Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 28, 2011

JASA DAN RISIKO PENGAWAL KESELAMATAN




Tugas anggota polis sebagai pegawai keselamatan bukanlah mudah kerana mereka sentiasa menghadapi risiko dalam menjalankan tugasnya. Justeru, apabila ada pihak yang memperlekehkan tugas-tugas pegawai keselamatan ianya adalah satu tanggapan dan perbuatan yang dianggap kurang moral.

Pihak pembangkang selalunya memberikan tangapan negatif terhadap anggota keselamatan selama ini. Ketika berlaku rusuhan seperti 'Bersih' tidak lama dulu, anggota polis dikecam kononnya berlaku ganas terhadap demosntrasi aman yang mereka lakukan.

Namun hakikatnya adalah sebaliknya dimana para penunjuk perasaan telah bertindak keterlaluan dan mengkasari anggota keselamatan sama ada dengan untuk mencederakan mereka atau hanya sebagai provokasi. Namun apabila pihak keselamatan bertindak mempertahankan diri mereka maka anggota polis dituduh bersikap kasar.

Apakah kita hanya harus bertindak dengan terlalu bersopan dan halus untuk menangani tindakan kasar dan tanpa kawalan para penunjuk perasaan berkenaan yang ketika itu sudah hilang akal? Sesungguhnya jika tiada tindakan tegas dan keras pasukan keselamatan kita selama ini sudah tentu negara kita jadi sebagaimana di Mesir dimana perusuh telah menguasai dan menghancurkan keamanan negara.


Dua pegawai polis cedera ditetak parang
Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my
2011/12/28

YAN: Dua pegawai polis berpangkat inspektor, cedera termasuk seorang daripadanya parah apabila ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman ketika mereka ingin menyerahkan notis saman kepada suspek di sebuah rumah di Kampung Gelam Dua, Alor Pudak, Bukit Besar, dekat sini, semalam. 

Dalam kejadian pada kira-kira jam 12 tengah hari itu, Mohd Firdaus Zainal, 26, dilaporkan parah di kaki kirinya akibat tetakan itu, manakala rakannya Marafendi Marzuki, 20-an, cedera ringan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, kedua-dua mangsa bersama 10 anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan pergi ke rumah suspek di Kampung Gelam Dua, Yan bagi menyerahkan notis saman berhubung satu kes jenayah berkaitan khianat dan merosakkan harta benda yang dipercayai dilakukan lelaki berusia 45 tahun itu tahun ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan merosakkan harta benda. Bagaimanapun, setibanya anggota polis ke rumah lelaki itu dia terus menyerang dan mengejar anggota polis dengan parang sambil memecahkan cermin sebuah kereta polis yang dianggarkan kerugian bernilai RM3,000. 

“Kemudian berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek sehingga suspek menetak kaki kiri mangsa di luar rumahnya. 

“Seorang lagi pegawai polis yang cuba membantu turut cedera di badan akibat bergelut dengan suspek," katanya selepas melawat mangsa di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu. 

0 comments:

share2