Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 24, 2017

PELUANG KEMBALI BERMUAFAKAT BERSAMA FELDA


asf


Putrajaya - Gunakan sepenuhnya peluang yang diberikan kerajaan untuk kembali bermuafakat bersama Felda.

Itu ingatan ingatan Tan Sri Shahrir Abdul Samad kepada kalangan peneroka yang 'terkeluar' atau tidak bersama organisasi itu.

Katanya, selaku Pengerusi Felda, beliau melihat peluang diberikan itu adalah sangat istimewa dan harus direbut sepenuhnya oleh 17,679 peneroka terutamanya selepas mereka bertindak tidak menghantar hasil kepada Felda dan menyaman organisasi tersebut.

Beliau berkata, ketika pihak terbabit mahu Felda lebih efisien dan fokus kepada tanggungjawab, mereka yang terkeluar juga perlu bersikap adil dan berintegriti sebagai peneroka untuk sama-sama membangun dan memajukan institusi itu sebagai sebuah 'keluarga' besar.

"Sebab itu, kita berusaha menggalakkan 15 peratus peneroka terkeluar ini untuk kembali bermuafakat bersama Felda dalam tempoh enam bulan diberikan kepada mereka.

"Selain berpeluang menikmati enam insentif yang diumumkan hari ini, ia juga secara tidak langsung dapat memperkasakan institusi itu apabila mereka bermuafakat untuk kembali menjual hasil ladang kepada Felda," katanya pada sidang media selepas perasmian sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian sambutan itu bahawa peneroka terbabit diberikan peluang untuk kembali bermuafakat bersama Felda bagi tempoh enam bulan, bermula Ogos depan.

Menurut Najib, peneroka yang kembali bermuafakat layak untuk menerima enam insentif yang diumumkannya hari ini bermula Februari 2018.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata pihaknya sedar antara punca peneroka terbabit tidak bersama Felda ialah kerana tidak mahu melunaskan hutang masing-masing melalui cara tidak menjual hasil kepada organisasi yang biasanya dipotong terus daripada nilai jualan yang dibuat.

“Kita harap tawaran ini dapat mengubah tanggapan mereka terhadap Felda kerana mereka juga harus sedar, hutang tersebut yang majoritinya untuk bantuan sara hidup adalah atas kerelaan peneroka itu sendiri, “ katanya.

Sementara itu, Razali berkata pengumuman itu merupakan satu langkah ke hadapan kerajaan menjaga kebajikan seluruh warga peneroka walaupun pada hakikatnya mereka boleh diabaikan kerana bukan sahaja tidak menjual hasil kepada Felda bagi membolehkan pemotongan hutang dilakukan, malah lebih berat bertindak menyaman organisasi yang mereka bernaung di bawahnya.

Beliau berkata hutang sara hidup dalam kalangan 17,679 peneroka yang tidak bersama Felda ini adalah antara tertinggi di kalangan pemiutang daripada enam skim yang disediakan institusi itu, iaitu melebihi RM80,000 seorang.

"Di Felda, hutang ini tidak dikenakan faedah, manakala bayaran balik hutang dipotong apabila peneroka terbabit menjual hasil kepada Felda...jika tidak jual kepada Felda, bagaimana hutang mereka boleh berkurang," katanya.


0 comments:

share2