Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 22, 2016

BILAL REBAH SAAT MAHU LAUNGKAN IQAMAT


Bilal rebah saat mahu laungkan iqamat



Butterworth - Mati itu pasti, indahnya saat-saat kematian seorang lelaki yang juga bilal sebuah masjid di Teluk Air Tawar ini apabila menghembuskan nafas terakhir ketika baru hendak melaungkan iqamat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, Mohd Radzi Othman,78, menghembuskan nafas ketika baru hendak melaungkan iqamat.

Mangsa yang ketika itu baru lepas mengambil wudhu dilihat memegang dadanya berulang kali sebelum rebah ruang solat masjid itu.

Jemaah yang berada dalam masjid terkejut dengan kejadian tersebut lantas mendapatkan arwah.

Mohd Radzi bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan yang tiba di tempat kejadian.

Jenazah Mohd Radzi kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Air Tawar malam tadi.


0 comments:

share2