Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 31, 2019

[KUANTAN] 20 KANAK-KANAK TERIMA BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH







Adik Mohammad Amirul Bin Mat Zaki bersama 19 kanak-kanak antara penerima bantuan Jom Ke Sekolah yang telah diraikan oleh Pengerusi MPKK Kg Tgh/Kg Jawa En. Md Jamil Bin Pauzi.

Ibu kepada adik Amirul merupakan ibu tunggal dan tidak bekerja malah adik Amirul juga telah disahkan menghidap kanser tahap 1.




Majlis penyerahan ini telah diadakan di Pasaraya Hari-Hari Transit point pada petang tadi. Turut sama hadir pada majlis berkenaan barisan Jawatankuasa MPKK Kg Tengah/Kg Jawa.

Bantuan ini disampaikan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang menetap di sekitar Kg Tengah dan Kg Jawa, Kuantan.

Program ini bukan pertama kali diadakan malah telah berlangsung pada setiap tahun dan akan diteruskan sampai bila-bila kata Md jamil sewaktu ditemubual.

Read more »

[KUANTAN] 30 PERATUS PREMIS DI PAHANG GAGAL PAMER TULISAN JAWI - EXCO







Kerajaan Pahang mendapati masih terdapat peniaga di negeri ini gagal mempamerkan tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di premis perniagaan meskipun pelaksanaannya bermula esok.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Abdul Rahim Muda berkata, setakat ini hanya 70 peratus yang sudah mematuhi arahan berkenaan manakala 30 peratus lagi dilihat gagal berbuat demikian.

Menurutnya, data tersebut diperoleh hasil pemantauan yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ekoran arahan daripada kerajaan Pahang.

"Saya bersama PBT telah membuat pemantauan dan pemeriksaan di semua premis perniagaan di sekitar daerah ini mendapati sebanyak 30 peratus peniaga gagal memasang dan mempamerkan tulisan jawi.

"Kebanyakan yang ingkar arahan adalah peniaga Melayu dan mereka mempunyai tempoh beberapa jam lagi bagi melaksanakan arahan pelaksanaan tulisan jawi di semua papan tanda dan iklan premis perniagaan," katanya pada sesi sidang media di Cafe Hotel Shahzan Inn di sini hari ini.

Dalam pada itu Abdul Rahim berkata, pihaknya akan menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap semua premis perniagaan yang gagal mempamerkan tulisan jawi mulai esok.

Jelasnya, peniaga yang ingkar arahan tersebut boleh dikompaun sehingga RM250 bagi satu kesalahan.

"Apabila kompaun dikeluarkan dan mereka masih enggan mematuhi, tindakan pembatalan lesen akan dikenakan terhadap mereka.

"Kita serius dan tidak akan berkompromi kerana tempoh yang diberi sudah lama," katanya.

Selain itu Abdul Rahim berkata, pelekat tulisan jawi yang dilekatkan pada papan tanda dan iklan perlu lebih besar daripada tulisan rumi supaya dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai selain diletakkan di bahagian atas.

Katanya, bagaimanapun terdapat segelintir peniaga tidak mematuhi standard tulisan jawi seperti ditetapkan oleh PBT.

"Jadi, kita minta peniaga menyemak tulisan jawi yang dilekatkan itu agar ia jelas dilihat dan dipamerkan pada bahagian atas papan tanda terbabit," katanya.


Read more »

KITA PUNYA IMPIAN, MALAYSIA PUNYA MASA DEPAN






Telah terbit fajar 2020 hari ini. Telah kita tinggalkan 2019. Bersama fajar yang menyingsing, terbitlah impian baru dalam sanubari kita.

Yang dinamakan impian itu, tidak pernah menua. Adalah lumrah, kita senantiasa hidup dengan menyimpan impian. Tanpa impian, kita kehilangan motivasi, hala tuju dan semangat untuk hidup.

Sekalipun impian kita berlainan dan pelbagai, sudah tentu setiap dari kita mempunyai impian untuk tanah air. Impian kita, semoga 2020 ini menjadi tahun yang menyaksikan Malaysia bukan sahaja terus mempunyai masa depan. Tetapi masa depan yang lebih baik dan terjamin.

Terjamin kemakmurannya. Terjamin keselamatan dan keutuhannya. Terjamin mutu hidup dan keberadaan sosial masyarakatnya. Terjamin, dari terus dimungkiri oleh pemimpin yang dusta dan tidak berlaku benar.

Kita mahukan jaminan, bahawa semua janji pemerintah untuk tanah air, mesti dilaksanakan dan dilunaskan. Kerana nilai kepada harga diri manusia itu, ialah pada janji yang ditunaikan.

Jaminan masa depan Malaysia yang lebih baik tidak memerlukan pidato yang inspiratif. Tetapi kerja keras, idea yang tulen, keeratan kerjasama semua serta fokus yang tidak berbelah bahagi.

Untuk Malaysia nan satu-satunya ini, marilah kita pastikan apa sahaja impian kita, menjadi impian nyata.

Impian nyata bahawa kita memilih perpaduan dan bukan perpecahan untuk masa depan Malaysia.

Impian nyata bahawa kita mendukung perkongsian kesejahteraan dan bukan membenarkan kesenjangan melebar.

Impian nyata bahawa kita mahukan Malaysia sebagai sebuah bangsa, bukan wilayah terpecah.

Impian nyata bahawa semua bakat dan potensi mesti dibongkar dan diupayakan dengan sebesar-besar ikhtiar, bukan dipinggirkan tanpa rasa kehilangan.

Impian nyata bahawa lingkungan Malaysia ini, mesti dimajukan dengan lestari, demi kesejahteraan warganya, bukan dinodai oleh kerakusan kaum pemodal yang hanya mengejar nama dan kuasa ringgit.

Semoga kita dan tanah air ini akan menjadi lebih baik, insya-Allah.

Selamat tahun baru 2020 Malaysia!

Mohamed Khaled Nordin(MKN)
Naib Presiden UMNO


Read more »

SUDAH JANGKA PH TANGGUH PSP... BEGINILAH JIKA UTAMAKAN POLITIK POPULIS







Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membuat kajian mendalam sebelum sesuatu perkara hendak diluluskan.

Beliau berkata demikian berikutan langkah PH memutuskan bahawa pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang sepatutnya bermula pada 1 Januari tahun depan akan ditangguhkan.

“PSP tangguh lagi. Namun kita sudah jangka, dan beginilah jika segala dasar atau polisi dibuat tanpa kajian mendalam dan lebih mengutamakan politik populis.




“Kerana itu saya minta Kerajaan PH terutama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna buatlah kajian memdalam sebelum sesuatu perkara hendak dilakukan,” katanya dalam kenyataan pendek berkaitan isu tersebut di laman Facebooknya, semalam.

Kemudian tegasnya yang juga Ahli Parlimen Lenggong, jangan lupa bahawa rakyat dan kepentingan negara mesti diutamakan.

Dilaporkan, dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan PSP tidak diteruskan sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.

Alasannya adalah bagi memberi ruang untuk sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini dan juga bagi proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh kementerian kewangan.


Read more »

Monday, December 30, 2019

PH PERLU UTAMAKAN TABUNG HAJI, ZAMAN NAJIB SENTIASA PASTIKAN SUBSIDI TIDAK TERJEJAS





Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa ingat tujuan utama penubuhan Lembaga Tabung Haji untuk rakyat.

Katanya, penubuhan Lembaga Tabung Haji sejak awal penubuhannya 1969 adalah untuk membantu memudahkan dan menguruskan segala aspek yang menyentuh urusan Haji rakyat Malaysia.

“Justeru, diharapkan Kerajaan PH terutamanya menteri bertanggungjawab, Kekanda YB Dr Mujahid Yusof Rawa harus sentiasa diperingatkan bahawa tujuan utama penubuhan Lembaga Tabung Haji sejak awal penubuhannya 1969 adalah untuk membantu memudahkan dan menguruskan segala aspek yang menyentuh urusan Haji rakyat Malaysia.

“Ini termasuklah menguruskan dana umat Islam ini dengan baik bagi membolehkan sebahagian keuntungan Tabung Haji dimanfaatkan untuk membantu mengurangkan bebanan jemaah melalui penawaran subsidi dan penyediaan perkhidmatan terbaik pada kadar yang terendah,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya.

Jelas beliau, antara perkara yang diberikan keutamaan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi Perdana Menteri adalah sentiasa memastikan Tabung Haji dapat menyediakan subsidi bagi mengurangkan bebanan jemaah Haji, walaupun jumlah kos subsidi hampir mencecah RM400 juta setahun.

“Untuk rekod sudah lebih 10 tahun, kadar yang perlu dibayar jemaah Haji Malaysia hanyalah RM9,980 berbanding kos sebenar yang sudah mencecah RM22,900.

“Seingat saya ketika berada dalam pentadbiran Kerajaan lama, pernah tiga kali Pengurusan Lembaga Tabung Haji memohon untuk dinaikkan caj Haji kepada jemaah. Namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada waktu itu tidak pernah bersetuju dan sentiasa memperingatkan mengenai matlamat penubuhan Tabung Haji.

“Waktu itu kerajaan membantu Tabung Haji dengan memberikan peluang-peluang perniagaan, pelaburan dalam pelbagai sektor termasuk hartanah bagi memastikan Tabung Haji punya kekuatan kewangan yang mantap dan perolehi keuntungan yang optimum bagi meneruskan usaha membantu rakyat khususnya jemaah Haji,” katanya lagi.


Read more »

[KUANTAN] LARANGAN AKTIVITI RIADAH MENDAKI BUKIT DIKUATKUASA HINGGA 20 JANUARI 2020





KUANTAN - Peraturan larangan bagi aktiviti mendaki bukit, gunung dan riadah di pusat rekreasi di Pahang sepanjang musim Monsun Timur Laut ketika ini masih berkuatkuasa walaupun keadaan cuaca baik.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Kanan Bomba 1, Ismail Abdul Ghani berkata, kawasan-kawasan rekreasi biasanya di bawah seliaan agensi yang bertanggungjawab termasuk aspek pengendalian dan keselamatannya.

Menurutnya, agensi yang bertanggungjawab biasanya akan mendapatkan nasihat daripada agensi-agensi lain yang berkaitan sebelum membuat keputusan untuk membuka semula pusat rekreasi kepada awam.

"Secara umum Monsun Timur Laut masih belum tamat kerana biasanya ia hanya akan berakhir pada penghujung Januari.

"Kami berpandangan semua agensi masih lagi dalam keadaan siap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan akibat monsun ini," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada orang ramai boleh meneruskan aktiviti riadah di hutan dan bukit seperti aktiviti pendakian dalam keadaan cuaca baik ketika ini.


Katanya, pihaknya berharap semua operator pusat-pusat rekreasi mengutamakan aspek dan risiko sebelum membuat keputusan memulakan operasi.

Pada 20 November lalu, peraturan larangan bagi aktiviti mendaki bukit, gunung dan riadah di pusat rekreasi di negeri ini sepanjang musim Monsun Timur Laut dikuatkuasakan sehingga 20 Januari 2020 atau satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sallehuddin Ishak dalam kenyataan berhubung penguatkuasaan larangan itu sebelum ini berkata, tindakan itu mengambil kira kemungkinan dan kesan buruk yang boleh berlaku.

Larangan aktiviti pendakian bukit atau gunung sama ada secara persendirian atau berkumpulan turut tertakluk melibatkan kawasan yang dikawal oleh pihak kerajaan negeri.



SUMBER: 

Read more »

Sunday, December 29, 2019

[KUANTAN] YAYASAN PAHANG BELANJA RM1.2 BILION BANTU RAKYAT PAHANG







Yayasan Pahang membelanjakan RM1.2 bilion bagi tujuan dana bantuan dan program-program amal sejak beroperasi pada 1983 hingga kini.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang, Datuk Dr Ahmad Syukri Ismail berkata, jumlah yang dibelanjakan itu telah memberi manfaat kepada 1.5 juta warga Pahang.

"Jumlah itu dijangka akan terus meningkat dan lebih ramai lagi warga Pahang akan mendapat kebaikan, seiring matlamat penubuhan yayasan ini.

"Selain bantuan dalam bentuk kewangan dan biasiswa, Yayasan Pahang juga menganjurkan banyak program amal seperti Program Khatan Perdana dan program amal gunting rambut percuma yang menjadi acara tahunan pada musim cuti persekolahan dan menjelang pembukaan sesi baharu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Program Gunting Rambut Amal Yayasan Pahang 2019 di lobi Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur di sini semalam.

Seramai 180 anak-anak pelajar terlibat dalam program pada hari ini terdiri daripada pelajar sekolah terutama anak-anak yatim dalam kalangan masyarakat orang asli Kampung Sungai Soi, Flat Pak Mahat dan anak-anak dari Rapha Child Home dan penduduk sekitar yang akan memulakan sesi persekolahan baharu pada 2020.

Dr Ahmad Syukri berkata, program itu juga diharap dapat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam menguruskan keperluan persekolahan anak-anak serta mengeratkan silaturahim sesama masyarakat.

Program kali kedua itu dijalankan dengan kolaborasi rakan strategik Yayasan Pahang iaitu Giatmara Sungai Soi, Kuantan, Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturahim Pahang (Ukhwah) serta Pasaraya Ten Ten yang menyediakan baucar baju dan peralatan sekolah bernilai RM100 kepada setiap pelajar.



Read more »

JUAL NEGARA KEPADA CHINA, PH GAGAL LIHAT KEPENTINGAN NEGARA






Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO ( MKT) Datuk Mohd Razlan Rafii mengesa agar Kerajaan memantau keluar masuk pelancong China ke negara ini dan memastikan mereka semua keluar dari Malaysia seperti yang putuskan tidak lebih 15 hari.

Katanya, satu dokumen mewartakan kemasukan pelancong China tanpa visa telah diluluskan oleh Peguam Negara dan dokumen ini telah disahkan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjalankan fungsi-fungsi Menteri KDN.


Selain itu, jelasnya Laporan Audit Negara 2018, menyatakan, tiada laporan Keluar seramai 95% pelancung China dan ini melibatkan hampir 100,000 orang.

“Ini adalah satu kebimbangan negara terhadap tindakan Kerajaan PH apabila meluluskan kemasukan pelancong China tanpa visa walaupun sedar bahawa masalah pelancong warga China tidak meninggalkan negara ini amat tinggi,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Tegasnya, ianya lebih merisaukan lagi apabila seramai 1.26 juta pelancong warga China sedang menunggu proses visa pada tahun lepas.

“Tindakan secara halus Kerajaan PH yang didalangi oleh Dap yang mahu memasukan warga China sebagai warganegara Malaysia telah lama dihidu, apabila AG memihak kepada Kerajaan PH tanpa melihat kepada kepentingan negara, apa pun kes yang dibawa akan di gugurkan demi menjaga kepentingan PH,” katanya dalam kenyataan berkaitan isu ini.

Katanya, tidak ada jaminan oleh Kerajaan PH dimana dapat memastikan mereka ini keluar dari Malaysia, ianya kerana sistem yang ada adalah sistem yang sama.

“Penguatkusaan juga lemah dan tidak mampu untuk mengusir pelancong warga China yang ‘overstay’.

“Apa yang dilakukan oleh Kerajaan PH hari ini ibarat menjual negara kepada Warga Cina tanpa melihat apakah implikasi kepada negara, memang benar kita mahukan pelancong yang ramai untuk menjana hasil negara, namun ianya akan lebih merugikan negara sekiranya pengurusan menghantar pulang pelancong ini lebih ramai dimasa akan datang, lebih kronik sindikit jual kad pengenalan sedang berleluasa,” katanya lagi.


Read more »

PH DAKWA BERJAYA TUNAI 75 PERATUS JANJI PTPTN... ORANG MUNAFIK KUAT MENIPU






Baru-baru ini Pengerusi PTPTN berjaya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ‘berjaya’ tunai 75 peratus janji PTPTN.

Sehubungan itu, Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil mempersoalkan yang lagi 25 peratus yang tidak tunai itu apa?


“Sejak PRU-13, mereka (PH) janji hendak hapus PTPTN. Namun sehingga kini selepas mereka menang pilihan raya, mereka masih tidak tunai janji ini tetapi memberi pelbagai alasan dan dolak dalih seperti kononnya itu janji PRU-13 bukan PRU-14, samalah seperti alasan tidak tunai janji minyak RM1.50 Rafizi,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau.

Bidasnya, janji PRU-14 untuk tangguh pembayaran PTPTN sehingga gaji RM4,000 pun tidak ditunai, apakan lagi janji untuk hapus PTPTN.

“Orang-orang munafik memang kuat berjanji dan suka menipu,” katanya lagi.


Read more »

Friday, December 27, 2019

[KUANTAN] ISU PENEROKAAN HARAM CAMERON HIGHLANDS: KERAJAAN NEGERI MASIH LAGI BERTOLAK ANSUR





Menteri Besar Pahang YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk hentikan penguatkuasaan selama 3 hari dalam seminggu iaitu pada hari Jumaat, sabtu dan ahad. ini adalah untuk memberi ruang dan peluang untuk pekebun haram membawa keluar peralatan agar tidak musnah semasa proses pembersihan. 

Tetapi mereka tidak dibenarkan berada semasa penguatkuasaan dijalankan iaitu pada isnin, selasa, rabu dan khamis kerana faktor keselamatan.

YAB Menteri Besar juga berkata ini akan berterusan sehingga proses penguatkuasaan berakhir yang akan memakan masa lebih kurang sebulan lagi.

Penguatkusaan ini dijalankan adalah untuk tujuan kelestarian Cameron highlands dan juga untuk mengelakkan pencemaran air di cameron Highlands yang digunakan oleh lebih kurang 30 ribu orang, berkata ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek sumbangan Kerajaan Negeri.

Pada majlis berkenaan YAB Menteri Besar Pahang telah menyerahkan cek sumbangan Kerajaan Negeri kepada 20 penerima yang terdiri dari individu dan juga NGO yang berjumlah keseluruhan RM120.280.00



Daripada 20 penerima itu 18 penerima adalah dari masyarakat kaum india di Negeri Pahang. Sumbagan itu telah disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Pahang.



Read more »

Thursday, December 26, 2019

SUNGAI ICHAT AKAN BEKAL AIR KEPADA DAERAH CAMERON HINGLANDS





KUANTAN : - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) merancang untuk mendapatkan bekalan sumber air dari Sungai Ichat di Cameron Highlands bagi memastikan kuantiti air mentah mencukupi untuk kegunaan di daerah itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, ini berikutan bekalan air dari Sungai Terla sudah tidak mampu menampung keperluan semasa apabila Loji Rawatan Air (LRA) Kuala Terla hanya mampu membekalkan 68 peratus kegunaan air mentah kepada penduduk di daerah Cameron Highlands.


Sehubungan itu, pihaknya merancang melakukan 'river diversion' dengan Sungai Terla pada suku kedua 2020.


"Justeru, air mentah dari Sungai Ichat amat diperlukan bagi memastikan kuantiti air mentah yang mencukupi dan stabil, sekali gus dapat disalurkan kepada penduduk di daerah itu," katanya dalam satu kenyataan dipetik dalam laman sosial Facebook rasmi Paip hari ini.


Saiful Zaini berkata, kerja-kerja pembersihan di kawasan Sungai Ichat telah dilakukan dan kualiti air mentah di sungai terbabit semakin pulih.


Jelasnya, justeru pemantauan kualiti air mentah akan dilakukan oleh pihaknya pada setiap minggu secara berkala.


Sementara itu, mengulas isu pengusiran 60 pekebun sayur di kawasan terbabit, Saiful Zaini berkata, Paip menyokong penuh tindakan yang diambil kerajaan Pahang dalam isu penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands.


Katanya, tindakan sedemikian sebenarnya dapat menjamin kelestarian sumber bekalan air sejagat khususnya di Sungai Ichat.



"Sebagaimana umum tahu, sumber air yang bersih, selamat dan mencukupi dapat menjamin kehidupan sempurna dan pembangunan yang mampan kelak," katanya.

Read more »

Wednesday, December 25, 2019

DONG ZONG BERHENTI BERSIKAP RASIS






Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menggesa Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) untuk berhenti dari bersikap rasis.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata setiap kali pertubuhan ini buka mulut, pasti akan menyakitkan hati ramai pihak, bukan sahaja orang-orang Melayu tetapi kaum-kaum yang lain turut tidak bersetuju dengan mereka.

“Jika hormati teguran Perdana Menteri kenapa persidangan anti tulisan Jawi masih mahu diteruskan? Adakah mereka jadi lebih berani apabila Dap sudah berkuasa dalam kerajaan sekarang?” soal beliau dalam satu kenyataan pendek menerusi Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengingatkan Dong Zong bahawa penganjuran kongres membantah pengenalan pembelajaran jawi di sekolah vernakular boleh mencetuskan kekacauan dan dibimbangi akan menyebabkan pihak tertentu bertindak balas.

Sebelum itu Dong Zong dilapor menggesa pertubuhan Cina lain mendaftar untuk menghadiri kongres berkenaan, bagi menyuarakan bantahan terhadap pengenalan pelajaran jawi di sekolah vernakular.

Kongres itu dijadual berlangsung di Kolej New Era di Kajang pada 28 Disember ini, dengan matlamat kononnya untuk menjaga kedaulatan pihak lembaga sekolah vernakular.

Isu pembelajaran jawi sebelum ini mencetuskan perbalahan pelbagai pihak sehingga mengheret ke kancah perkauman.


Read more »

Tuesday, December 24, 2019

ISU TADAHAN AIR KUALA TERLA: TINDAKAN BERLANDASKAN 'RULE OF LAW' , DEMI KELESTARIAN ALAM DAN RAKYAT





Susulan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak berkaitan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan ke atas penerokaan secara haram di kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom Daerah Cameron highlands, Kerajaan Negeri Pahang menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah berlandaskan kepentingan umum bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan kepentingan rakyat sentiasa dipelihara.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memastikan segala tindakan penguatkuasaan yang telah dan akan diambil mematuhi segala perundangan yang berkuatkuasa serta berlandaskan ‘rule of law’.

“Buktinya, tindakan meroboh yang telah dilaksanakan di Sungai Ichat sebelum ini telah dihentikan apabila Peneroka-Peneroka telah memperolehi perintah untuk injunksi interim bertarikh 11 Mac 2019 daripada Mahkamah Tinggi Kuantan.



“Walaubagaimanapun, Plaintif-Plaintif dalam saman pemula ini telah menarik balik permohonan mereka di mahkamah dan memberhentikan tindakan saman tersebut pada 30 September 2019,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Sallehuddin, bagi memastikan kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom Daerah Cameron Highlands itu terus terpelihara, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 13 Mac 2019 telah meluluskan pewartaan kawasan terbabit seluas 121.12 hektar (300 ekar) sebagai Hutan Simpan Sungai Ichat.

“Aktiviti kawalan termasuk penjagaan dan penanaman pokok hutan bagi fasa satu telah dilaksanakan oleh Pejabat Perhutanan Negeri Pahang sebaik sahaja tindakan penguatkuasaan selesai dijalankan.

“Kerajaan Negeri Pahang juga komited untuk meneruskan tindakan penguatkuasaan ini dan tidak akan berkompromi demi memastikan kelestarian serta kesejahteraan rakyat di daerah Cameron Highlands dapat di realisasikan,” tambahnya.

Berikut merupakan kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkaitan Isu Tindakan Penguatkuasaan Yang Dilaksanakan Di Kawasan Tadahan Air Kuala Terla Berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom Daerah Cameron Highlands.

SUSULAN beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak berkaitan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan ke atas penerokaan secara haram di kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom Daerah Cameron highlands, Kerajaan Negeri Pahang menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah berlandaskan kepentingan umum bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan kepentingan rakyat sentiasa dipelihara.

Bagi kawasan ini sejumlah 11 penerokaan haram terlibat bagi peringkat pertama dan 37 penerokaan bagi peringkat kedua. Keseluruhan kawasan terlibat adalah 121 hektar (300 ekar) di mana 24 hektar (60 ekar) bagi peringkat pertama dan 97 hektar (240 ekar) bagi peringkat kedua. Tindakan diambil di bawah peruntukan Seksyen 425(1) Kanun Tanah Negara 1965 kerana menduduki tanah kerajaan tanpa izin sejak tahun 2009.

Notis mengosongkan telah dikeluarkan sejak 19 Ogos 2009 tetapi aktiviti penerokaan tanpa izin masih diteruskan selepas itu. Notis selanjutnya bagi peringkat pertama telah dikeluarkan pada 18 Februari 2019 dan tindakan penguatkuasaan peringkat pertama melibatkan 11 kawasan penerokaan telah dilaksanakan bermula 25 Februari sehingga 19 Mac 2019. Notis pengosongan peringkat kedua kepada baki 37 penerokaan tanpa izin telah dikeluarkan pada 14 mac 2019.

Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memastikan segala tindakan penguatkuasaan yang telah dan akan diambil mematuhi segala perundangan yang berkuatkuasa serta berlandaskan ‘rule of law’.

Buktinya, tindakan meroboh yang telah dilaksanakan di Sungai Ichat sebelum ini telah dihentikan apabila Peneroka-Peneroka telah memperolehi perintah untuk injunksi interim bertarikh 11 Mac 2019 daripada Mahkamah Tinggi Kuantan. Walaubagaimanapun, Plaintif-Plaintif dalam saman pemula ini telah menarik balik permohonan mereka di mahkamah dan memberhentikan tindakan saman tersebut pada 30 September 2019.




Sejajar dengan keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke Daerah Cameron Highlands pada 7 September 2019, Baginda turut menitahkan agar semua pihak menghentikan segera pencerobohan di kawasan tadahan air Kuala Terla khususnya Sungai Ichat di bawah Mukim Ulu Telom.

Keprihatinan yang tinggi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap isu alam sekitar di Cameron Highlands terutama di Sungai Ichat tidak dapat dinafikan apabila Baginda Tuanku berkenan mencemar duli meninjau tapak pencerobohan Sungai Ichat di Kuala Terla pada tarikh yang sama.

Susulan dengan itu juga, Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 14 Oktober 2019 memutuskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Dan Pasukan Gerak Am PDRM (PGA) diatur gerak dan ditempatkan di daerah Cameron Highlands bagi membantu usaha mengekang aktiviti pencerobohan serta menunjukkan keberadaan (show of presence) anggota keselamatan.

Selanjutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highlands yang dipengerusikan bersama oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Pahang pada 9 Disember 2019 telah bersetuju agar Ops Lestari 2 diteruskan dan penempatan pasukan keselamatan ATM dan PGA ke daerah Cameron Highlands bermula 16 Disember 2019.

Bagi memastikan kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom Daerah Cameron Highlands ini terus terpelihara, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 13 Mac 2019 telah meluluskan pewartaan kawasan terbabit seluas 121.12 hektar (300 ekar) sebagai Hutan Simpan Sungai Ichat.

Aktiviti kawalan termasuk penjagaan dan penanaman pokok hutan bagi fasa satu telah dilaksanakan oleh Pejabat Perhutanan Negeri Pahang sebaik sahaja tindakan penguatkuasaan selesai dijalankan.

Kerajaan Negeri Pahang juga komited untuk meneruskan tindakan penguatkuasaan ini dan tidak akan berkompromi demi memastikan kelestarian serta kesejahteraan rakyat di daerah Cameron Highlands dapat di realisasikan.

Loji air Kuala Terla adalah Loji air yang terpenting dan terbesar menyalurkan lebih 70% kepada keperluan air bersih di Cameron Highlands (meibatkan 8,332 akaun). Loji ini mempunyai ‘design flow capacity’ air mentah sebanyak 855m3/jam.

Tetapi buat masa ini, Sungai Terla hanya mampu menyediakan 580m3/jam dan kadangkala berkurangan. Aliran air mentah kini sudah tidak mampu menampung keperluan semasa dan pembangunan akan datang di Cameron Highlands buat masa terdekat ini.

Justeru, untuk meningkatkan lagi jumlah aliran air mentah,maka air mentah dari Sungai Ichat amat diperlukan.

Berdasarkan pemantauan oleh Perbadanan Air Pahang (PAIP) kualiti air di Sungai Ichat telah mula pulih selepas tindakan penguatkuasaan diambil dan kerja-kerja pembersihan dilakukan hampir setiap minggu oleh pihak PAIP.

Berdasarkan perancangan semasa, pihak PAIP bercadang untuk melakukan pengalihan Sungai Ichat untuk bercantum dengan Sungai Terla bermula suku tahun kedua tahun 2020 sebagai mana rekabentuk asal pembinaan loji air Kuala Terla.

Tindakan ini diharapkan akan dapat meningkatkan dan menstabilkan aliran air mentah untuk kegunaan di loji air Kuala Terla.


Read more »

MUFTI PAHANG:: BOLEH SUMPAH LAKNAT JIKA TIADA PILIHAN



Mufti Pahang Dr Abdul Rahman Osman berpandangan sumpah laknat yang dilakukan bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Katanya, istilah sumpah laknat (li'an) dan "mubahalah" terdapat dalam Islam, bagaimanapun dalam melaksanakannya ia harus melihat kepada situasi.

"Sebenarnya istilah itu ada dalam syarak, mubahalah istilah yang ada, tinggalnya lagi untuk mengamalkannya. Ada waktu sesuai, ada waktu tak sesuai, tetapi tidak bercanggah dengan syarak.

"Bagi orang ramai tidak sesuai (untuk sumpah laknat), kalau tidak sikit-sikit mahu bersumpah. Bagi pemimpin tertentu mungkin sesuai kalau tiada pilihan.
Iklan


"Kalau negara kita mengamalkan hukum syarak mungkin boleh, tapi negara kita melaksanakan perundangan sivil, semolek-moleknya tak perlu bersumpah, tetapi kalau dah tak ada pilihan (boleh bersumpah)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


Jumaat lalu, Najib melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru bagi menafikan pembabitannya dalam pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sumpah laknat itu dibuat selepas bekas pegawai polis, Azilah Hadri yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya membuat dakwaan mengejutkan melalui Sumpah Berkanun (SD) dari Penjara Kajang.

Banduan yang sedang menunggu hukuman gantung itu mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada Najib (ketika kejadian merupakan timbalan perdana menter) dan rakan rapatnya, Abdul Razak Baginda.

Dalam pengakuan julung-julung kalinya itu, Azilah mendakwa dia dan pegawai polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan “shoot to kill” (tembak mati) sebagai anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis.

Semalam, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad berkata istilah sumpah laknat tidak ada dalam perundangan Islam kecuali membabitkan perkara mengenai "li'an".

Dalam Islam, ucapan li'an dilakukan oleh suami yang nampak isterinya berzina dengan lelaki lain, tetapi tidak dapat mendatangkan seramai empat orang saksi.

Manakala Istilah "mubahalah" (saling laknat melaknati) yang disebutkan dalam Surah Ali Imran ayat ke-61 pula tidak merujuk kepada perundangan Islam.

SUMBER: 



Read more »

Monday, December 23, 2019

KAWASAN TADAHAN AIR KUALA TERLA BERKAIT SUNGAI ICHAT: KENYATAAN RASMI



KENYATAAN RASMI KERAJAAN NEGERI PAHANG BERKAITAN ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN YANG DILAKSANAKAN DI KAWASAN TADAHAN AIR KUALA TERLA BERKAIT SUNGAI ICHAT, MUKIM ULU TELOM DAERAH CAMERON HIGHLANDS.


Susulan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak berkaitan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan ke atas penerokaan secara haram di kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom Daerah Cameron highlands, Kerajaan Negeri Pahang menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah berlandaskan kepentingan umum bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan kepentingan rakyat sentiasa dipelihara. Bagi kawasan ini sejumlah 11 penerokaan haram terlibat bagi peringkat pertama dan 37 penerokaan bagi peringkat kedua. Keseluruhan kawasan terlibat adalah 121 hektar (300 ekar) di mana 24 hektar (60 ekar) bagi peringkat pertama dan 97 hektar (240 ekar) bagi peringkat kedua. Tindakan diambil di bawah peruntukan Seksyen 425(1) Kanun Tanah Negara 1965 kerana menduduki tanah kerajaan tanpa izin sejak tahun 2009. Notis mengosongkan telah dikeluarkan sejak 19 Ogos 2009 tetapi aktiviti penerokaan tanpa izin masih diteruskan selepas itu. Notis selanjutnya bagi peringkat pertama telah dikeluarkan pada 18 Februari 2019 dan tindakan penguatkuasaan peringkat pertama melibatkan 11 kawasan penerokaan telah dilaksanakan bermula 25 Februari sehingga 19 Mac 2019. Notis pengosongan peringkat kedua kepada baki 37 penerokaan tanpa izin telah dikeluarkan pada 14 mac 2019.


Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memastikan segala tindakan penguatkuasaan yang telah dan akan diambil mematuhi segala perundangan yang berkuatkuasa serta berlandaskan ‘rule of law’. Buktinya, tindakan meroboh yang telah dilaksanakan di Sungai Ichat sebelum ini telah dihentikan apabila Peneroka-Peneroka telah memperolehi perintah untuk injunksi interim bertarikh 11 Mac 2019 daripada Mahkamah Tinggi Kuantan. Walaubagaimanapun, Plaintif-Plaintif dalam saman pemula ini telah menarik balik permohonan mereka di mahkamah dan memberhentikan tindakan saman tersebut pada 30 September 2019.


Sejajar dengan keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke Daerah Cameron Highlands pada 7 September 2019, Baginda turut menitahkan agar semua pihak menghentikan segera pencerobohan di kawasan tadahan air Kuala Terla khususnya Sungai Ichat di bawah Mukim Ulu Telom. Keprihatinan yang tinggi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap isu alam sekitar di Cameron Highlands terutama di Sungai Ichat tidak dapat dinafikan apabila Baginda Tuanku berkenan mencemar duli meninjau tapak pencerobohan Sungai Ichat di Kuala Terla pada tarikh yang sama.


Susulan dengan itu juga, Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 14 Oktober 2019 memutuskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Dan Pasukan Gerak Am PDRM (PGA) di atur gerak dan ditempatkan di daerah Cameron Highlands bagi membantu usaha mengekang aktiviti pencerobohan serta menunjukkan keberadaan (show of presence) anggota keselamatan. Selanjutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highlands yang dipengerusikan bersama oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Pahang pada 9 Disember 2019 telah bersetuju agar Ops Lestari 2 diteruskan dan penempatan pasukan keselamatan ATM dan PGA ke daerah Cameron Highlands bermula 16 Disember 2019.


Bagi memastikan kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom Daerah Cameron Highlands ini terus terpelihara, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 13 Mac 2019 telah meluluskan pewartaan kawasan terbabit seluas 121.12 hektar (300 ekar) sebagai Hutan Simpan Sungai Ichat. Aktiviti kawalan termasuk penjagaan dan penanaman pokok hutan bagi fasa satu telah dilaksanakan oleh Pejabat Perhutanan Negeri Pahang sebaik sahaja tindakan penguatkuasaan selesai dijalankan.


Kerajaan Negeri Pahang juga komited untuk meneruskan tindakan penguatkuasaan ini dan tidak akan berkompromi demi memastikan kelestarian serta kesejahteraan rakyat di daerah Cameron Highlands dapat di realisasikan.


Loji air Kuala Terla adalah Loji air yang terpenting dan terbesar menyalurkan lebih 70% kepada keperluan air bersih di Cameron Highlands (meibatkan 8,332 akaun). Loji ini mempunyai ‘design flow capacity’ air mentah sebanyak 855m3/jam. Tetapi buat masa ini, Sungai Terla hanya mampu menyediakan 580m3/jam dan kadangkala berkurangan. Aliran air mentah kini sudah tidak mampu menampung keperluan semasa dan pembangunan akan datang di Cameron Highlands buat masa terdekat ini. Justeru, untuk meningkatkan lagi jumlah aliran air mentah,maka air mentah dari Sungai Ichat amat diperlukan. Berdasarkan pemantauan oleh Perbadanan Air Pahang (PAIP) kualiti air di Sungai Ichat telah mula pulih selepas tindakan penguatkuasaan diambil dan kerja-kerja pembersihan dilakukan hampir setiap minggu oleh pihak PAIP. Berdasarkan perancangan semasa, pihak PAIP bercadang untuk melakukan pengalihan Sungai Ichat untuk bercantum dengan Sungai Terla bermula suku tahun kedua tahun 2020 sebagai mana rekabentuk asal pembinaan loji air Kuala Terla. Tindakan ini diharapkan akan dapat meningkatkan dan menstabilkan aliran air mentah untuk kegunaan di loji air Kuala Terla.


Sekian,terima kasih.

Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, SSAP.,SIMP.,DIMP.,JSM.,PJK
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang


Read more »

CADANGAN SPR TIDAK PERLU ADAKAN PRK SATU TINDAKAN LACURKAN DEMOKRASI






Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor Amin Mohd Shukor menyifatkan, cadangan Pengerusi Jawatankuasa penambahbaikan pilihan raya Ab Rashid Ab Rahman supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem baru agar tidak perlu lagi diadakan pilihan raya kecil Parlimen selepas ini dan kekosongan itu diisi secara automatik oleh parti politik penyandang adalah satu tindakan melacurkan demokrasi yang diamalkan selama ini.

Jelas beliau, ini adalah satu usaha halus yang sangat jahat dan ia secara tidak langsung menidakkan hak rakyat.

“Sekiranya SPR menerima cadangan ini maka hilanglah demokrasi dalam negara ini. Bagi saya, ini adalah cara keji untuk PH mengekalkan kuasa dan ia adalah satu tindakan terdesak untuk mereka menang dalam PRU-15 nanti.




“Tindakan ‘halus’ serta ‘jahat’ ini mungkin tidak disedari oleh banyak pihak kerana memang kelaziman kerajaan PH sentiasa bersandiwara dalam banyak perkara termasuklah memenuhi janji dan manifesto pilihan raya. Apatah lagi memenuhi hasrat jahat mereka dalam mengekalkan kuasa… maka perkara ini akan menjadi wayang mereka seterusnya,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Amin, momentum positif kemaraan parti pembangkang serta kemarahan rakyat yang tidak mampu ditangani dengan bijak oleh pihak kerajaan telah menyebabkan mereka seboleh mungkin menghalalkan segala cara demi mengekalkan kuasa.

“Mereka sebenarnya memang sedang takut melihat kemarahan rakyat yang diterjemahkan dalam beberapa siri PRK. Jadi, usaha atas nama ‘reformasi sistem’ adalah jalan pintas terbaik kerajaan pimpinan PH mengekalkan kuasa mereka.

“Diktator, ketidakpedulian suara rakyat serta mementingkan diri kerajaan pimpinan PH adalah mungkin cerminan paling baik sikap pemimpin PH buat masa ini. Berilah alasan apapun, sekiranya benar mereka melaksanakan cadangan tersebut maka hak rakyat telah ‘dilacurkan,” bidas beliau lagi.


Read more »

Sunday, December 22, 2019

PESERTA FELCRA TIDAK PERLU BIMBANG ISU PEMILIKAN TANAH




KUALA LIPIS - Kerajaan Pahang akan segera menyelesaikan isu membabitkan hak milik tanah peserta Felcra Kuala Medang dalam masa terdekat.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihak pengurusan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis sedang berusaha menyelesaikan masalah pemilikan di tanah rancangan terbabit.


"Peserta yang tidak terlibat dengan masalah hakmilik tanah tidak perlu bimbang kerana hak pemilikan akan diserahkan secepat mungkin kepada mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) Yayasan Pahang 2020 Kawasan Jelai di Dewan UMNO Cameron Highland, Sungai Koyan.


Hadir sama Exco Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Abd Aziz Mat Kiram; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long; ADUN Cameron Highlands, Ramli Datuk Mohd Nor; Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim; dan Yang Dipertua Pas Cameron Highland, Abdul Karim Noor.


Beliau berkata, apabila segala proses dan urusan selesai satu majlis khusus akan dianjurkan bagi tujuan penagihan geran pemilikan.

SUMBER: 


Read more »

Saturday, December 21, 2019

BANJIR PAHANG: POSITIF DI TEMERLOH, PARAS AIR MENINGKAT DI ROMPIN DAN PEKAN



KUANTAN –  Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, dua jalan di daerah Rompin melibatkan Jalan Lubuk Batu dan Jalan Ibam Kampung Aur ditutup sepenuhnya untuk semua kenderaan.


"Satu lagi di Pekan iaitu Jalan Kuala Mentiga, Terapai hanya ditutup untuk kenderaan ringan.


"Jalan Labuk Batu dan Jalan Ibam Kampung Aur masing-masing dinaiki air sedalam 2.70 meter (m) dan 1m, manakala Jalan Kuala Mentiga, Terapai dinaiki air sedalam 0.35m," katanya.


Dalam pada itu Zainal berkata, keadaan banjir di negeri ini menunjukkan menunjukkan perkembangan positif apabila hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Temerloh setakat ini.


“PPS yang terlibat iaitu PPS SK Batu Kapor dan SK Bukit Cermin masih menempatkan 272 mangsa daripada 73 keluarga.


“Kampung yang terlibat banjir juga masih kekal tiga buah kampung iaitu Kampung Batu Kapor, Kampung Chatin Bawah dan Kampung Sungai Buluh,” katanya.


Sementara itu, menurutnya, dua sungai menunjukkan amaran berwaspada iaitu Sungai Pahang Paloh Hinai, Pekan dengan bacaan 10.01m berbanding 6.50m paras normal, manakala Sungai Lipis Batu Malim dengan bacaan 1143.46m (1132.36m paras norma

Read more »

Thursday, December 19, 2019

[KUANTAN] SKUAD BENCANA PAHANG SUDAH "SIAP SEDIA"









"Siap Sedia" motto Skuad Bencana Negeri Pahang. Skuad yang terhasil dari gabungan NGO-NGO Negeri Pahang. Pelancaran Skuad Bencana Negeri Pahang ini telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di perkarangan Stadium Darul Makmur, pada petang tadi.


Turut sama hadir pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia ,Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari Bin Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang YB. Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang YB. Encik Abd Rahim bin Muda, Ketua-ketua jabatan agensi-agensi yang terlibat dengan bencana. tutut sama adalah dari Skuad Sabil serta Unit Amal PAS.






Skuad Bencana ini ditubuh adalah untuk membantu agensi-agensi seperti Bomba, JKM, Pertahanan Awam serta agensi-agensi yang lain ketika berlaku sebarang kemungkinan bencana yang di negeri Pahang.

Skuad Bencana ini ditubuhkan dari gabungan sebanyak 48 NGO yang terdiri dari 421  Peserta yang dari segenap pelusuk Negeri Pahang.

Dalam majlis berkenaan juga YAB Menteri Besar turut sempat membuat penyerahan cek sumbangan Kerajaan Negeri Pahang Kepada NGO-NGO dan individu. seramai 32 penerima telah menerima cek yang keseluruhannya berjumlah RM 363,700.00.

Kerajaan Negeri Pahang juga telah membelanjakan sebanyak RM 22,356,523,99 sepanjang tahun 2019 antara yang menerima sumbangan yang telah disalurkan kepada NGO, bantuan pelajaran dan bantuan kesihatan.






Read more »

2 SUNGAI MELEPASI PARAS AMARAN SEMENTARA 6 LAGI PARAS WASPADA




KUANTAN: Infobanjir.water.gov.my hari ini melaporkan  paras Sungai Pahang di Sungai Lepar mencatatkan 29.35 meter (m) berbanding paras normal 27 m manakala Sungai Triang di Bera mencatat 33.90 m berbanding paras normal 31 m.


Bagaimanapun, enam lagi sungai merekodkan tahap waspada iaitu Sungai Kuantan 5.24 m (paras normal 2.00 m), Sungai Pahang di Lubuk Lubuk Pasu, Temerloh merekodkan 29.61 m berbanding paras biasa 29 m.


Sungai Pahang di Paloh Hinai 9.54 m (paras normal 6.50 m), Sungai Pahang di Kampung Chenor dan Lubuk Paku, Maran masing- masing mencatat paras air 20.77 m dan 17.26 m.


Sehubungan itu, penduduk yang tinggal di kawasan rendah terutama berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa bersedia untuk berpindah jika berlaku banjir.


Sementara itu, seramai 1,132 mangsa daripada 311 keluarga di Pahang masih ditempatkan di lapan pusat penempatan sementara (PPS) di seluruh negeri itu.


Menurut aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga daerah yang masih dilanda banjir iaitu Rompin, Bera dan Temerloh.


Lima PPS dibuka di Rompin iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pianggu, SK Sarang Tiong, Dewan Kampung Setajam dan Balai Raya Bukit Lepas,


Dua PPS di Temerloh ialah SK Batu Kapor dan SK Bukit Cermin manakala Kompleks Rakan Muda pula di Bera.


Read more »

Wednesday, December 18, 2019

[BERITA BERGAMBAR] BANJIR SEKITAR SUNGAI PAHANG MENINGKAT






KUANTAN: 18.12.2019 : InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikemaskini sehingga jam 12 tengah hari tadi, bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,123 mangsa daripada 301 keluarga berbanding seramai 1.030 mangsa daripada 264 keluarga pagi tadi.


Semua mangsa berada di sembilan pusat pemindahan di tiga daerah terjejas, Rompin, Temerloh dan Bera.


Daerah Rompin masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 980 mangsa daripada 253 keluarga di mana tujuh PPS masih dibuka.


PPS SK Pianggu masih menempatkan 283 mangsa daripada 82 keluarga, SK Sarang Tiong (214 mangsa daripada 45 keluarga), PPS Kampung Setajam (187 mangsa daripada 51 keluarga), Balai Raya Kampung Rekoh (122 mangsa daripada33 keluarga), Bukit Serok, (92 mangsa daripada 21 keluarga), Balai Raya Kampung Denai (49 mangsa daripada13 keluarga) dan Bukit Lepas (33 mangsa daripada lapan keluarga).


Di daerah Bera, seramai 25 mangsa dari enam keluarga masih berada di PPS Balai Raya Kampung Pasal.


Sementara itu, paras air Sungai Lepas di Stesen Jambatan Gelugor di sini melepasi paras amaran apabila merekodkan bacaan 29.35 meter.


Turut melepasi paras amaran, Sungai Triang dengan bacaan 33.83 meter berbanding paras amaran, 33.80 meter sehingga jam 8 pagi tadi.


Sehingga kini, dua laluan masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu, jambatan Lubuk Batu di Rompin yang dilimpahi air sedalam 3.70 meter dan Jalan Sungai Yap- Pasir Tambang di Jerantut dengan kedalaman air 0.35 meter.


Manakala Jalan Maran – Jerantut Benta (kuil),Jalan Maran- Jerantut Benta ( simpang Liyana Tomyam), di Maran, Jalan Ulu Retang- Merting (Ladang Sawit Air Hitam) di Jerantut dan Jalan Kemayan- Tembangau di Bera ditutup kepada kenderaan ringan.




Read more »

Tuesday, December 17, 2019

PELEKAT TULISAN JAWI BOLEH DIGUNA PADA PAPAN TANDA SEKARANG



KUANTAN - Pemilik premis di Pahang dibenar menggunakan pelekat tulisan jawi pada papan iklan tanpa perlu menukarkan semua tulisan tertera di papan berkenaan.


Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abd Rahim Muda berkata, kaedah itu bertujuan memudahkan semua pemilik premis di negeri itu agar mematuhi arahan penggunaan tulisan jawi.


"Kita sudah beri tempoh kira-kira 12 bulan kepada pemilik premis dan ia sudah memadai untuk mereka menukar atau menambah tulisan jawi pada papan tanda premis masing-masing.


"Malah, kaedah juga sudah dipermudahkan bagi memastikan kelancaran proses pelaksanaan tulisan jawi pada semua papan tanda dan iklan di Pahang yang berkuat kuasa 1 Januari ini," katanya


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Smart Partnership Back To School 2020 di Dewan Utama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) hari ini.


Pada majlis itu, seramai 200 murid dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) menerima sumbangan beg sekolah dan baucer alat tulis bernilai RM80.


Turut hadir, Setiausaha MPK, Datuk Hamiza Hamzah.


Mengulas lanjut Abd Rahim berkata, pelekat tulisan jawi yang dilekatkan pada papan tanda dan iklan perlu lebih besar daripada tulisan rumi supaya dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai selain diletakkan di bahagian atas.


Katanya, pemilik premis yang ingkar atau gagal mempamerkan tulisan jawi akan dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM250 bagi kesalahan pertama.


"Kalau pemilik enggan mematuhi arahan buat kali kedua, lesen perniagaan boleh dibatalkan," katanya.


Sementara itu Abdul Rahim berkata, kerajaan Pahang mengambil maklum titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan pengumuman mengenai cadangan menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi pada semua papan tanda premis perniagaan di negeri ini melalui pelaksanaannya pada Januari lalu.



"Tidak ada keperluan untuk kita menunda pelaksanaan dan penguatkuasaan ini. Kita sudah berikan masa secukupnya kepada semua pihak," katanya.

Read more »

Monday, December 16, 2019

BIASISWA SEKOLAH RENDAH YAYASAN PAHANG RINGAN BEBAN



BIASISWA SEKOLAH RENDAH YAYASAN PAHANG RINGAN BEBAN


“Kurang sedikit beban saya untuk sediakan persiapan sekolah anak-anak,”kata Maimel Ismail ketika ditemui selepas Majlis Moh Ke Sekolah Serta Penyampaian Bantuan Persekolahan Yayasan Pahang Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Kuala Krau, hari ini.

Maimel, 34, yang merupakan Orang Asli dari Kampung Paya Taram mengakui merasa lega dan bersyukur apabila dua anaknya menerima Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) daripada Yayasan Pahang.

“Saya bekerja sebagai penoreh sahaja, bila musim hujan macam sekarang memang saya cukup risau dengan duit untuk sekolah anak-anak.

“Tapi dengan bantuan yang dapat hari ini, dapatlah saya beli baju sekolah, beg dan kasut serta alat tulis anak-anak,” katanya.

Program Moh Ke Sekolah ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.




Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH. Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha; Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato’ Razihan Adzharuddin dan Ketua Pegawai Korporat Yayasan Pahang, YBhg. Encik Airulamri Amran.

Nurul Ain Maimel, 11, pelajar SK Paya Taram menyatakan perasaan gembira kerana pertama kali menerima bantuan BSR ini.

“Cikgu beritahu suruh datang ke sini hari ini sebab dapat biasiswa daripada Yayasan Pahang. Saya cadang nak guna beli pakaian dan alatan untuk sekolah tahun depan,” katanya.

Sementara itu, pasangan kembar Nurul Aina Kahar dan Shafiq Haikal, 11, yang juga Orang Asli memberitahu mereka memang menantikan bantuan ini.

“Saya dapat BSR ini dari Tahun Empat lagi, jadi memang tunggu duit ini untuk beli alat tulis dan bayar apa-apa yang perlu bila sekolah buka nanti.

“Duit yang kami dapat ini juga dapat bantu keluarga kerana duit yang ada boleh diguna untuk perkara lain,” kata mereka.

Terdahulu, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim dalam ucapan perasmiannya berkata, bantuan ini adalah salah satu langkah Kerajaan Negeri membantu rakyat di negeri Pahang dari zaman dalu lagi.

“Ini (bantuan BSR) merupakan tradisi mengagihkan rezeki yang kita (Kerajaan Negeri) ada daripada sumber-sumber Kerajaan Negeri.

“Kita (Kerajaan Negeri) tidak mendahulukan kepentingan peribadi tetapi mendahulukan kepentingan anak-anak di negeri Pahang untuk diutamakan dan disejahterakan,” katanya.

Seramai 360 murid tahun empat hingga tahun enam daripada 14 buah sekolah di sekitar DUN ini telah menerima bantuan daripada Yayasan Pahang.


Read more »

share2