Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 16, 2014

KUANTAN : SKMM DISARAN CARI MEKANISMA KEKANG SALAHGUNA MEDIA SOSIAL




Kuantan - YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang menyarankan agar SKMM mencari 'mekanisma' bagi mengekang penyalahgunaan media sosial dari menyebar fitnah dan tujuan negatif.

Beliau menyatakan demikian dalam satu sidang akhbar sejurus selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Kolej PSDC pada hari Khamis 14hb Ogos 2014 lalu.

Mengulas mengenai cadangan Menteri mengenai penutupan aplikasi Facebook, beliau menyatakan itu hanya cadangan menteri berkenaan namun mengesahkan kenyataan terkini kerajaan tidak berhasrat melakukannya.

Dalam ucapannya sebelum itu beliau menyatakan bahawa Kerajaan Negeri komited meningkatkan capaian internet ketahap 67.2% pada tahun ini berbanding 60.8% pada tahun sebelumnya berdasarkan peruntukan Kerajaan sebanyak RM1.5 billion.

Sekurang-kurangnya 10 menara pemancar akan dapat dibina disetiap daerah di Negeri Pahang yang akan mampu memberikan kesan liputan internet yang lebih baik. Bagaimanapun, pengunaan internet perlulah diiringi dengan rasa tanggungjawab agar tidak berlaku penylahgunaan termasuk menyebar berita palsu dan fitnah yang boleh menguggat keharmonian kaum.


0 comments:

share2