Sebanyak 37 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergabung membentuk Gerakan Anti Bersih bagi menentang perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) pada 9 julai ini.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira kesan perhimpunan tersebut yang boleh menggugat keamanan negara dan keselamatan rakyat.
"Tindakan untuk adakan perhimpunan itu (Bersih 2) adalah tidak munasabah. Tidak masuk akal untuk kumpulkan ratusan ribu orang di jalanan semata-mata mahu membentuk pilihan raya yang adil. Jadi, kami akan menentang habis-habisan perhimpunan tersebut. Kami juga akan berkumpul seperti mereka pada 9 Julai nanti kerana bagi kami mereka telah mencabar kedaulatan negara dan tidak harus dibiarkan sahaja," katanya di sini malam ini.
NGO yang terlibat dengan Gerakan Anti Bersih antaranya Perkasa, Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Pemandu Teksi Wilayah Persekutuan, Persatuan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan dan Persatuan Anak Kelantan Wilayah Persekutuan.
BERSIH 2.0 ini sebenarnya bukan bertujuan untuk pilihanraya yang lebih telus tetapi adalah agenda musuh islam untuk menjajah negara Malaysia. Malah CIA dan IRI juga terlibat didalam BERSIH 2.0.
salam harap dapat dilink blog hamba disini....
http://klboyzwangsa.blogspot.com/
Down with Mat Sabu @ Sapu and Ambiga @ Ambigous. They are those who warrant to be ousted of this beautiful and peaceful Malaysia. Send them both to somewhere in African jungle and let them govern their own jungle kingdom..