Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 28, 2011

Gangguan Bekalan Air DI Raub


Beberapa kawasan di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis ini berikutan kerja-kerja mencuci tangki mendapan di Loji Air Sungai Klau di sini.

Jabatan Bekalan Air Pahang dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan yang terlibat ialah Seluruh Kampung Pintu Padang, Kampung Ulu Gali, Kampung Tok Machang, Kampung Sri Jaya, Klinik dan Kuarters Kesihatan Gali, Kampung SC, PLKN Ulu Benom, Seluruh Sungai Ruan dan Kuarters Polis Sungai Ruan.

"Selain itu, turut terlibat ialah PUSPEN Sungai Ruan, Seluruh Kampung Sungai Klau, Seluruh Sungai Chalit, Seluruh Felda Lembah Klau dan Seluruh RTP Sungai Klau," katanya di sini.

Oleh itu, katanya, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air untuk kegunaan harian dan boleh menghubungi JBA sekiranya memerlukan air untuk urusan kecemasan di talian 09-5739999.

0 comments:

share2