Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 31, 2013

Anwar Hasut Rakyat Bergaduh


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bermain dengan api apabila terus melakukan provokasi mengajak rakyat turun berdemonstrasi di jalanan.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Anwar pasti sedar bahawa penduduk negara ini terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan sudah tentu keadaan sukar dikawal jika berlaku huru hara.

Beliau berkata, Anwar juga perlu sedar apa yang cuba dilakukannya itu boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan jutaan rakyat Malaysia.

"Bagi saya Anwar sebenarnya melakukan penghinaan kepada majoriti suara rakyat Malaysia. Nampaknya beliau tetap mahu melakukan demonstrasi sehingga tujuan jahatnya itu tercapai.

"Bagaimanapun, saya tetap mendesak Anwar menghentikan segera tindakan yang menimbulkan kacau bilau di negara ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas rancangan Anwar untuk meneruskan siri perhimpunan Blackout 505 meskipun mendapat tentangan pelbagai pihak yang cintakan keamanan.

Menyentuh isu sama, Tunku Abdul Aziz berkata, Anwar sedang memainkan peranan untuk melakukan pemberontakan politik melalui demonstrasi jalanan.

"Anwar sebenarnya sedang bermain dengan api. Sebab itu saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Pas dan DAP yang mengambil keputusan berani dengan tidak menyokong politik jalanan Anwar.

"Kepada majoriti rakyat kita harus menghormati keputusan yang telah dibuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan tidak menyertai sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh Anwar. Kepada Anwar, saya minta jika beliau tidak mahu menghormati diri sendiri, sila hormati suara majoriti rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz mahu ancaman Red Bean Army disekat segera kerana tugas mereka siang dan malam hanya menabur fitnah. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan segera terhadap kumpulan itu sebelum menjadi semakin parah.

Read more »

Rita Rudani - Nafi Skandal Datuk S


BARU-baru ini berkeliaran gosip melibatkan pelakon jelita, Rita Rudaini yang dikatakan kini ditaja oleh seorang lelaki berpangkat Datuk.

Semuanya bermula selepas Rita mengeluarkan sebuah produk RS Collagen yang menyebabkan banyak pihak membuat andaian bahawa abjad S itu merujuk kepada pangkal nama Datuk yang menajanya.

Berkesempatan bertemu empunya badan pada Majlis Ulang Tahun Mustika HD Astro yang diadakan di AEON, Bukit Tinggi, Klang, Rita menafikan khabar angin yang berkeliaran itu.

Menurutnya, khabar angin yang mengatakan dia bersama Datuk S adalah tidak benar sama sekali kerana S itu sebenarnya adalah rakan kepadanya.

Menjelaskan lagi perkara ini, ujar Rita, Datuk S itu sebenarnya adalah rakan baiknya iaitu Saleha yang juga rakan niaga dalam perniagaan produk kecantikannya.

"Sebenarnya, nama RS Collagen itu adalah gabungan nama saya, Rita dan Saleha. Bukan nama pangkal Datuk S.

"Saya dan Saleha merupakan rakan niaga untuk produk ini dan kami fikir, tidak salahnya jika kami mencantumkan nama untuk produk kami," jelasnya.

Ketika ditanya mengapa dia dikaitkan dengan hubungan melibatkan lelaki berpangkat Datuk, ujarnya, dia berpendapat statusnya kini yang menguatkan lagi fitnah itu.

"Mungkin sebab status saya kini yang menyebabkan timbul pelbagai cerita yang kurang enak.

"Apatah lagi dengan keadaan saya sekarang, tiba-tiba mengeluarkan produk kecantikan terus dikaitkan dengan lelaki berpangkat Datuk," ujarnya.

Jelasnya lagi, buat masa ini, dia lebih selesa untuk tidak terlalu melayan gosip-gosip mengenai dirinya sebaliknya fokus pada kerjayanya.

"Biarlah apa orang hendak kata tentang saya kerana yang penting, tumpuan saya kini kepada kerjaya dan serta perniagaan saya yang semakin mendapat sambutan," ujarnya.

Niaga

Berbicara mengenai perniagaannya, jelas Rita, dia bersyukur kerana produk kecantikannya kini mendapat sambutan yang sangat baik daripada peminatnya.

Malah, bilangan produk yang terjual juga meningkat secara mendadak saban hari, sekali gus menguatkan semangat untuk meneruskan perniagaan ini.

"Produk ini dipasarkan secara online dan tidak tertumpu kepada satu-satu kawasan sahaja.

"Asas kita untuk produk ini adalah daripada produk tradisional dan saya sendiri sudah mencuba dan buktinya ternyata sangat baik untuk kulit," jelasnya.

Tambahnya lagi, ketika sesi permulaan, hanya 10 set sahaja yang ditawarkan ketika itu, kini permintaan sudah mencecah sehingga 100 set.

"Saya bekerja dua orang sahaja dengan Saleha. Untuk memenuhi permintaan juga agak susah tetapi mungkin akan cuba untuk dapatkan pekerja,' jelasnya.

Ketika diajukan tentang rancangan untuk membuka kedai, jelasnya, buat masa ini, perancangan untuk membuka kedai belum lagi dirancang.

"Buat masa ini kita belum merancang apa-apa lagi, sebaliknya hanya mahu fokus pada perniagaan secara online dahulu.

"Selain online, kita juga mencari ejen yang boleh memasarkan produk ini untuk meluaskan lagi sasaran pengguna untuk produk kecantikan ini," ujarnya.

Read more »

Tsunami Cina- Gelombang Kebencian Ditiup DAP


KECENDERUNGAN pengundi Cina terutama di bandar-bandar mengundi DAP dan menolak MCA dan Gerakan tidak berlaku secara kebetulan. Slogan Ini Kalilah atau UBAH yang ditiupkan oleh Anwar Ibrahim memberi kesan kepada mereka untuk memenangkan calon DAP untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Malangnya, BN yang didukung oleh UMNO tidak tumbang. Anwar tidak bernasib baik, gagal ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri dan Lim Kit Siang tidak berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Bagi UMNO kuasa politik adalah terlalu penting kepada orang Melayu. Bagi orang Cina kuasa ekonomi dan kewangan sudah dimiliki lama. Kuasa pendidikan, budaya dan sosial sedang berkembang subur ikut pola kecinaan. Bayangkan, kalau kuasa politik juga didominasi oleh orang Cina itulah pangkalan terakhir bagi orang Melayu. MCA-Gerakan-MIC dan lain-lain parti komponen BN amat memahami hakikat perkongsian kuasa dengan UMNO.

Lebih setengah abad Malaysia terbina atas asas toleransi dan cuba membina perpaduan dengan tidak menafikan hak bahasa dan budaya, memahami orang Melayu perlu dimajukan dalam bidang pendidikan dan ekonomi dan membolehkan orang Cina maju dalam ekonomi dan pendidikan juga.

Lalu "tsunami" ini yang didukung sama oleh Pas dan PKR menyebabkan secara nyata orang Cina meninggalkan MCA dan Gerakan. Malangnya, slogan Ini Kalilah tidak menjadi kenyataan. Maka tentunya kalimah Lain Kalilah sepatutnya menyusul.

Psiki politik orang Cina akhir-akhir ini berkaitan dengan tanah besar negara China yang bakal menjadi kuasa besar dalam tempoh satu dekad lagi dan diaspora Cina di seberang laut menerima kesan sama. Perdana Menteri Malaysia mengambil sikap terbuka menjadikan China sebagai rakan dagang yang penting dan risikonya amat tidak digemari oleh Amerika Syarikat. Malah pembukaan universiti dari China juga menjadi suatu kenyataan di Malaysia di samping bilion ringgit pelaburan terjadi.

Malah hari-hari terakhir kempen pilihan raya komitmen pendidikan dan bantuan kewangan diberi kepada orang Cina termasuk bertemu dengan Dong Jiao Zong, Persatuan Pendidikan Cina yang kontroversial mengenai isu lulusan EUC dan pengiktirafan beberapa beberapa Kolej Cina di Pulau Pinang. Itu pun tidak dilihat sebagai sesuatu yang positif.

Orang Cina memang terlalu dekat dengan isu bahasa dan budaya Cina. Peruntukan Akta Pendidikan yang membolehkan sekolah vernakular Cina dan Tamil berjalan adalah sesuatu yang baik bagi orang Cina dan dilihat tidak memadai. Peratusan pelajar Cina dan Tamil di Sekolah Kebangsaan tidak lebih 10%. Malah terdapat puluhan ribu pelajar Melayu sedang belajar di sekolah vernakular Cina. Jumlah ini akan terus bertambah seolah-olah sekolah Cina lebih magnetik sebagai sekolah rujukan yang menawarkan subjek Mandarin, Inggeris dan Matematik yang baik.

Orang Cina yang memahami sejarah orang Melayu akan sentiasa ingin membantu orang Melayu dalam bidang ekonomi supaya ekuiti yang ada dapat dipertingkatkan. Amat penting orang Melayu sebagai penduduk asal dibangunkan supaya mampu berdiri sama tinggi dengan orang Cina terutama dalam partisipasi ekonomi.

Usaha kerajaan membangun orang Melayu tidaklah mudah. Orang Melayu yang telah dijajah lebih 450 tahun sejak zaman Melaka lagi diperas dan dipulas dan untuk bangun kembali dalam tempoh setengah abad bukanlah suatu hal yang mudah.Tetapi penyertaan orang Melayu dalam banyak bidang sedang menampakkan hasilnya. Sekiranya sikap toleransi orang Cina terus wujud di samping orang Cina menikmati proses pembangunan yang sedang berjalan ia akan menjadikan jurang prasangka bertambah rapat dan jurang perpaduan bertambah baik. Ia menuntut kesabaran dan juga pengorbanan yang tinggi.

Apa yang telah terjadi tidak mudah untuk diatasi. Apalagi dalam demonstrasi jalanan generasi muda Cina ramai yang menyertai dan ia bakal menjadi pengundi masa depan sementara yang telah mengundi DAP akan kekal mengundi parti itu. Budaya orang Cina memang begitu.

Katakan ada perubahan dalam orientasi perjuangan Pas yang tetap mahukan konsep Negara Islam ditegakkan tentunya ia bercanggah dengan hala tuju perjuangan DAP yang mahukan negara sosialis demokratik sekular. Selama mana ia boleh bertahan. Tempoh lima tahun apa-apa boleh terjadi.

Hal yang sama dengan PKR yang ketuanya Anwar menganut fahaman liberal dan pluralisme agama dan krisis Wan Azizah- Azmin belum dapat dileraikan dan kes mahkamahnya masih berjalan. Apakah Pas dapat menerima ini sekiranya Pas ingin kembali semula di bawah kepimpinan ulama. Kita tunggu dan lihat. Tempoh lima tahun apa-apa boleh terjadi.

Read more »

Semarakkan Usaha Dakwah



SETIAP daripada kita adalah pembawa tugas dakwah. Sesiapa sahaja yang menjalankan usaha menyebarkan kebaikan sesama manusia ia sudah layak digelar pendakwah. Tugas ini sebenarnya bukan susah dan tidak terlalu sulit untuk dipikul sekiranya dalam diri seseorang itu mempunyai komitmen dan iltizam dalam menjalankannya tanpa mengira jarak dan sempadan geografi.

Sudah tentunya tanpa usaha yang sentiasa berkesinambungan nescaya nikmat Islam yang ada pada hari ini tidak akan sampai kepada kita yang hidup di era kini. Tugas murni lagi suci ini adalah menjadi agenda terpenting dalam diri para Nabi dan Rasul pilihan Allah SWT.

Berbekalkan azam yang kuat dan jitu walau terdapat banyak keadaan bahaya, tidak semua usaha dakwah mereka diterima dengan hati yang terbuka dan diikuti oleh umat dan kaum pada zaman mereka. Setidak-tidaknya ia telah memberi garapan pengajaran dan sejarah kepada umat yang terkemudian seperti kita pada hari ini.

Menjalankan usaha dakwah iaitu menyampaikan mesej kebaikan, bukan sahaja memerlukan dorongan fizikal secara berkumpulan malah tetap juga berlaku dalam konteks perlaksaan perseorangan yang dibekali dengan ilmu pengetahuan serta strategi dakwah yang lebih mampan dan berdaya saing.

Semua mampu menjalankan usaha dakwah tetapi apa yang perlu dan wajar diberikan penekanan adalah dalam konteks pendekatannya. Ia bukan sahaja mesti terkandung unsur ilmu untuk mendidik jiwa malahan mestilah berpaksikan kepada kebijaksanaan (hikmah). Dakwah seharusnya berhikmah. Hal ini sering kita mendengar dalam tazkirah, tausiyah kepada daie agar lebih teliti (prudent) dalam menjalankannya.

Allah SWT dengan jelas menunjukkan jalannya dengan firman-Nya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (an-Nahl: 125)

Oleh itu, dalam menyampaikan usaha dakwah bukanlah piawaiannya kemenangan atau kekalahan yang wajar dilihat tetapi kebijaksanaan seseorang pendakwah dalam memenangi hati golongan sasarnya tanpa adanya unsur dendam, pembalasan dan melukakan hati orang yang mendengar kandungan penyampaian isi dakwahnya itu.

Mendepani usaha dakwah pada masa kini bertambah mencabar kerana evolusi dan ketamadunan sesuatu umat itu mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk menjadikan sesuatu dakwah itu berkesan atau sebaliknya. Oleh yang demikian, kita selaku para pendakwah mestilah sentiasa menggandakan keupayaan dan kemampuan diri. Sebagai contoh ialah kewujudan jaringan media sosial seperti blog, facebook, twitter, instagram, youtube dan lain-lain lagi adalah pembuka ruang yang cukup luas untuk mana-mana individu untuk menyebarluaskan sesuatu dakyah iaitu perkara-perkara yang berkait dengan permusuhan, caci maki dan sebagainya.

Malah ia bukan sahaja menjangkaui peringkat domestik malah berkemampuan untuk sampai ke seantero dunia. Maka atas dasar seperti itu jugalah para pendakwah wajib menggemblengkan tenaga dan pendekatan untuk memberikan pencerahan terhadap sesuatu isu yang berbangkit, di samping merancakkan lagi usaha menyebarkan kebaikan di peringkat mana sekalipun.

Menyampaikan usaha dakwah tidaklah seindah yang digambarkan kerana seringkali para pendakwah berdepan dengan pelbagai cabaran. Maka, cabaran-cabaran yang timbul itu bukanlah semua menuntut kita menggandakan usaha untuk bertanding memperdebatkan sesuatu perkara lantas kekalahan dan kemenangan yang menjadi paksi kepada perjuangan. Bukanlah bermaksud tidak boleh untuk melawan akan tetapi ia mestilah dilakukan dengan suasana yang lebih harmonis dan bertamadun.

Sebagaimana Allah SWT memerintahkan kepada kedua Nabi-Nya yang mulia: Musa dan Harun AS agar mengamalkan hukum-hukum dalam menghadapi manusia yang paling kafir di dunia, iaitu Firaun yang mengaku dirinya Tuhan. Firman Allah SWT: "Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut. (Thaha: 44). Kemudian Allah SWT berfirman kepada Nabi Musa AS: Pergilah kamu kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, dan katakanlah (kepada Firaun): Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan) Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar kamu takut kepada-Nya? (an-Nazi'at: 17-19)

Di Malaysia, suasana penyemarakkan usaha dakwah berjalan lancar dengan penglibatan banyak pihak di pelbagai peringkat sama ada peringkat kumpulan kecil hinggalah ke peringkat yang besar seperti usrah keluarga, surau, masjid sehinggalah kepada penganjuran program keagamaan peringkat kebangsaan termasuklah antarabangsa.

Suasana kerancakan usaha dakwah di negara kita pada sisi pandangan awalnya memanglah terbaik. Namun, pada sisi lainnya ia telah menjadi penyebab kepada kewujudan pendakwah-pendakwah komersial yang sering muncul di layar televisyen, di corong radio dan termasuklah di dada majalah dan akbar. Tiada masalah dengan penerimaan masyarakat terhadap pendakwah-pendakwah komersial ini, namun yang menjadi kerisauan dan kegusaran adalah sikap sesetengah golongan pendakwah seumpama ini (berdasarkan banyak aduan dan rungutan) yang telah meletakkan kadar bayaran yang tidak munasabah kepada pihak penganjur walau ia melibatkan surau dan masjid, maka apa lagi jika ia melibatkan ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah agama yang dianggap berprestasi tinggi dari sudut prestijnya.

Situasi sebegini jika berlarutan maka ia akan memberikan kesan negatif dalam banyak aspek; pertamanya ia akan menyebabkan imej para agamawan hanya digelar "ustaz sampul", keduanya ia akan menyekat usaha dengan tiadanya kesanggupan masyarakat untuk memenuhi segala permintaan yang telah ditetapkan.

Memang benar, para agamawan juga makan, minum, berumah tangga, mempunyai anak pinak untuk disara tetapi mereka sememangnya tahu apakah kelayakkan yang akan diberikan serta juga berdasarkan kemampuan mereka untuk memberinya. Penulis turut juga memberi ingatan buat diri sendiri dan pendakwah semua, tidaklah menjadi kesalahan untuk menjadi pendakwah sepenuh masa tetapi perlulah juga terlebih dahulu untuk memilik kerjaya tetap, terutamanya seperti membuka perniagaan sendiri dan lain-lain. Maka tiadalah siang dan malam mereka hanya bergantung harap kepada rezeki dalam bidang dakwah semata-semata.

Kesimpulannya, usaha dakwah sememangnya memerlukan ilmu, pendekatan yang lebih terkesan dan paling penting tanamkan keikhlasan dalam diri setiap individu agar ia menjadi wahana dalam penyemarakkan usaha dakwah di negara kita keseluruhannya.

Read more »

Sita Kawasan Pembuangan Sampah


PEKAN - Masalah sampah haram di kawasan ini dilihat mampu diselesaikan melalui tindakan menyita kawasan berikutan tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada orang ramai.

Pengurus Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) cawangan Pekan, Alex Robert Anak Murat@Imsul berkata, sebelum ini masalah berulang itu cuba diselesaikan dengan cara tindakan membersih dan meletakkan papan tanda.

Menurutnya, usaha tersebut bagaimanapun menjadi sia-sia apabila orang ramai terutamanya penduduk setempat dan kawasan sekitar masih membuang sampah di kawasan berkenaan.

“Keadaan sampah yang dilempar di kawasan tersebut menambahkan lagi kekotoran malah ia disepahkan lagi oleh binatang yang datang membongkar bungkusan sampah untuk mencari makanan.

“Pihak PPSPPA sentiasa berusaha menyelesaikan masalah di kawasan ini dan beberapa kawasan lain yang mengalami masalah pembuangan sampah haram,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Alex berkata, orang awam diminta mengubah sikap dalam menekankan aspek kebersihan terutamanya melibatkan persekitaran awam.

“Saya amat berharap agar orang ramai dapat memberi perhatian dan kerjasama terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah ini selain terus membuat aduan kepada pihak PPSPPA.

“Pihak kami akan terus membuat pemantauan secara berkala seterusnya bergerak secara lebih efektif dalam usaha membanteras masalah berkaitan dari semasa ke semasa,” katanya.

Read more »

Banduan Lari Dari Trak Polis

Gambar Hiasan
KUANTAN - Seorang banduan yang menghadapi tuduhan kes samun bertindak nekad melompat dari trak polis dan melarikan diri ketika dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kuantan di sini hari ini.

Banduan terbabit, Muhammad Juli Hadi, 24, yang beralamat di Kampung Jaya Baru, Bukit Bading di Ajil, Terengganu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun selepas ditangkap pada 20 Mac lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, kejadian berlaku pukul 1.30 petang apabila banduan terbabit bersama beberapa banduan lain menaiki trak polis untuk dihantar ke Penjara Penor.

Menurut beliau, kejadian berlaku di pekarangan kompleks mahkamah apabila polis membawa sekumpulan banduan termasuk suspek untuk menaiki trak tersebut.

"Lima daripada 11 banduan itu menaiki trak, manakala suspek belum naik kerana berada dalam kedudukan terakhir," katanya di sini hari ini.

Sharifuddin berkata, tiba giliran suspek menaiki trak, dia meloloskan gari tangannya lalu melompat dari pintu trak.

Tambahnya, tiga anggota polis yang bertugas ternampak perbuatan suspek lalu menjerit tetapi berjaya melarikan diri dengan melompat pagar luar mahkamah.

"Ketika kejadian suspek dikatakan berseluar jean biru, memakai baju T lengan pendek hitam berkolar bulat dan warna merah serta berselipar.

"Susulan itu, operasi memburu suspek telah dilancarkan dengan menggerakkan 70 anggota polis termasuk pegawai untuk mengesan suspek di sekitar kawasan itu," ujarnya.

Beliau turut meminta orang ramai yang ternampak individu yang mencurigakan di sekitar Indera Mahkota supaya segera menghubungi polis secepat mungkin bagi membantu usaha menangkap suspek.

Menurutnya, suspek dipenjarakan di Penjara Penor dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada 3 April lalu dan sepatutnya hukuman dijatuhkan terhadapnya hari ini.

Katanya, suspek itu sebaliknya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebelum mahkamah menetapkan perbicaraan itu berlangsung pada 11 hingga 12 Julai depan.

Read more »

Thursday, May 30, 2013

Rakyat Malaysia Tolak Cina Rasis


SEJAK beberapa hari lalu banyak blog menyiarkan komen Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) mengenai seorang menteri dan seorang timbalan menteri Cina yang dilantik dalam barisan Kabinet terbaharu kerajaan.

Kedua-dua mereka, Senator Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pendidikan 1, disifatkan Dong Zong tidak mewakili kaum Cina kerana tidak fasih berbahasa Mandarin.

Kain Ching daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) adalah bekas guru dan pernah dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan pada 2012.

Seng Kuan pula adalah Presiden Transparency International Malaysia dan juga seorang tokoh korporat terkemuka dengan memegang pelbagai jawatan berprofil tinggi termasuk sebagai Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Menurut Dong Zong seperti yang disiarkan akhbar Nanyang Siang Pau baru-baru ini, kedua-dua mereka yang hanya menamatkan sekolah Cina separuh jalan tidak mungkin akan dapat mewakili kaum itu secara efektif sekali gus tidak layak digelar 'wakil kaum Cina'.

Kain Ching dalam reaksi segeranya menyifatkan isu beliau tidak fasih berbahasa Mandarin tidak harus timbul kerana kehadirannya dalam Kabinet tidak mewakili kaum Cina tetapi sebagai rakyat Malaysia.

"Saya bekerja di bawah Kementerian Pendidikan sudah lebih enam tahun dan berinteraksi dengan ramai pihak yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Saya tidak melihat diri saya sebagai mewakili kaum Cina tetapi rakyat Malaysia kerana itulah wujud konsep 1Malaysia.

"Sekiranya terdapat isu yang dibangkitkan berhubung sekolah Cina, saya akan tetap menjalankan tugas menanganinya.

"Malah, maklumat berkaitan sistem pendidikan Cina juga terdapat dalam bahasa Melayu dan Inggeris, jadi tidak ada masalah memandangkan saya fasih dalam kedua-dua bahasa itu," katanya.

Mengulas perkara itu, penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, Dong Zong tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana bahasa Mandarin bukanlah bahasa kebangsaan negara ini.

"Sepatutnya syarat yang harus dipatuhi adalah setiap anggota Kabinet harus fasih berbahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu kerana itulah bahasa yang wajib ditutur dan dikuasai oleh semua kaum di negara ini.

"Kaum Cina juga sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menyuarakan pandangan mereka kepada menteri-menteri berkenaan kerana sebagai rakyat Malaysia mereka mesti fasih berbahasa kebangsaan," katanya.

Beliau berkata, isu tiada wakil kaum Cina yang memenuhi segala ciri-ciri yang ditetapkan kaum itu termasuk fasih berbahasa Mandarin tidak harus timbul kerana kaum itu sendiri telah diberi peluang memilih wakil mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Apabila diberi peluang ini, mereka memutuskan untuk menolak calon-calon yang kemukakan oleh MCA, Gerakan dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

"Mereka sendiri memilih calon DAP yang mereka tahu tidak akan disenaraikan dalam Kabinet yang dibentuk kerajaan Barisan Nasional (BN), jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus dipersalahkan apabila tiada anggota Kabinet yang fasih berbahasa Mandarin," katanya yang juga bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Tambah Mohd. Roslan, apa yang dibangkit Dong Zong boleh diibaratkan seperti pepatah 'Rumah siap pahat berbunyi' yang merujuk kepada perasaan tidak puas hati atau rungutan yang ditimbulkan setelah kerja siap dilakukan.

"Bagi saya komen seperti ini tidak harus dilayan oleh kerajaan BN kerana pihak terbabit telah diberi peluang untuk mengundi dan mereka telah mensia-siakan peluang yang diberikan," katanya.

Menurut beliau, tumpuan yang sepatutnya diberikan kerajaan sekarang adalah untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi membangunkan negara demi kesenangan rakyat tanpa mengira kaum.

"Ingatlah, semua anggota Kabinet yang dilantik adalah fasih berbahasa kebangsaan dan ini bermakna mereka layak untuk mewakili rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum.

"Jika Dong Zong masih tidak berpuas hati, tunggulah PRU-14 akan datang dan pilihlah calon yang dirasakan benar-benar memenuhi selera mereka," ujarnya.

Katanya, kerajaan juga tidak harus melayan lain-lain tuntutan Dong Zong termasuk supaya diiktiraf Peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Cina (UEC) untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Lulusan UEC tidak berada dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak menghayati usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional," katanya.

Kenapa Dong Zong masih membuat tuntutan sedangkan sudah jelas dan nyata kaum Cina tidak menyokong BN?

Sehubungan itu, kepada Dong Zong hentikanlah daripada membuat sebarang kenyataan dan tuntutan yang bertujuan memenuhi inspirasi satu kaum sahaja.

Kalau masih mahu membuat tuntutan, tunggu lain kalilah!, iaitu setelah masyarakat Cina kembali menyokong BN pada PRU-14.

Read more »

RapidKuantan Mengenakan Tambang Murah


KUANTAN - Perkhidmatan bas RapidKuantan yang memulakan operasi 1 Disember lalu akan mula mengenakan tambang ke atas penumpang mulai Sabtu ini selepas tempoh perkhidmatan percuma berakhir Jumaat ini.

Ketua Eksekutif Bas Rapid Sdn. Bhd., Zohari Sulaiman berkata, tambang akan bermula daripada RM2 untuk perjalanan dalam zon tunggal dan maksimum sebanyak RM4 untuk perjalanan merentasi dua zon.

Menurut beliau, daripada sebanyak 12 laluan yang dilalui bas RapidKuantan hanya lima sahaja yang akan melaksana sistem tambang dua zon.

"Laluan terbabit adalah laluan 100, Hentian Bandar-Bukit Gambang Resort City (BGRC); laluan 301 Hentian Bandar-Bukit Sagu; laluan 400 Hentian Bandar-Pekan; Laluan 401 Hentian Bandar-Kampung Ubai dan laluan 500 Hentian Bandar-Sungai Lembing.

"Yang selebihnya iaitu tujuh laluan hanya mengenakan bayaran RM2 bagi setiap perjalanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun tidak dikenakan bayaran manakala pelajar yang berpakaian seragam sekolah serta berumur tujuh hingga 12 tahun akan dikenakan separuh harga.

"Selain itu, turut mendapat diskaun 50 peratus ialah warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU)," jelasnya.

Zohari memberitahu, warga emas, OKU dan pelajar boleh mendaftar dengan pihaknya untuk mendapat kad diskaun di tingkat satu Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan di sini.

"Kami membuka perkhidmatan bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang dari hari Isnin hingga Sabtu kecuali pada hari cuti umum," katanya.

Tambahnya, pemegang kad diskaun hanya perlu menunjukkan kad mereka kepada pemandu bas untuk menikmati diskaun sebanyak 50 peratus.

"Saya nasihatkan penumpang sentiasa mempunyai jumlah wang yang tepat bagi memudahkan urusan pembayaran tambang," katanya.

Read more »

Wednesday, May 29, 2013

Nasruddin Zalim Kepada Penduduk Temerloh


TEMERLOH - Seramai 30 penduduk rumah pangsa Taman Sri Kemuning di sini hari ini, mengadakan demonstrasi secara aman menyelar tindakan Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam pengagihan bantuan bencana alam untuk mangsa ribut pada 15 Mei lalu.

Beberapa penduduk mendakwa, Nasruddin melalui wakilnya hanya memberikan bantuan kepada ahli Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penduduk yang tidak menyokong parti tersebut diketepikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Megat Segama, Mohd. Nordin Mohd. Sham memberitahu, tindakan mengagihkan bantuan kepada penyokong sendiri sahaja menunjukkan mereka tidak berpegang pada slogan Negara Berkebajikan yang dilaungkan.

“Sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen Temerloh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed juga daripada Pas sepatutnya mengetepikan soal parti dalam memberi bantuan kepada semua mangsa tanpa mengira fahaman politik mereka.

“Ahli Parlimen sebelum ini, Datuk Saifuddin Abdullah dan penyelaras Barisan Nasional (BN) Kuala Semantan mengagihkan semua bantuan kepada penduduk yang ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut, pesakit kronik dan sebagainya tanpa mengira ahli parti mana," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Seorang lagi mangsa, T. Sangamalam, 73, berkata, sebelum ini, ada pihak datang membuat bancian penduduk yang mengalami kerosakan rumah ekoran kejadian ribut itu dan meminta beliau hadir pada majlis menerima bantuan daripada ahli Parlimen.

“Apabila saya hadir pada majlis itu 22 Mei lalu, mereka memberitahu nama saya sudah dipotong daripada senarai penerima bantuan.

“Saya berasa cukup kecewa kerana bantuan itu diharap dapat digunakan untuk membaiki beberapa bahagian rumah yang rosak akibat bencana tersebut," katanya.

Bagi Roslaini Mohd. Amin, 54, Nasruddin sepatutnya tidak lagi berpegang pada kedudukan parti dalam mengagihkan bantuan kerana beliau kini wakil rakyat untuk seluruh penduduk di Parlimen Temerloh sama ada yang menyokong beliau atau pun BN.

“Beliau sepatutnya tidak boleh mengambil sikap sedemikian, sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, menjadi tugas beliau membantu semua penduduk yang dilanda bencana alam," katanya.

Read more »

PENIAGA DITEMBAK DI JERANTUT

Gambar hiasan



Jerantut - Seorang peniaga gerai makanan di Jalan Benta dikejarkan ke hospital di Temerloh akibat ditembak dipremis perniagaannya kira-kira jam 12 tengah malam semalam dalam satu kejadian rompakan kecil bersenjata.

Menurut sumber suspek kejadian datang seorang diri menaiki motorsikal dan menghampiri isteri mangsa meminta duit dan barang kemas. Mangsa yang menyedari kejadian itu menghampiri suspek namun beliau ditembak dan menembusi lengan serta mengenai rusuk.

Pihak polis masih menjalankan siasatan berkenaan motif kejadian berkenaan namun beberapa pihak meragui bahawa kejadian berkenaan hanya semata-mata bermotifkan rompakan. 

Read more »

23 Hilang Tragedi Bot Karam


BELAGA - Sebanyak 23 penumpang hilang dan dikhuatiri lemas manakala 181 lagi terselamat selepas sebuah bot ekspres yang dinaiki mereka untuk pulang menyambut perayaan Hari Gawai karam setelah terlanggar batu di Sungai Rajang dekat sini hari ini.

Tragedi bot karam lima hari sebelum perayaan itu berlaku berhampiran Jeram Tukok/Jeram Bungan di sungai terpanjang di negara ini.

Insiden menyedihkan itu dipercayai berlaku sekitar pukul 9 pagi, kira-kira sejam selepas bot ekspres bernama Bakun Mas itu melewati pekan Belaga.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Bakar Sebau berkata, Bakun Mas bertolak dari Jeti Bakun kira-kira pukul 7 pagi menuju ke Terminal Bot Ekspres Sibu dengan perjalanan keseluruhan dianggarkan memakan masa lebih lapan jam.

Katanya, bot tersebut didapati membawa muatan berlebihan kerana had penumpang yang dibenarkan oleh Lembaga Sungai- Sungai Sarawak (LSS) cuma 74 orang.

"Seramai 181 penumpang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai sebaik sahaja bot itu mulai karam.

"Sehingga pukul 5 petang ini, kesemua 23 penumpang yang hilang belum ditemui," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Bakar memberitahu, gerakan mencari dan menyelamat masih dilakukan oleh Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan penduduk tempatan.

"Lima anggota penyelam PGM dari Kuching akan tiba di lokasi kejadian awal pagi esok bagi membantu operasi," katanya.

Difahamkan, Bakun Mas yang bertolak dari Jeti Bakun berhenti di Jeti Belaga pada pukul 8 pagi namun tidak mengambil penumpang.

Malah, ramai penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di sekitar Bakun dilihat duduk di atas bumbung bot.

Rata-rata penumpang terbabit merupakan masyarakat Iban dan Orang Ulu yang mahu pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Gawai.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi pukul 10 malam ini mengesahkan angka mereka yang terselamat ialah 181 orang manakala 23 lagi masih hilang.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dihentikan pukul 6 petang dan sehingga operasi itu ditangguhkan, belum ada mayat ditemui.

Read more »

Stadium Darul Makmur Pecah Dirempuh Penyokong


KUANTAN - Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur di sini, semalam terpaksa dibatalkan gara-gara limpahan penonton yang akhirnya mengheret kepada senario kekecohan.

Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.45 malam itu terpaksa ditangguhkan selama lebih sejam kerana berlaku limpahan penonton memasuki stadium iaitu kira-kira 40,000 orang.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada empat pintu masuk utama stadium yang dipecahkan menyebabkan penonton menyerbu ke dalam stadium.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 5,000 penyokong tuan rumah terpaksa ditempatkan di trek olahraga stadium tersebut bermula pukul 8.30 malam sebelum kedudukan mereka disusun semula.

Dalam pada itu, anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) segera menghampiri para penyokong tersebut bagi memastikan keadaan terkawal sepenuhnya.

Serentak dengan itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang turut menyaksikan perlawanan tersebut berkenan mencemar duli selama 10 minit turun trek olahraga untuk meminta kerjasama para penyokong supaya mengawal disiplin.

Sesudah selesai, Sultan Ahmad Shah yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain kemudian kembali ke tempat duduk utama sambil menunjukkan isyarat tangan kepada para penyokong supaya menjaga kelakuan masing-masing.


Sehingga pukul 9.45 malam, kesemua penyokong yang membanjiri trek olahraga kemudian ditempatkan semula ke kawasan tempat duduk dalam keadaan terkawal.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff yang berada di stadium kemudian membuat pengumuman bahawa permainan boleh diteruskan selepas keadaan terkawal sepenuhnya.

Sebaik pengumuman itu dibuat, kelibat semua pemain tuan rumah kemudian memasuki padang untuk bersedia memulakan perlawanan, namun pemain Johor DT tidak berbuat demikian.

Keadaan bagaimanapun masih tidak terkawal sepenuhnya apabila beberapa kali dicemari bunyi mercun dan balingan botol minuman ke kawasan padang.

Kemudian, para penyokong Johor DT pula bertindak turun dan duduk di trek olahraga meskipun kawasan balapan itu telah diarah untuk dikosongkan bagi membolehkan perlawanan dimulakan.


Perbuatan berbaur provokasi itu kemudian disambut oleh penyokong tuan rumah dengan menyanyikan lagu 1Malaysia.

Pada pukul 10.30 malam, Penolong Setiausaha FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat pengumuman bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan dan terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Menurut Fuad, stadium berkenaan dapat memuatkan 35, 000 dalam satu masa dan tiket terjual adalah 32,000 keping. Justeru, beliau menolak ada berlaku penjualan tiket palsu yang menyebabkan insiden limpahan penonton malam semalam.

Polis turut mengesahkan beberapa penonton mengalami kecederaan ringan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Read more »

Tuesday, May 28, 2013

Anwar Pelopor Budaya Ganas Malaysia


TINDAKAN Anwar Ibrahim menentang undang-undang dan peraturan yang lazim terpakai dalam negara demokrasi adalah suatu jalur anarki. Anarki adalah suatu konsep bertindak di luar batas demokrasi.

Apabila proses demokrasi tidak menyebabkan hala tuju perjuangan peribadinya tercapai jalan yang dipilih bukan demokrasi peti undi tetapi bertukar menjadi demonstrasi jalanan. Sifat anarki ini adalah disorderly.

Fahaman pasca-modenisme antara lain menolak otoriti, baik otoriti sesebuah kerajaan sedia ada mahupun otoriti agama. Dari sebuah kerajaan yang beraja ingin ditukar kepada kerajaan republik. Dari sebuah otoriti yang berasaskan agama dan sistem nilai ingin ditukar kepada sebuah kehidupan yang berasaskan hak asasi tanpa dukungan agama.

Ia juga menolak hiraki. Dari kehidupan sebuah keluarga yang ada ibu, ayah dan anak kepada suatu pola kekeluargaan berasaskan pola gay dan lesbian. Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjadi sesuatu yang sudah diperundangkan di Barat dan bakal mencabar kehidupan kekeluargaan masyarakat beragama termasuk di Malaysia.

LGBT sedang diperjuangkan oleh pihak tertentu di Malaysia. Bermula dengan fahaman liberalisme agama kemudian kepada pluralisme agama dan kemudian kalimah Allah dan kalimah-kalimah lain boleh digunakan oleh agama lain dan akhirnya arah fahaman agama akan bercelaru dan melahirkan generasi yang keliru. Lalu orang akan mempertikaikan hadirnya agama dalam kehidupan dan memilih hidup tanpa agama atau memang agama dilihat sebagai penghalang kemajuan.

Anwar sejak zaman mudanya di Universiti Malaya memilih jalan yang bercanggah dengan peraturan universiti. Demonstrasi menjadi gaya perjuangannya terhadap sesuatu. Demonstrasi besar-besaran Baling 1974 suatu testimoni anarki bagaimana dikatakan ada orang mati kebuluran di sana dan kesannya adalah politik jalanan berlaku di Kuala Lumpur dan universiti-universiti.

Semasa dalam kerajaan 1982-1997, Anwar tidak menyenangi demonstrasi terutama sewaktu menjadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri. Dia amat tidak senang dengan pelajar-pelajar yang anti-establishment. Tahun 1998 selepas dipecat, reformasi dalam bentuk demonstrasi jalanan berada di puncak akibat tidak puas hati dipecat atas tuduhan liwat dan rasuah. Anwar menjelajah ke seluruh negara sehinggalah beliau diamankan di penjara Sungai Buloh.

Sewaktu di Amerika Syarikat selepas dibebaskan dari tahanan sekitar 1986-1988 beliau dilantik sebagai Pengarah The Foundation of the Futures oleh pihak sana dan mempunyai hubungan yang erat dengan ahli-ahli kongres dan pelobi Yahudi.

Selepas tsunami politik 2008, Anwar aktif semula dalam politik Malaysia dan memperkenalkan strategi Bersih politik jalanan menghadapi pihak yang berotoriti. Pendirian yang diambil semasa dalam kerajaan sama sekali tidak sama dan kenyataan terhadap DAP dan Pas jauh lebih ekstrem. Semasa dalam pakatan pembangkang pendirian itu berubah. Semuanya menjadi baik.

Jalur anarki yang ada pada Anwar memang sudah sebati. Ia akan muncul bila cita-cita peribadi politiknya tidak kesampaian. Dengan bakat pidato yang dimilikinya, dia menjadi tokoh penglipurlara yang sangat hebat dan mencetuskan kebencian yang mendalam terhadap kerajaan yang memerintah.

Sebelum PRU-13, sikap anarkisnya lebih menonjol. Dia sangat yakin menang dan lonjakan kempen Ini Kalilah dan UBAH menimbulkan kesedaran baru orang Cina terutama di bandar meninggalkan MCA dan Gerakan kerana Lim Kit Siang bakal ditabalkan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Telah sekian lama Anwar bercita-cita untuk menawan Putrajaya, malah dalam ceramahnya beliau menyebutkan bakal mengangkat sumpah pada 6 Mei. Malangnya, takdir tidak menyebelahinya.

Lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipersalahkan. Dituduhnya ada undi hantu, 40,000 pengundi Bangla diimport, lampu di pusat pengiraan padam, isu dakwat dan macam-macam lagi. Tetapi mengapa tak ditunjukkan bukti dan laporan kepada polis supaya aduan dan petisyen dapat dibawa ke mahkamah.

Sekali lagi demonstrasi tanpa izin menjadi pilihannya . Mengheret generasi muda yang mudah terangsang dengan pidato panas dan mengajar mereka tidak menghormati undang-undang. Ia suatu mesej yang salah terhadap orang muda dan hari depan negara.

Anwar pernah menjadi orang penting dalam kerajaan Malaysia. SPR yang sama jugalah digunakan olehnya untuk menentukan demokrasi berjalan di Malaysia. Kalau dulu semuanya kena, mengapa hari ini keadaan SPR serba tak kena. Pelik bin ajaib sekali sikap seorang manusia yang meletakkan kepentingan diri lebih dari kepentingan peraturan negara.

Mungkin ada hal peribadi yang Anwar ingin perjuangkan yang tidak tertunai. Kalau berada di puncak kuasa banyak perkara yang boleh dilakukan.

Ironinya, negeri-negeri yang dikuasai umumnya sudah mengangkat sumpah dan membentuk barisan kepimpinannya bagaimana bila mengangkat sumpah di Parlimen nanti akan terus berada di jalanan atau turut angkat sumpah sama atau tidak mengangkat sumpah kerana tidak mengiktiraf Pilihan Raya Umum ke-13 sah dari segi undang-undang dan perlembagaan. Sama-samalah kita tunggu.

Read more »

Ainan Tasneem Semakin Popular


PASTI ramai di antara kita pernah bercita-cita untuk bergelar penyanyi. Walaupun kehidupan di sebalik kerjaya tersebut bukanlah indah semata-mata kerana setiap perlakuan baik atau buruk akan menjadi bualan dan bicara orang ramai.

Begitu juga yang berlaku terhadap penyanyi yang mula dikenali menerusi laman perkongsian video, YouTube, Ainan Tasneem yang kini berusia 21 tahun.

Jelasnya, setelah menceburi bidang seni sebagai penyanyi sejak November 2011, kehidupannya banyak berubah.

"Jika dahulu setiap tindak tanduk saya tidak pernah diperhatikan orang ramai, tetapi kini tidak lagi.

"Apa sahaja yang dilakukan, baik perbuatan mahu pun tutur kata harus dijaga. Saya bersyukur, setelah setahun lebih berada dalam bidang ini, saya semakin serasi dengan kehidupan tersebut," katanya yang ditemui sewaktu majlis pelancaran aplikasi TV Tonton untuk pengguna televisyen pintar jenama Samsung, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia itu, perkara yang paling menggembirakan dirinya setelah bergelar penyanyi adalah mampu membantu keluarga dan adik-beradik, terutamanya daripada segi kewangan.

"Jika sebelum ini kami adik beradik banyak bergantung kepada ibu bapa sahaja, tetapi kini saya juga dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa.

"Jadi penyanyi, banyak kelebihan yang kita dapat," katanya yang juga merupakan seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Bio-Proses di Universiti Malaysia Perlis.

Berbicara soal kerjaya seni, Ainan mengakui pihaknya kini sedang dalam proses menyiapkan album penuh yang mengandungi 10 buah lagu dan dijangka mula berada di pasaran pada penghujung tahun ini.

Antara lagu yang terkandung dalam album itu nanti termasuklah Aku Suka Kamu, Kamu Saja, Tak Mungkin Aku, Aku Keliru dan 150 Juta.

Read more »

Red Bean Army Maki Kerajaan


Kecaman serta penghinaan berterusan yang dihamburkan oleh Red Bean Army terhadap kerajaan jelas membuktikan tentera siber DAP itu gagal menutup rasa kecewa kerana tidak berjaya memperoleh 'kuasa' di Putrajaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun beliau sendiri tidak terlepas daripada serangan tentera siber berkenaan, perkara itu adalah lumrah bagi mereka yang bergelar ahli politik.

Meskipun tidak menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pihak terbabit, beliau dengan nada sinis memberitahu, mereka merupakan jenis manusia yang hanya tahu menyalahkan pihak lain berbanding diri sendiri.

"Cacian memang makanan buat orang politik. Saya telah maafkan mereka yang mencaci dan akan terus memaki hamun saya. Kebanyakan mereka ini masih berdarah muda.

"Mereka sedang menanam kebencian sebab gagal menawan Putrajaya. Biarlah mereka melayani kekecewaan itu dengan melepaskan perasaan kecewa secara menyalahkan semua orang lain, kecuali diri sendiri," katanya.

Beliau mengulas pendedahan seorang pembaca Utusan Malaysia berketurunan Cina bernama Kevin J. C. Chuah tentang sikap Red Bean Army yang terus mengecam dan membuat penghinaan khususnya menerusi laman sosial Facebook propembangkang.

Menurut pembaca tersebut, tulisan dan ayat-ayat yang diguna oleh mereka memang menjijikkan dan serangan peribadi bertubi-tubi dilancarkan terhadap Ahmad Zahid, sekali gus membuktikan sifat sebenar kumpulan Red Bean Army yang suka mencaci, menyuntik rasa kebencian dengan sewenang-wenangnya.

Akaun Facebook propembangkang itu juga dengan lantang mengutuk Ahmad Zahid dan meminta beliau meletak jawatan di samping menggunakan tulisan biadab berbunyi: "Negara ini bukan milik bapak kau!!!".

Mengulas lanjut 'tangan-tangan' jahat Red Bean Army itu, beliau berkata: "Saya harap suatu hari nanti mereka akan tahu kebaikan yang akan saya terapkan demi kepentingan keselamatan negara".

Sebelum ini, Ahmad Zahid menegaskan akan membanteras penyebaran maklumat dalam media sosial yang menyentuh isu perkauman, mencabar Perlembagaan serta fitnah, khususnya yang didalangi Red Bean Army.

Read more »

Pahang Sasar Pulangan RM10.5 Bilion Dalam Pelancongan

Taman Negara Pahang
TEMERLOH - Kerajaan Negeri Pahang mensasarkan peningkatan perolehan hasil daripada industri pelancongan kepada RM10.5 bilion tahun ini berbanding RM9.8 bilion tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata Pahang menawarkan pelbagai pakej menarik pelancongan seperti percutian di kawasan tanah tinggi, pantai, dan pulau.

Kuala Gandah
"Kebudayaan dan cara hidup rakyat di kampung kini menjadi produk pelancongan yang mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancongan asing daripada negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan dan Singapura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Karnival Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Taman Lanchang Permai di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama dengan kerajaan Negeri Melaka dalam sektor pelancongan bagi mempelajari sektor pelancongan di negeri itu.

Air Terjun Chamang
"Walaupun Melaka sebuah negeri yang kecil dan tidak mempunyai banyak produk pelancongan tetapi mereka mampu menjana pendapatan yang cukup besar dalam industri tersebut.

"Sedangkan negeri Pahang mempunyai pelbagai produk pelancongan yang sememangnya menjadi tarikan pelancongan terutamanya pelancongan asing tentunya mempunyai banyak kelebihan," katanya. - Bernama

Read more »

Monday, May 27, 2013

Shila Amzah Mengaku Masih Warga Malaysia


Sekarang ini masa untuk bekerja. Banyak perkara yang perlu dikejar. Tak ada masa nak bersedih-sedih lagi," kata Shila Amzah, 23, berhubung keadaan dirinya pada hari ini. Baginya tempoh merawat luka di hati selepas putus cinta dengan pelakon Shaarnaz Ahmad kira-kira empat bulan yang lalu sudah memadai.

Enggan terus mengingati detik sedih itu, Shila merasakan ada hikmah tersembunyi di sebalik cintanya yang terhalang dan tidak mendapat restu orang tua. Bahkan juara pertandingan Asian Wave 2012 ini mengaku terlalu beremosi sewaktu menjalinkan hubungan cinta satu ketika dahulu.

Lantaran itu Shila mengabadikan kisah cintanya sebelum ini sebagai satu pengalaman hidup seperti yang dilalui wanita lain.

Kini yang penting buat artis di bawah naungan Shanghai Music Group (SMG) ini adalah fokus untuk menempa nama sebagai penyanyi bertaraf dunia.

Shila amat yakin dengan kemampuannya. Dan yang lebih penting lagi impiannya itu disokong penuh oleh bapa, ND Lala, 51, dan ibu, Fauziah Sarman, 44.

Kedua-dua tulang belakang Shila itu juga menjadi penggerak utama kerjaya buat anak sulung daripada empat beradik itu.

Shila amat bertuah kerana orang tuanya sentiasa menyuntik semangat agar lebih bersedia untuk melangkah jauh ke hadapan.

"Manusia belajar daripada pengalaman. Jika dahulu saya agak berperangai macam budak-budak tapi tidak selamanya saya begitu. Mungkin sebab masa itu saya tidak boleh berfikir jauh. Tapi kini tidak lagi.

"Saya semakin fokus tentang apa yang mahukan dalam hidup. Malah saya bersungguh-sungguh mencapai impian itu. Saya mahu berkongsi kepada semua tentang bakat yang ada.

"Kesedihan yang saya alami itu ternyata tidak lama. Sewaktu mengerjakan umrah pada Mac lalu, saya curahkan segala-galanya kepada-Nya.

"Ada rezeki lain yang datang menggantikan rawan hati saya. Dan semua itu adalah ganjaran daripada kesabaran yang ditanggung selama ini," katanya penuh syukur.

Kini pemilik syarikat Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB) ini sedang sibuk dengan persiapan pembikinan album Melayu kelima yang bakal dilancarkan bulan depan.

Mengekalkan konsep pop rock, album yang masih dirahsiakan judulnya itu cukup istimewa kerana Shila sendiri yang mencipta keenam-enam lagu yang dimuatkan dalam album itu.

Malah Shila mencatatkan segala pengalaman suka, duka, susah dan senang yang dialami selama ini khusus buat peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.

"Tak banyak yang boleh saya kongsi untuk pembikinan album ini. Terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu sehingga tiba masanya," kata Shila yang bakal terbang ke Shanghai, China penghujung bulan ini.

Penyanyi lagu Patah Seribu ini menafikan dia sudah menukar taraf kewarganegaraan seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Mengakui tetap warganegara Malaysia, Shila menjelaskan bahawa dia hanya mendapat taraf penduduk tetap di China bagi memudahkan urusan kerjaya seninya.

Dengan keistimewaan itu, dia tidak perlu berulang-alik ke Jabatan Imigresen untuk urusan pembaharuan visa lawatan.

Shila juga bertuah menjadi satu-satunya artis Malaysia bertudung yang berpeluang mengembangkan bakat di negara yang megah dengan Tembok Besar China itu.

Selain itu Duta Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) ini juga menjadi simbol perpaduan peminat seni dua negara tersebut.

"Saya bersyukur apabila khalayak di China semakin menerima penyanyi bertudung seperti saya. Biarpun di sana saya jarang mengenakan mekap tetapi peminat tetap mengenali.

"Pernah saya bermain badminton dan kemudiannya disapa oleh peminat dengan panggilan Kak Xi-La. Saya terperanjat mereka kenal saya.

"Mereka terima saya sebab bakat dan penampilan bukan penghalang utama untuk mengeratkan silaturahim," katanya yang bakal melancarkan pertandingan menguruskan badan, Shilalas Biggest Loser dalam kalangan peminatnya.

Read more »

Perlu faham Undang Undang


GENERASI Y, yang pada satu hari nanti diharap menjadi pemimpin negara berwibawa, perlu celik undang-undang.

Oleh itu, mereka mesti mampu menggunakan akal fikiran secara waras dan tidak akan membenarkan diri ditipu oleh orang lain (biasanya yang lebih tua dari mereka) yang punyai agenda selfish tersendiri, bukan agenda nasional yang mementingkan kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.

Generasi Y ini (yang lazimnya mudah mempercayai orang lain, terutama orang yang lebih berpengalaman dari mereka) mesti peka bahawa mereka sedang diperalatkan oleh puppet-master yang amat licik memanipulasi pihak lain.

Antara undang-undang negara yang Generasi Y mesti faham sepenuhnya adalah undang-undang jenayah hasutan, yang terkandung dalam Akta Hasutan 1948 (Akta 15), mulai berkuatkuasa sebelum merdeka tetapi telah disemak semula pada 1969.

Akta ini mengandungi 11 seksyen sahaja. Yang terpenting adalah seksyen 3, yang mengandungi huraian terperinci istilah "kecenderungan menghasut" dan seksyen 4, iaitu yang menyatakan hukuman bagi kesalahan menghasut.

Sesuatu ucapan itu dikira mengandungi "kecenderungan menghasut" sekiranya ia -

(i) Mendatangkan kebencian terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(ii) Mendatangkan penghinaan terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(iii) Membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(iv) Membangkitkan (mengapi-apikan) rakyat supaya cuba mendapatkan perubahan dengan apa cara yang tidak sah;

(v) Mendatangkan kebencian atau penghinaan atau perasaan tidak setia kepada institusi kehakiman negara;

(vi) Menimbulkan rasa tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di Pertuan Agong atau Raja;

(vii) Mengembangkan rasa niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di negara ini;

(viii) Mempersoalkan perkara-perkara sensitif yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan (misalnya Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181).

Sebagai contoh, andainya seorang ahli politik atau aktivis itu, ketika berucap di satu perhimpunan (sama ada tertutup atau sewaktu menyertai protes jalanan) ada melafazkan kata-kata seperti "Ayuh tuan-tuan dan puan-puan. Mari kita sama-sama turun ke jalan raya dan kita gulingkan kerajaan yang ada sekarang ini menerusi kuasa rakyat (people power)" itu sudah prima facie merupakan satu ucapan yang menghasut, kerana ia mengapi-apikan rakyat untuk mendapat perubahan secara tidak sah, bukan menerusi proses pilihan raya.

Begitu juga, jika dalam ucapannya, dia menimbulkan rasa benci terhadap mana-mana raja atau kerajaan, dia juga telah melakukan kesalahan menghasut. Ataupun dalam ceramahnya dia ada menghina mana-mana raja atau kerajaan, atau ada menimbulkan rasa tidak setia kepada mana-mana raja atau kerajaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong.

Samalah juga halnya sekiranya semasa dia berucap dia ada mengembangkan rasa niat jahat atau permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di negara ini, dia juga telah melakukan kesalahan menghasut.

Tidak lama dulu saya sempat berbual panjang dengan seorang kenalan, Dr. Ho (bukan nama sebenarnya), tokoh akademik dari sebuah pusat pengajian tinggi tempatan, kini sudah bersara. Bila saya tanya pendapatnya tentang sikap dan pendirian pengundi kaum Cina di Pulau Pinang khasnya dan di seluruh negara amnya, saya terkejut bila dia menjawab bahawa sebahagian besar pengundi Cina tidak lagi percayakan Kerajaan Persekutuan kerana kerajaan itu "telah gagal memelihara kebajikan kaum Cina" di seluruh negara. Bila saya katakan kepadanya bahawa itu adalah tidak betul dan satu pembohongan, kenalan saya itu berkata walaupun kenyataan itu tidak benar, ia menjadi propaganda yang sentiasa dijadikan modal pihak berkenaan mendapatkan sokongan kaum itu.

Nampaknya propaganda yang sama telah dijadikan bahan sebaran am menerusi media sosial oleh cyber troopers (tentera maya) pihak pembangkang menjelang PRU13. Pada waktu itu ramai di kalangan sahabat yang aktif menggunakan media sosial sudah mengetahui dan merasakan peranan jahat Red Bean Army ini, tetapi nampaknya ramai dalam kalangan ahli politik BN yang terus selesa dan "under-estimate" (gagal menyedari) kesan buruk perbuatan jahat pasukan cyber troopers ini.

Jika kita lihat secara teliti maksud seksyen 3 Akta ini, jelas sudah perbuatan menyebarkan maklumat salah menerusi media sosial dengan niat menimbulkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan atau rasa tidak setia kepadanya adalah satu kesalahan menghasut. Sesiapa sahaja yang mengambil bahagian, secara sedar atau tidak, menyebarkan maklumat palsu itu di kalangan rakyat, boleh diheret ke mahkamah kerana melakukan kesalahan menghasut.

Dan jika rasa benci dan tidak puas hati kepada kerajaan itu diapi-apikan lagi dengan seruan dan ajakan agar rakyat turun ke jalan raya bagi maksud menggulingkan kerajaan secara tidak sah, itu menambahkan lagi kesalahan menghasut yang dilakukan.

Perbuatan berkumpul dengan berbaju hitam sambil menterbalikkan bendera Malaysia, jika diiringi dengan niat menunjukkan benci kepada kerajaan, menghina kerajaan atau mengapi-apikan rasa tidak setia kepada kerajaan atau menggulingkan kerajaan secara tidak sah, juga adalah kesalahan menghasut.

Sekiranya seorang itu telah diheret ke mahkamah kerana melakukan kesalahan menghasut, dan disabitkan kesalahannya di bawah seksyen 4(b) Akta (iaitu "menyebut apa-apa perkataan menghasut"), dia boleh dikenakan hukuman (bagi kesalahan pertama) penjara tidak melebihi 3 tahun, denda RM5000 atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan berikutnya, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari 5 tahun.

Andainya orang itu ada dalam miliknya penerbitan menghasut, ia juga adalah satu kesalahan, dan jika dia disabitkan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 18 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan selanjutnya, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun.

Sementara itu, proses tangkapan dan siasatan mengenai kesalahan menghasut ini dijalankan polis, tidak ada pendakwaan boleh dijalankan ke atas mana-mana tertuduh kecuali izin bertulis telah terlebih dahulu diperolehi dari Pendakwa Raya - Seksyen 5. Ini bermakna segala pertuduhan dan pendakwaan kes-kes hasutan akan ditapis dan dinilai terlebih dahulu oleh Peguam Negara (selaku Pendakwa Raya) sebelum sesuatu kes hasutan itu boleh sampai ke mahkamah.

Seksyen 11 Akta ini memberi kuasa kepada mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki telah melakukan, cuba melakukan, menyebabkan atau bersubahat dengan mana-mana orang untuk melakukan kesalahan di bawah Akta ini.

Ini bermakna bahawa tindakan awal memerangi anasir penghasut di negara kita ini adalah tanggungjawab PDRM. Tidak timbul soal bahawa sekiranya seorang itu ditangkap dan disiasat oleh pihak polis kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta ini, ia merupakan tindakan kuku besi Kerajaan Pusat. Menghasut adalah satu kesalahan jenayah biasa, di bawah satu undang-undang yang telah lama wujud. Ia tidak sewajarnya dipolitikkan.

Read more »

Bangga Wujud Laman Mat Kilau


JERANTUT - Usaha Majlis Daerah Jerantut (MDJ) membina Laman Mat Kilau di hadapan Ibu Pejabat Polis Jerantut wajar dipuji kerana memberi maklumat kepada masyarakat mengenai tokoh Pahang yang banyak berjasa.

Penduduk, Mohd Hairizal Yahya, 32, berkata, sebagai warga daerah ini, dia bangga melihat Laman Mat Kilau yang berdiri teguh di tengah bandar, di mana ia mampu meningkatkan semangat cintakan tanah air kepada penduduk di sini.

Menurutnya, Jerantut kaya dengan sejarah peperangan dan pastinya nama Mat Kilau tidak akan pernah terpisah daripada dikaitkan dengan daerah ini.

“Kita sedia maklum daerah ini merupakan bandar tumpuan pelancong yang singgah sebelum bertolak ke Taman Negara. Sebagai penduduk di sini, pastinya saya gembira kerana Laman Mat Kilau mampu menunjukkan kepada pelancong bahawa terdapat ramai tokoh berjasa di daerah ini.


“Kita juga bangga dengan usaha MDJ menceriakan bandar ini. Landskap, papan tanda dan tumbuhan berbunga yang mewarnai persekitaran bandar ini pastinya memberikan imej yang baik kepada pelawat,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hairizal berkata, ketika ini petugas MDJ sibuk memasang papan tanda memaparkan tokoh sejarah tersohor di Pahang yang diabadikan di setiap persimpangan masuk dan keluar bandar Jerantut.

Katanya, nama-nama tersohor seperti Mat Kilau, Pawang Nong, Tok Gajah, Datuk Kurnia Budiman, Ahmad Kotot dan ikon sejarah lain terpampang megah.

“Usaha mengetengahkan tokoh tempatan menerusi projek landskap bandar adalah idea yang sangat bagus kerana secara tidak langsung memaparkan budaya tempatan, di samping menerapkan nilai sejarah kepada generasi muda,” katanya.

Read more »

Sunday, May 26, 2013

Apabila Hati Melayu Sudah Mati


KETEGASAN Menteri Pendidikan mengenai kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), beberapa hari lalu menarik perhatian saya. Kerajaan berpendirian, jika UEC mahu diiktiraf, mereka mesti melakukan pengubahsuaian dan perubahan selaras dengan dasar pendidikan negara dan berpandukan kepada undang-undang dalam Akta Pendidikan Negara. Ini keputusan yang tepat, adil dan sangat bertoleransi. Jika ada tidak bersetuju, carilah negara lain yang boleh bersetuju.

Beginilah sepatutnya cara seseorang negarawan bertindak. Tanpa rasa takut. Cukuplah kita menjadi ahli politik hebat menjelang dan ketika pilihan raya. Apabila telah menang, tibalah masanya bertindak sebagai negarawan. Melihat kepada kepentingan semua, berbanding bangsa, dengan berpaksikan kepada perlembagaan.

Isu pendidikan Cina acap kali dan telah lama dibangkitkan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan sekutunya yang lain seperti seperti Jiao Zong, Dong Jiao Zong, Hua Zong dan berbagai Zong lagi. Nasihat saya, tidak perlu layan permintaan mereka lagi. Sudahlah. Kita sudah beri lebih daripada mencukupi. Apa balasannya?

Memahami

Tidak keterlaluan saya katakan, selagi kita tidak penuhi permintaan mereka, sehingga kucing bertanduk pun mereka akan terus desak dan tuntut. Segelintir Cina tidak akan berpuas hati selagi mana kita tidak memenuhi segala tuntutan kecinaannya. Mungkin tulisan ini terlalu ekstrem, tetapi inilah hakikatnya untuk memahami budaya politik Cina.

Kita selalu mengajak orang lain keluar daripada kepompong rasis. Persoalannya, adakah orang Melayu sahaja yang perlu keluar dari sikap rasis? Kalau Melayu tidak fikir untuk Melayu, adakah orang lain yang diharapkan berfikir untuk masa depan Melayu. Adakah kita mengharapkan orang Cina berfikir untuk Melayu? Jika ada Alhamdulillah. Ia baik untuk pembinaan negara bangsa.

Realiti yang ada, pantang ada sedikit dikaitkan dengan Melayu, akan ditentang habis. Jika diasimilasikan atau disekutukan dengan orang putih, tidak mengapa? Dengan Melayu pantang sekali. Inilah sikap rasis ultra kiasu.

Sebab itulah, ketika majlis angkat sumpah Exco, pembukaan Sidang Parlimen atau DUN, atau apa jua majlis rasmi yang melibatkan raja, tidak ada seorang pun yang memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu). Rata-ratanya memakaikan blazer dan tali leher. Sehingga pakai songkok pun mereka tidak mahu.

Seolah-olah memakai pakaian kebangsaan ini satu penghinaan. Walhal, apa salah, ‘berkorban’ seketika, bukannya tiap-tiap hari, lima tahun sekali atau mungkin setiap kali penggal persidangan Parlimen atau DUN. Hina sangatkah memakai pakaian ini? Sudah sampainya kita wajibkan pemakaian tersebut. Jangan terlalu memberi kebebasan atas nama demokrasi, kita juga yang akan rugi nanti.

Bayangkan jika pakaian etnik masing-masing dibenarkan dalam majlis-majlis sebegini, maka meriahlah, berwarna-warnilah majlis rasmi tersebut seolah-olah pesta pakaian, bukan majlis rasmi. Tidak ada seorang pun kalangan mereka yang akan memakai pakaian kebangsaan. Sedangkan pakaian kebangsaan adalah untuk semua, bukan untuk orang Melayu. Samalah juga pemahaman sekolah kebangsaan untuk semua, bukan untuk orang Melayu.

Saya yakin selepas ini, untuk meraikan orang lain atau memastikan lebih ramai bukan Melayu menyertai, sekolah kebangsaan akan menjadi lebih liberal dan terbuka. Tidak mustahil, ada identiti penting Melayu akan tercabut.

Ini tidak termasuk menunaikan janji-janji PRU-13 baru-baru ini untuk menambah sekolah, memberikan tanah dan banyak lagi tawaran sebagai alasan untuk memancing undi mereka kononnya.

Apakah akan berlaku suatu hari, demi untuk meraikan semua, kita yang berubah menjadi mereka, bukannya mereka yang sepatutnya berubah menjadi kita. Semua dasar mesti disesuaikan untuk mereka, bukan mereka menyesuaikan dengan sesuatu dasar kebangsaan.

Kita mempunyai dasar yang baik, seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. Bila tiba kepada pelaksanaan, selagi sesuatu bangsa itu tidak diraikan, selagi itulah dasar tersebut tidak diterima.

Ultra kiasu selalu berhujah, UEC telah diiktiraf di seluruh dunia, kenapa tidak di Malaysia? Jawapannya, kerana diiktiraf dunialah, menjadikan perangai mereka sanggup menterbalikkan jalur gemilang sebagai protes kepada kemenangan UMNO BN dalam PRU-13 baru-baru ini. Kebanyakan mereka adalah lulusan UEC. Apakah jenis manusia sebegini yang ingin kita lahirkan.

Hidup mati

Banyak negara lain yang tidak tahu berbahasa Cina, negara tersebut tetap maju dan urusan dengan negara China berjalan seperti biasa. Pendek kata, isu bahasa bukan isu hidup mati kemajuan sesebuah negara. Iran begitu aktif berhubung dengan negara China, tidak pula kedengaran, kerajaan Iran mewajibkan rakyat belajar bahasa Cina.

Sebelum PRU-13, Perdana Menteri buat pertama kalinya dalam sejarah telah menjemput Dong Zong untuk berbincang tentang pengiktirafan UEC. PM menyarankan keperluan pelajar dari sekolah aliran Cina untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu kredit kertas Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta dengan UEC, sebagai satu syarat untuk memohon memasuki IPTA. Tawaran sebegini pun sukar diterima? Apa lagi yang Cina mahu? Saya fikir persoalan ini tidak keterlaluan. Ketika kerajaan mula berlembut, adakah budi dibalas?

Permintaan PM ini terlampau kecil jika dilihat kelulusan membenarkan sekolah vernakular beroperasi secina-cinanya. Kenapa tidak dihargai toleransi ini? Mereka tetap bersangka buruk. Pada mereka, jika diberikan penekanan kepada BM, ia akan meninggalkan kesan kepada Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Cina. Pendek kata, mereka mahu penguasaan Mandarin secina-cinanya.

Kehendak mereka tidak mengapa gagal BM, asalnya lulus mata pelajaran lain yang semua diajar dalam Mandarin sebagai kelayakan untuk memasuki IPTA.

Sekarang ini pun, kesan daripada sekolah vernakular, berlaku polarisasi di kampus yang amat ketara. Pergilah ke IPTA. Jangan banding dengan IPTS, kerana majoriti mereka begitu ramai. Pergilah melihat Kolej New Era Kajang yang dipunyai sendiri oleh Dong Jiao Zong dan lulusan UEC mereka. Itupun kerajaan dalam kempen baru-baru ini mahu memberikan pengiktirafan sebagai universiti penuh beberapa kolej Cina di Pulau Pinang. Dengan tawaran ini, adakah mereka simpati dengan kerajaan?

Saya mohon kepada kerajaan sebelum memberikan apa jua kelulusan kepada sekolah atau universiti perkauman ini, buatlah kajian terlebih dahulu. Beri kami geran untuk membuat kajian seperti ini. Ini tidak, sudah kajian tidak dibuat, asyik menyerang orang lain.

Misalnya, kontroversi kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, menyeru kerajaan agar menghapuskan sekolah vernakular atas alasan ia menggugat perpaduan dan punca sokongan kepada pembangkang meningkat, harus dilihat secara positif.

Kedua tokoh ini bersependapat sekolah vernakular menjadi punca perkauman semakin meluas di kalangan masyarakat pelbagai kaum dalam negara. Mereka turut mencadangkan kerajaan mengikut langkah negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang menerima pakai penggunaan bahasa tunggal dalam dasar pendidikan mereka.

Sehingga kini, parti pembangkang dan ultra kiasu tidak habis-habis mengecam kenyataan yang dikatakan tidak bertanggungjawab kedua-dua tokoh tersebut dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

Kenapa harus mangsakan tokoh ini? Buatlah penyelidikan terlebih dahulu untuk melihat kebenarannya. Fikirkan agenda nasional, daripada agenda bangsa. Ultra kiasu menyuruh kita berhenti bercakap soal rasis. Tindak-tanduk mereka lebih rasis daripada orang rasis.

Tidakkah kita sedar kerajaan telah membantu SJKC sehingga menenggelamkan sekolah agama. Persoalannya, adakah guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan ini mengundi UMNO BN? SJKC sebenarnya menjadi lubuk melahirkan lebih ramai ultra kiasu, jika tidak dipantau daripada sekarang.

Bersekongkol

Ingatan saya kepada orang Melayu, jangan menjadi terlalu liberal dan bersekongkol dengan ultra kiasu. Misalnya, pendirian seorang Ketua Pegawai Eksekutif Melayu. Beliau dengan lantang berkata “I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. Nasihat saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah itu. Tidak perlu campur perkara di luar bidang. Kalau tak tahu lebih baik diam. Fikirkan bagaimana cara untuk memanjangkan skirt dan menutup dada pramugari Melayu di syarikat penerbangan murah itu.

Baru-baru ini saya naik muak melihat layanan mereka terhadap Sir Richard Branson, pengasas/pengerusi Virgin Group, yang terpaksa berpakaian pramugari perempuan, anjuran syarikat penerbangan tersebut. Pramugari Melayu dipaksa melayan beliau termasuk mencukur bulu kakinya. Tertanya-tanya saya ke mana hala tuju anak-anak Melayu yang bekerja di sini. Apakah mereka akan menjadi Melayu atau apa?

Sebahagian pramugari Melayu disuruh berlakon seperti kartun mencelup rambut dengan warna putih dan berpakaian seksi semata-mata meraikan orang putih tersebut. Nasihat saya kepada Melayu celup ini, selamatkanlah Melayu-Melayu di sini daripada hancur dan hilang identiti. Majlis tersebut diakhiri dengan mandi arak. Cuba lihat YouTube mereka.

Saya menyeru agar orang Pas menonton sama, kerana dalam Harakah online, saya terbaca Pas begitu memuji Melayu celup ini hanya kerana bermusuh dengan Utusan dan UMNO BN. Nasihat saya kepada Pas, berhati-hati, nanti makan diri. Sokong seseorang bukan kerana marah kepada UMNO. Sokongan hendaklah berasaskan kepada apa yang benar, apa yang salah. Itu baru nama perjuangan Islam. Jika tidak, Pas sama sahaja dengan yang lain.

Ingatlah! Tatkala orang lain semakin kuat Cinanya (atau Indianya), adakah orang Melayu perlu menjadi semakin menjadi liberal atau cair bagi menunjukkan bahawa kita tidak rasis. Jika ini berlaku, Melayu tidak berlaku adil kepada bangsanya sendiri. Melayu telah menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri. Jangan biarkan hati Melayu mati kerana terlalu meraikan orang lain.

PROF MADYA DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH merupakan Ketua Program, Program Pengajian Kenegaraan, Kepimpinan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Read more »

Apabila Melayu Berpecah Belah


APABILA Datuk Seri Najib Tun Razak pada 5 Mei lalu menyifatkan kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah disebabkan tsunami politik pengundi Cina yang dibuat berasaskan polarisasi kaum - ramai pihak khususnya pembangkang menolak andaian itu.

Tetapi jika kita merenung wajah-wajah yang menghadiri perhimpunan haram anjuran pembangkang yang semakin galak diadakan sejak kebelakangan ini, istilah tsunami Cina ada kebenarannya.

Lihat sahaja siapakah yang paling ramai hadir? Di mana-mana sahaja kecuali di Kuala Ibai, Terengganu, hampir 80 peratus yang hadir adalah terdiri daripada kaum Cina.

Mungkin sekali lagi, apa yang penulis katakan ini akan dianggap rasis atau berbaur perkauman, tetapi inilah fakta yang tidak boleh dinafikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Jika suatu ketika dulu, kaum Cina dilihat tidak mahu membuang masa menghadiri perhimpunan haram apatah lagi demonstrasi jalanan tetapi sejak selepas pilihan raya umum lalu senario sudah berbeza.

Malahan mereka juga turut berhimpun bagi membantah penahanan aktivis mahasiswa dan pemimpin pembangkang.

Berdasarkan maklumat yang diterima ada dalam kalangan mereka ini mempunyai keberanian luar biasa apabila sanggup memaki hamun pihak polis dan melemparkan kata-kata berbaur perkauman.

Situasi ini menunjukkan dengan jelas bahawa pembangkang berjaya memainkan peranan mereka untuk mempengaruhi golongan tersebut bagi melakukan bantahan.

Terpedaya

Tambahan pula sebelum pilihan raya, pembangkang sudah menguar-uarkan mereka akan menang pilihan raya kali ini dan menanam keyakinan itu dalam kalangan pengundi Cina. Bagi pembangkang, kalau mereka kalah juga ia bukan kerana kelemahan mereka tetapi disebabkan penipuan oleh BN.

Keadaan inilah yang memungkinkan jumlah kehadiran masyarakat Cina dalam perhimpunan haram pembangkang begitu ramai kerana mereka sudah terpedaya dengan taktik politik kotor pembangkang.

Ia sama seperti mana dikatakan oleh Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong sebelum ini bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berjaya memperkudakan masyarakat Cina menerusi retorik kosong beliau iaitu ‘Ubah’ dan ‘Ini Kalilah’ dalam PRU-13.

Menurut beliau, dengan bantuan parti cauvinis, DAP, masyarakat itu akhirnya termakan janji Ketua Pembangkang tersebut yang kononnya akan melakukan perubahan besar terhadap kehidupan mereka.

“Najib telah melakukan pelbagai perubahan untuk kaum Cina seperti menaikkan taraf empat buah kolej ke universiti termasuk Kolej Han Chiang.

“Najib juga memansuhkan akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi kenapa hanya lapan peratus kaum itu yang mengundi Barisan Nasional (BN)," soalnya.

Malah menurut Lum Yong, tidak cukup dengan itu, pembangkang melalui tentera siber telah bergiat aktif menaburkan penipuan terhadap masyarakat Cina yang rata-rata merupakan pengguna Internet tegar.

Sememangnya perkembangan ini bukanlah sesuatu yang sihat kepada politik negara kerana ia boleh menjurus kepada politik berasaskan polarisasi kaum. Apatah lagi keputusan pilihan raya umum lalu menunjukkan dengan jelas bagaimana yang meraih keuntungan ialah DAP.

MCA yang bertanding di 37 kerusi Parlimen hanya menang lima kerusi sahaja. DAP pula menjadi dominan dalam pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Pas apabila memperolehi 38 kerusi meningkat 10 kerusi daripada pilihan raya umum lalu. PKR pula 30 kerusi dan Pas 21 kerusi.

DAP dan pembangkang cuba menafikan ia ada kaitan dengan tsunami Cina yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri tetapi semua orang tahu siapa yang menjadi sasaran pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN yang UMNO menjadi tunjangnya.

Dan jika kita melihat wajah-wajah yang hadir dalam perhimpunan haram anjuran pembangkang, kita pasti tahu jawapannya.

Mungkin hak mereka untuk menyokong sesiapa sahaja tetapi dalam masa yang sama jangan kerana keghairahan terpengaruh dengan politik kemaruk kuasa pembangkang, keharmonian kaum yang kita bina sejak berpuluh tahun lalu menjadi taruhan. - Utusan Malaysia

Read more »

AirAsia Perlu Diberi Pengajaran


Orang Melayu harus menolak perkhidmatan AirAsia bagi memberikan pengajaran kepada syarikat yang hanya mementingkan keuntungan tanpa menunjukkan sikap prihatin terhadap penumpang agar tidak lagi mengulangi kesilapan lalu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, AirAsia adalah sebuah syarikat yang mempunyai agenda tersendiri dan tidak memberikan perhatian serius terhadap aduan orang ramai kerana sudah selesa dengan kedudukannya yang melakarkan nama di persada dunia.

Menurutnya, kejayaan AirAsia selama ini adalah daripada sokongan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan ke destinasi-destinasi disediakan.

“Namun, keprihatinan yang diharapkan daripada syarikat milik rakyat Malaysia ini adalah sia-sia belaka kerana jelas AirAsia tidak melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya serta gagal menjalankan perkhidmatan cemerlang.

“Sehubungan itu, orang Melayu khususnya, buat pilihan bijak kerana kini sudah banyak syarikat penerbangan menawarkan harga tambang murah berserta layanan terbaik,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tragedi malang yang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan yang dihalang menaiki pesawat pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini dari lapangan terbang Ho Chi Minh baru-baru ini.

Begitu juga dengan keengganan AirAsia membawa pulang jenazah seorang wanita dari Jogjakarta, Indonesia ke negara ini.

Nadzim juga meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan oleh syarikat tersebut yang dipercayai makanan halal dan tidak halal dihidangkan bersama-sama.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Mohamed Izat Emir berkata, AirAsia perlu bertanggungjawab ke atas kesemua penumpang mereka untuk menjadikan syarikat tersebut syarikat penerbangan yang boleh dihormati orang ramai.

“Jika benar apa yang terjadi ke atas mangsa di lapangan terbang Ho Chi Minh baru-baru ini, maka perkara itu tidak wajar berlaku kerana pihak AirAsia perlulah bertanggungjawab menolong mangsa tersebut dengan menyediakan kemudahan seperti hotel dan tambang penerbangan segera.

“AirAsia juga dilihat sering mengubah waktu penerbangan sehingga menyebabkan ramai penumpang terkandas," ujarnya.

Read more »

Saturday, May 25, 2013

PDRM SKMM Akan Gempur Cyber Trooper


Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan 'tentera siber' tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.

"Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti 'Red Bean Army' yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan 'cyber troopers' oleh parti politik dan pihak tertentu.

Bagaimanapun, beliau berkata, prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna.

"Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan 'cyber trooper' seperti 'Red Bean Army' tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media sosial berkenaan yang dikendalikan mereka," katanya.

Beliau berkata, 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan.

Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi, katanya. - BERNAMA

Read more »

share2