiga mangsa dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 66 tahun yang turut cedera.


Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Muhamad Isa Mohd Ros, 45, dan Baharuddin Amaran, 52, manakala rakan sekerja mereka yang cedera dikenal pasti sebagai Mahuddin Mokhtar, 57 dan mereka difahamkan adalah pegawai bank di Ipoh.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 4.04 petang membabitkan sebuah pacuan empat roda dengan lori tiga tan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba dapati dua mangsa tersepit dalam Nissan Navara dan menggeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.

"Mangsa bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera diserahkan kepada paramedik untuk rawatan sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan operasi tamat pada jam 4.45 petang.




Read more »

TINGKAT KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA


Tentera Darat



Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara ini dalam usaha mengekang sebarang aktiviti penyeludupan termasuk senjata api.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, bagi tujuan itu beliau telah mengarahkan Panglima Medan supaya semua anggota bertugas di sempadan melakukan eksesais secara berkala untuk menentukan keselamatan kawasan berkenaan.

"Warga tentera yang berkhidmat di situ (sempadan negara) akan terus memantau keselamatan dan kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mengelak benda ini (penyeludupan senjata api) berlaku.

"Penyeludupan ini berbagai-bagai bentuk dan cara," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat di Kem Darlockwood di sini, malam tadi.

Beliau berkata, demikian bagi mengulas laporan sebuah saluran televisyen yang mengatakan antara punca utama dikenal pasti kes jenayah tembak semakin berleluasa sejak kebelakangan ini adalah disebabkan aktiviti penyeludupan senjata api di sempadan yang semakin aktif dan upah pembunuh upahan yang rendah.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Panglima 4 Briged (Mekanize) Brig Jen Datuk Md Din Abu.

Selain itu, Raja Mohamed Affandi berkata TDM turut mempunyai kerjasama yang baik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aspek penyelarasan operasi antara kedua-dua pasukan keselamatan berkenaan di sempadan negara.

Ditanya kemungkinan untuk menambah keanggotaan sedia ada di sempadan, beliau berkata pada masa ini tiada keperluan anggota tentera ditambah bagi mengawal keselamatan sempadan memandangkan jumlah keanggotaan sedia ada sudah memadai. - Bernama




Read more »

[KUANTAN] TAK KISAH ASAL REZKI HALAL


‘Tak kisah asal rezeki halal...’



Biarpun usianya sudah mencecah 61 tahun, seorang wanita warga emas terus mengerah keringat menyara keluarga dengan membaiki kasut.

Bertemankan kerusi dan sebuah meja, Normawati Atib tekun bersama-sama suami, Zulkarnain Sultan Kayuh, 71, membaiki kasut dihantar pelanggan demi mencari nafkah di sebuah kedai kecil di Jalan Mahkota, di sini.

Pasangan tersebut setia menunggu pelanggan datang menghantar kasut untuk dibaiki di kedai kecilnya itu setiap hari.

“Makcik tahu kerja ni kaum lelaki yang biasa buat (pelopori), tetapi tak kisahla asalkan makcik boleh mencari rezeki untuk sara kami sekeluarga,” ujarnya ringkas.

Garis-garis kasar dan urat di tapak tangannya yang timbul bersama kedutan raut wajah ketika membaiki kasut pelanggan membuktikan kerja yang dilakukan warga emas itu bukanlah mudah.

Menurutnya, dia mula menolong suami di kedai kasut ini sejak empat tahun yang lalu.

“Suami saya membuka kedai membaiki kasut ini sejak tahun 1980 lagi, masa itu dia seorang yang menguruskannya manakala saya menjaga anak-anak yang masih kecil ketika itu.

“Namun selepas anak-anak semuanya sudah besar, saya mula tolong suami. Mula-mula buat kerja ringan-ringan macam sapu gam, lama-kelamaan saya boleh jahit kasut yang dihantar oleh pelanggan,” katanya yang mempunyai lima orang anak berusia 26 hingga 44 tahun.

Baginya, tiada istilah malu dalam melakukan kerja sedemikian apatah lagi dipandang rendah sebahagian mereka yang tidak tahu betapa besarnya nilai dan sumbangan tukang kasut.

“Ramai yang kagum, ada juga yang tak percaya kerana kerja ini selalunya dilakukan orang lelaki, sedangkan saya dah tua.

“Saya buktikan peranan wanita bukan sekadar duduk di rumah atau bekerja dalam bilik hawa dingin, tapi wanita hari ini lebih cekal dan sanggup bekerja di kaki lima demi mencari rezeki,” katanya.

Dia yang menyewa sebuah bilik bersama suami berhampiran kedainya berkata, wanita boleh melakukan kerja yang lebih mencabar, dari kaki lima hinggalah ke gerbang pejabat indah.

“Bagi saya, rezeki ada di mana-mana selagi kita ada kemahuan dan rajin berusaha,” katanya.

Katanya, dia dan suaminya hanya mengambil upah serendah RM5 sehingga RM50 bagi setiap kasut yang dibaiki malahan ada juga pelanggan yang datang ke situ ditolong tanpa sebarang bayaran.

“Membuka kedai baiki kasut susah nak kaya, tapi Alhamdulillah cukup untuk besarkan anak-anak.

“Pendapatan sebagai tukang kasut tak menentu. Kadang-kadang ada pelanggan, kadang-kadang tak ada,” katanya.

Menurutnya, ada pelanggan yang menghantar kasut untuk dibaiki namun tidak mengambil kembali.

"Jadi selepas enam bulan, kasut tu akan dijual atau diberi kepada orang lain,” katanya.




Read more »

[TEMERLOH] PETANI DIGESA MOHON MYGAP

Petani digesa mohon myGAP



Petani dan peladang di daerah ini digesa memohon Sijil Amalan Ladang Pertanian Baik (myGAP) supaya hasil pertanian mereka lebih berdaya saing dan mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Pegawai Pertanian Daerah Temerloh, Muhamad Khalil Idris berkata, myGAP adalah penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) iaitu skim pensijilan dibangunkan Jabatan Pertanian Malaysia bagi memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik.

Menurutnya, mereka yang terlibat dalam sektor pertanian sama ada individu, syarikat atau tanah yang disewa dan diusahakan secara sah, layak untuk memohon sijil myGAP.

“Mereka yang ada sijil myGAP mempunyai peluang pasaran yang lebih baik dan hasil pertanian lebih berdaya saing sekali gus mampu meningkatkan ekonomi diri dan negara.

“Peserta myGAP akan memperoleh hasil tanaman berkualiti, selamat dimakan dan sudah tentu akan lebih diyakini pasaran dalam dan luar negara,” katanya, semalam.

Beliau ditemui pada program mempromosikan myGAP membabitkan beberapa pengusaha produk pertanian di tapak Pasar Tani Lurah Semantan di sini, semalam.

Muhamad Khalil berkata, pemohon perlu menjalani pemeriksaan tapak dan hasil pertanian mereka akan dihantar ke makmal untuk tujuan pemeriksaan.

Beliau berkata, mereka yang ingin memohon boleh datang terus ke pejabat pertanian daerah dan melengkapkan segala dokumen yang perlu.

“Pihak jabatan akan membantu mereka dengan mengadakan pemeriksaan tapak, menganalisis hasil bagi menguji kandungan racun makhluk perosak pada hasil tanaman mereka.

“Hasil tanaman mereka juga akan diuji kandungan logam berat, kandungan mikrob dan analisis air, mereka juga diberikan kursus dan latihan secara percuma selepas memohon sijil myGAP.

“Pihak jabatan juga akan memberikan sebanyak 1,000 unit pelekat logo myGAP secara percuma kepada penerima myGAP kali pertama,” katanya semalam.

Muhamad Khalil berkata, myGAP mengutamakan konsep keselamatan makanan, alam sekitar, pekerja dan penghasilan makanan yang dijamin bermutu.




Read more »

[BENTONG] AIDILFITRI DISEBALIK TIRAI BESI

Image result for raya di penjara
Gambar Hiasan



Makna Aidilfitri bagi mereka yang menjalani hukuman di sebalik tirai besi pastinya tidak sama seperti insan lain.

Bagi mereka, kemeriahan hari raya tidak mampu dirasai bahkan menjadi satu lagi episod duka kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak, suami atau isteri tercinta.

Menurut seorang banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Zam, 30, berkata, tahun ini adalah kali keempat dia menyambut Aidilfitri di penjara akibat kesalahan menyamun.

“Suasana serta sambutan hari raya dalam penjara jauh bezanya kerana di sini saya hanya beraya seorang diri. Kesedihan sedikit terubat apabila ahli-ahli keluarga datang melawat.

“Saya kesal akan kesilapan lalu dan akan menjalani hukuman yang masih berbaki dua tahun sebelum dibebaskan pada 2018 nanti.

“Saya nasihatkan anak muda jangan lakukan sesuatu terburu-buru tanpa berfikir terlebih dahulu, jika tidak akan menyesal kelak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Sambutan Jalinan Kasih Aidilfitri Banduan Penjara Bentong, di sini kelmarin.

Di penjara, Zam mengakui banyak mendalami ilmu agama. Dia banyak menyertai program pemulihan yang dianjurkan pihak penjara.

“Di sini kami diajar supaya melupakan kesalahan lepas. Pihak penjara beritahu, kesalahan lepas biarkan berlalu. Kami di sini untuk belajar dan menjadi orang baru...orang yang lebih berguna.

“Sejak saya di sini, saya berasa lebih tenang dan kehidupan lebih bermakna. Saya lebih menghargai keluarga saya dan orang lain di sekeliling. Kami di sini umpama sebuah keluarga besar. Rakan-rakan di sini banyak membantu dan membimbing saya ke arah yang lebih baik,” katanya lagi.

Seorang lagi banduan yang mahu dikenali sebagai Zalie, 36, berkata, dia bertekad ingin memulakan hidup baharu bersama anak-anaknya setelah dibebaskan dari penjara nanti.

Apabila bertanya mengenai sambutan Aidilfitri di penjara, Zalie menjelaskan, isterinya ada datang melawat bersama anak-anak dan kesempatan itu digunakan untuk bertanyakan khabar.

“Raya di penjara banyak bezanya, sayu bila dengar takbir dan lagu-lagu raya. Waktu itu hanya Tuhan yang tahu betapa hati meronta-ronta nak beraya dengan anak-anak dan isteri,” katanya.

Seorang lagi banduan yang mahu dikenali sebagai Ad, 39, berkata, selepas 14 tahun menjalani hukuman penjara kerana membunuh, dia akhirnya diberi kesempatan berjumpa ahli keluarganya.

“Jika sebelum ini, semasa takbir raya adalah saat paling sedih bagi saya tetapi pengalaman itu mengajar saya menjadi seorang yang penyabar dan lebih menghargai kebebasan.

“Sebagai manusia kita kena ada sifat memaafkan satu sama lain, jika selalu ikut hati inilah akibatnya, kita kena bayar dengan setiap kesilapan yang dilakukan,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu, Pengarah Penjara Pahang, Ab Basir Mohamad.

25 banduan terpilih layak jumpa keluarga

Sementara itu, Pengarah Penjara Bentong, Muhammad Zuki Muhammad Zain berkata, program itu menjadi wadah mengeratkan hubungan antara banduan dan ahli keluarga mereka sendiri.

“Dalam 120 banduan yang buat permohonan berjumpa dengan keluarga, hanya 25 banduan yang terpilih dan layak selepas penilaian prestasi dilakukan oleh pengurusan penjara.

“Mereka ini dipilih berdasarkan prestasi yang dinilai oleh fasilitator di mana mereka tidak melanggar peraturan penjara serta tiada tindakan tatatertib sepanjang tempoh penahanan.

“Kita beri peluang kepada banduan untuk luang masa dengan keluarga di mana mereka yang telah terpisah lama kerana hukuman yang telah dijatuhkan oleh pihak mahkamah. Inilah peluang untuk mereka berjumpa dan saling bermaafan di atas kekhilafan dan keterlanjuran perbuatan lalu," katanya.

Katanya, program itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat umum tentang program pemulihan yang dirancang Jabatan Penjara Malaysia.


Sumber


Read more »

BILIK KULIAH MASJID SHAH ALAM TERBAKAR


Bilik kuliah Masjid Shah Alam terbakar


Shah Alam - Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di sini dilaporkan terbakar kira-kira setengah jam selepas jemaah selesai menunaikan Solat Jumaat di situ, petang semalam.

Jurucakap bomba berkata, insiden berlaku berpunca daripada sebuah bilik kuliah di tingkat bawah masjid terbabit.

"Hanya bilik kuliah berkeluasan 6x9 meter terbakar 100 peratus.

"Tiada kemalangan jiwa dan api berjaya dikawal pada jam 2.47 petang," katanya.


Read more »

HUAWEI OEM TELEFON PINTAR PALING SELAMAT


Huawei OEM


Dengan pesatnya pembangunan dan semakin luasnya penggunaan telefon pintar, faktor keselamatan menjadi semakin penting. Dengan adanya data yang semakin hari semakin murah, kini ada lebih terdedah kepada risiko keselamatan seperti virus, malware, eksploitasi dan bermacam-macam lagi.

32 peratus peranti Android tidak boleh dikemaskini

Walaupun Google telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mengemaskini sistem operasi Android ke tahap keselamatan yang lebih tinggi, percaya atau tidak – 32 peratus peranti Android sedia ada tidak boleh dikemaskini dan ini membuatkan ia lebih terdedah kepada risiko keselamatan itu tadi.

Statistik ini menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna masih menggunakan versi Android yang lama dan angka ini amatlah membimbangkan. Kadangkala ia bukan silap pengguna itu sendiri, tetapi telefon pintar yang dimiliki mereka memang tidak boleh dikemaskini disebabkan faktor-faktor tertentu.

Menurut Google, terdapat 24 kelemahan kritikal yang telah dibaiki menerusi versi terkini sepanjang 2016 – namun disebabkan pengguna tidak dapat mengemas kini telefon pintar mereka; maka mereka dibiarkan terdedah kepada bahaya tersebut.

77 peratus telefon pintar Huawei dikemaskini dengan versi terbaru

Mengikut carta di atas, Huawei berada di tempat kelima dari segi jumlah telefon pintar yang dijual. Namun, ini tidak bermakna syarikat dari China itu memandang remeh isu keselamatan.

Tahniah diucapkan kepada Huawei kerana memastikan pengguna sentiasa mendapat versi terbaru yang diambil daripada Google dan diolah ke dalam sistem pengoperasian yang digunapakai dalam kebanyakan telefon pintar keluaran Huawei.

Ini menunjukkan kesungguhan mereka di dalam memastikan pengguna tidak terdedah kepada risiko keselamatan yang boleh mendatangkan malapetaka jika ia dibiarkan begitu sahaja.

Huawei bantu Android takluk jualan telefon pintar EU

Android telah berkembang kepada lebih tiga suku daripada jumlah telefon pintar yang dijual di pasaran terbesar di Eropah.

Menurut data terkini daripada Kantar Worlpanel Com Tech, Android menyumbang 76.5 peratus daripada telefon pintar yang dijual di UK, Jerman, Perancis, Itali dan Sepanyol dalam tempoh tiga bulan sehingga Mei, mendapat 6.0 peratus mata berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Di China, Android menyumbang hampir empat daripada lima telefon pintar yang dibeli dalam tempoh yang sama dan Google OS menyumbang 68.5 peratus daripada jualan di Amerika Syarikat (AS).

Android menunjukkan pertumbuhan yang paling kukuh di Itali, dengan memperoleh 10.2 peratus mata dari tahun ke tahun untuk menguasai 80.9 peratus jualan telefon pintar bagi tempoh tiga bulan yang berakhir pada bulan Mei.

Bagaimanapun, kata Kantar, hal ini tidak bermakna IOS semakin merosot.

Di Perancis dan UK, saham iOS kembali meningkat, masing-masing mencapai 21 dan 36 peratus pasaran tersebut.

Dari segi jenama telefon pintar, Samsung mendahului senarai lima teratas bagi pasaran Eropah, diikuti oleh Apple.

Huawei berada di tempat ketiga, berkembang 7.4 peratus dari tahun ke tahun dengan menyumbang 12.5 peratus jualan telefon pintar dalam tempoh tiga bulan.

Di Itali dan Sepanyol, Huawei paling kukuh di pasaran Kesatuan Eropah (EU), syarikat itu menguasai hampir 21 peratus daripada jumlah jualan, dengan P8 Lite kekal sebagai salah satu daripada telefon paling laris kebelakangan ini.

Kedua-dua pasaran ini menyaksikan Samsung mengalami penurunan terbesar dari tahun ke tahun, merosot 7.6 peratus di Itali dan 5.6 peratus di Sepanyol, sebaliknya Samsung kekal sebagai jenama telefon pintar terkenal yang dijual.


Read more »

PRN: GERAKAN SEPAKAT LETAK 13 CALON


Datuk Mah Siew Keong


Dungun - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Pulau Pinang telah mengemukakan senarai nama 13 calon untuk bertanding sekiranya pilihan raya mengejut diadakan di Pulau Pinang.

Presiden parti, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, 90 peratus daripada senarai calon tersebut telah mendapat persetujuan dari Gerakan pusat.

Katanya berikutan persetujuan secara bersama itu (pencalonan) ia sekaligus menafikan khabar angin kononnya berlaku perselisihan pendapat antara PGRM pusat dan negeri.

"Secara peribadi saya menyifatkan pihak yang menimbulkan isu kononnya Gerakan pusat dan Gerakan negeri tidak sehaluan dalam menentukan senarai calon adalah batu api yang mahu memecah belahkan kesatuan kami," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan PGRM negeri Terengganu kali ke-35 di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun di sini hari ini.Ketika ditanya mengenai peluang parti itu memenangi kerusi yang dipertaruhkan, beliau berkata pihaknya tetap berfikiran positif dan berharap keputusan akan bertambah baik berbanding pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

"Keyakinan ini berdasarkan kehendak rakyat Pulau Pinang yang mahukan wakil dari PGRM untuk membela nasib mereka terutama dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.

"Banyak isu di Pulau Pinang ketika ini, namun suara kita tidak mahu didengari DAP kononnya kita tidak mempunyai wakil dalam dewan undangan negeri, jadi inilah peluang untuk rakyat memilih wakil dari parti Gerakan untuk membela nasib mereka di Pulau Pinang," kata beliau.


Read more »

PRN: DAP TIDAK MAHU AMBIL TAHU KERJASAMA PKR - PAS


Chow Kon Yeow


Georgetown - DAP tidak mahu ambil tahu mengenai isu sampingan berhubung pilihan raya mengejut negeri (PRN) Pulau Pinang, sebaliknya parti itu hanya mahu mencapai persetujuan terhadap isu pokok, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, tidak timbul isu bahawa rakan sekutunya PKR membayangkan akan bekerjasama dengan Pas untuk menghadapi PRN sedangkan keputusan untuk mengadakan pilihan raya mengejut itu masih belum dibuat.

"Kami tidak perlu memikirkannya sehingga isu pokok sama ada persetujuan boleh dicapai atau tidak (untuk mengadakan PRN), itu lebih penting dari isu sampingan.

"Saya tidak ada apa-apa komen tentang hal-hal lain, saya lebih berminat untuk mendapatkan keputusan pertama. Adalah penting keputusan pertama diperoleh dahulu, kemudian butiran lain boleh diusahakan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Terbuka Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, di sini semalam.

Akhbar hari ini melaporkan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon membayangkan kerjasama antara PKR dan Pas untuk menghadapi PRN walaupun Pas menegaskan tidak mahu meneruskan kerjasama dengan PKR di Pulau Pinang. 

Mohd Rashid berkata, PKR akan meneruskan kerjasama dengan Pas di peringkat kepimpinan parti.

Mengulas perkembangan perbincangan antara DAP dan Pas berhubung PRN, Kon Yeow yang juga exco kerajaan negeri berkata, beliau tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu kerana tidak terlibat dalam perbincangan di peringkat pusat.

Ditanya mengenai desas desus hubungan DAP dan PKR di Pulau Pinang sudah tidak berapa baik, Chow berkata: "Saya rasa ini memang spekulasi di luar sahaja".

Selasa lepas, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Isu pilihan raya negeri timbul apabila media tempatan melaporkan bahawa DAP menyenaraikan dua pilihan berikutan tuduhan rasuah yang dihadapi Lim.

Satu daripadanya ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengetahui respons rakyat Pulau Pinang terhadap tuduhan yang dikenakan terhadap Lim, satu lagi ialah menunggu pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Ogos 2018.

Dun Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi, 19 daripadanya disandang DAP; PKR (10); BN (10) dan Pas satu.


Read more »

IKEA MALAYSIA TARIK BALIK ENAM LAGI JENIS COKLAT


Ikea


Ikea Malaysia menarik balik enam lagi jenis coklatnya, selepas mendapati kandungan kacang hazel dan badamnya tidak diisytiharkan dengan jelas pada label produk.

Ikea Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata penarikan itu susulan pihaknya khuatir pelanggan yang alah kepada kacang hazel dan badam mungkin mengalami reaksi alahan jika memakan produk berkenaan.

"Bagi mengutamakan keselamatan pelanggan pihak kami menarik balik produk melibatkan semua Tarikh Terbaik Sebelum (BBD) bagi Choklad Ljus UTZ 100g, Choklad Not utz 100g, Choklad Lingon & Blabar 180g, Godis Chokladran 168g, Godis Chokladkrokant 450g serta Chokladkrokant Bredbar 400g," kata kenyataan itu, semalam.

Pada Jun lalu, dua jenis bar coklat Ikea iaitu iaitu Choklad Mork 60 peratus dan Choklad Mork 70 peratus, turut ditarik balik selepas mendapati kandungan susu dan kacang hazelnya tidak diisytiharkan dengan jelas.

Pada masa sama, Ikea Malaysia menyarankan agar pelanggan yang alah kepada kacang hazel dan badam adalah dialu-alukan untuk memulangkan semula

produk-produk yang terlibat di Pasar Makanan Sweden, di gedung-gedung Ikea untuk bayaran balik sepenuhnya.

"Kami memohon maaf bagi sebarang ketidakselesaan yang timbul," katanya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan Ikea pada talian 03-7952 7575.


Read more »

[TEMERLOH] PAYA TERBIAR JADI LOKASI TANAM JAGUNG


Paya terbiar jadi lokasi tanam jagung


Temerloh akan menjadi daerah kedua pengeluar jagung bijirin untuk makanan ternakan apabila projek perintis untuk tujuan itu akan dimulakan di kawasan paya terbiar seluas 150 hektar bermula tahun ini.

Pegawai Pertanian Temerloh, Muhamad Khalil Idris berkata, sebagai permulaan tanaman jagung bijirin itu akan ditanam di atas tanah hak milik penduduk di kawasan paya terbiar di Kampung Paya Kujan.

Menurutnya, pihaknya telah mengenal pasti pemilik tanah terbiar itu melibatkan penduduk Kampung Buntut Pulau, Pangsenam dan Bukit Kelulut.

“Kita akan melaksanakan ia secara berperingkat pada tahun ini dan tahun hadapan dengan kos awal untuk tahun ini sekitar RM123,000,” katanya pada program Taklimat Jagung Bijirin Temerloh di Pejabat Pertanian Temerloh yang dihadiri lebih 20 pemilik tanah terdiri daripada majoriti belia.

Muhamad Khalil berkata, jagung bijirin yang ditanam adalah salah satu usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengurangkan import bahan asas dalam industri pembuatan makanan ternakan.

Beliau berkata, Temerloh menjadi daerah kedua selepas Kemaman di negara ini yang akan terlibat secara aktif dalam penghasilan jagung bijirin ini.

Menurutnya, sekiranya berjaya, tanaman jagung bijirin ini mampu memberikan tambahan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan bagi setiap hektar.

“Pihak pembekal benih juga menjangkakan pengeluaran hasil sekitar 10 tan bagi setiap hektar.

“Gerak kerja bagi projek tanaman jagung bijirin ini giat dimulakan dengan penyediaan kawasan di kawasan paya terbiar yang telah dikenal pasti,” katanya.

Muhamad Khalil berkata, sehingga kini Indonesia dan Filipina menjadi dua negara jiran yang menjadi pengeluar terbesar jagung bijirin iaitu 9.6 juta metrik tan dan 7.8 metrik tan pada 2015.

Beliau berkata, Malaysia berpotensi untuk maju dalam tanaman jagung bijirin kerana tanah dan iklim yang sesuai selain ia mudah diurus, tempoh tanaman jangka masa pendek dan pasaran yang stabil.


Read more »

Friday, July 29, 2016

[MARAN] HARAP ABANG PULANG SIHAT, SELAMAT


Harap abang pulang sihat, selamat


Keluarga Mohd Ridzuan Ismail, 32, yang menjadi mangsa culik di perairan Sabah, 18 Julai lalu terus mengharapkan kepulangannya dalam keadaan sihat dan selamat secepat mungkin.

Adiknya, Mohd Raisuddin, 30, berkata, setelah semua ikhtiar dilakukan, keluarga di Jengka 7 di sini hanya mampu berdoa, membaca Yasin dan melakukan solat hajat memohon keselamatan abangnya.

“Saya berterima kasih kepada penduduk yang sudi bersama kami mengadakan majlis dan berdoa untuk abang. Sejak abang dilaporkan hilang, penduduk tak henti-henti berikan sokongan.

“Semalam kami adakan bacaan Yasin dan sebelum ini kariah masjid pun ada buat majlis solat hajat. Saya amat terharu dan hargainya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Bacaan Yasin anjuran Gerakan Pergerakan Wanita (GPW) Jengka 7, di rumahnya, kelmarin.

Mohd Raisuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kuala Krau yang memberikan sokongan moral kepada keluarganya pada sambutan Aidilfitri di Jengka itu, minggu lalu.

Menurutnya, dia merupakan anak kedua dari tujuh beradik dan Mohd Ridzuan merupakan anak sulung.

Bapa mereka meninggal dunia pada 2001 manakala ibu pada 2013.

Pada 18 Julai lalu negara dikejutkan dengan berita penculikan lima kru bot tunda di perairan Dent Heaven Tambisan, Sabah.

Mereka dikenali Abd Rahim Summas, 62, juragan bot dari Kampung Tanjung Batu, Tawau; empat kru bot iaitu Tayudin Anjut, 45, dari Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau; Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari Felda Jengka 7, Bandar Jengka, Pahang; Fandy Bakran, 26, dari Kampung Pukat Tawau dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, dari Batu 2, Jalan Apas, Tawau.


Read more »

[KUANTAN] LYNAS DIJAMIN SELAMAT SELEPAS 3 TAHUN OPERASI


Lynas dijamin selamat selepas 3 tahun operasi


Kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd dijamin selamat selepas tiga tahun beroperasi sepenuhnya, sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa operasi kilang itu membawa kesan negatif.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini dibuktikan dengan hasil pemantauan mendapati tiada peningkatan bacaan radiasi dalam lingkungan 1 hingga 20 kilometer (km) dari kilang Lynas.

Menurutnya, jumlah pelaburan projek berjumlah RM2.8 bilion dengan pengeksportan keseluruhan produk dikeluarkan.

“Saya difahamkan Lynas sedang menjalankan ujian lapangan terhadap produk, perapi tanah yang dihasilkan daripada ‘Water Leach Purification Residue’ yang akan dilengkapkan pada Julai 2017.

“Sebelum ini banyak dakwaan mengatakan pelbagai kesan akan dihadapi warga Kuantan dan alam sekitar sebaik kilang memproses nadir bumi itu beroperasi,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kuantan, semalam.

Mustapa berkata, pihaknya turut mencadangkan agar Lynas mengadakan forum terbuka bersama warga Kuantan dan pihak yang membantah kewujudan kilang sehingga menimbulkan kontroversi pada tahun 2011 dan 2012.

Beliau berkata, dalam forum itu, Lynas boleh membuat pameran dan penerangan secara umum agar dapat menghilangkan kebimbangan penduduk yang ditakutkan dengan kewujudan kilang itu sebelum ini.

Dalam sesi lawatan kerja itu, Mustapa turut melawat Malaysia–China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Gebeng selain melawat projek pembangunan Terminal Laut Dalam Pelabuhan Kuantan yang membabitkan kos RM4.1 bilion.

Di samping itu, beliau turut meninjau Asturi Metal Builders (M) Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat Bumiputera yang menghasilkan peralatan untuk industri minyak dan gas.

Sementara itu, Mustapa turut berbangga dengan perkembangan Kompleks Aroma Bersepadu BASF Petronas Chemicals melalui kerjasama syarikat kimia terbesar di dunia iaitu BASF dari Jerman dan Petronas Chemicals Group (PCG).

“Usaha sama ini membuktikan keyakinan para pelabur terhadap ekosistem pelaburan di Malaysia serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” katanya.


Read more »

ISTERI KEDUA ADI PUTRA DITAHAN POLIS DI PEJABATNYA


1-Isteri-Tinggal-Suami-Untuk-Adi-Putra-ROTIKAYA-700x393-1-700x393


Belum pun reda dengan kontroversi pelakon Adi Putra berkahwin dua, timbul pula cerita ‘panas’ lain apabila isteri keduanya, Nor Shahida Zolkifly dilapor ditahan polis di pejabatnya di Putrajaya pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Nor Shahida ditahan bersama dua lagi kakitangan Imigresen berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.


Sementara itu, Adi Putra berkata, dia akan menjelaskan segalanya kemudian.

“Saya tidak begitu pasti (butiran siasatan) tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi menerusi mesej WhatsApp, semalam.

Pasangan ini dilaporkan bernikah pada 20 Jun lalu.

Sebelum ini, akhbar tempatan ada melaporkan sejak beberapa bulan lalu, lebih 15 penjawat awam ditahan dan sebahagian besarnya Imigresen berikutan kes sindiket penyeludupan warga asing.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata mereka disyaki terbabit dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing yang memasuki negara ini tanpa melalui prosedur yang sah.

Semua suspek ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.


Read more »

share2