Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 18, 2018

APAKAH TAULIAH PENCERAMAH AGAMA KINI DI BAWAH GOBIND SINGH DEO?






Jelaslah bahawa kebebasan bersuara yang selama ini diuar-uarkan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanyalah omongan kosong yang terpakai untuk kelompok sendiri sahaja, bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Malah katanya, lebih teruk lagi apabila Kerajaan PH menipu kononnya mahukan penceramah agama yang ‘non-partisan’ tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

“Terkesima saya membaca surat pengesahan pejabat Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang mengesahkan sekatan terhadap terhadap 10 penceramah agama popular tanahair termasuk Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Ahmad Dasuki, Ustazah Nurhafizah Musa, PU Amin, Ustaz Azhar Idrus daripada keluar bersiaran di mana-mana stesyen TV mahupun Radio,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, walaupun tidak dinyatakan sebab dan alasan yang jelas, namun umum mengetahui bahawa sekatan ini ada kaitan dengan kecenderungan politik mereka yang didakwa penyokong Pas.
“Memanglah Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menyekat mana-mana pihak cuma yang menjadi persoalan di manakah perjuangan kebebsan bersuara yang dilaung-laungkan sebelum menjadi kerajaan?

“Atau apakah kebebasan bersuara hanya bersifat terpilih kepada mereka yang menyokong Kerajaan PH sebagaimana 20 nama baru yang dikeluarkan.

“Lebih parah lagi apabila hari tauliah ceramah hari ini bukan lagi menjadi milik eksklusif Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri yang dinaungi Raja-Raja Melayu tetapi sudah diambil alih oleh Menteri Gobind Singh.”

Katanya, kalau nak diserahkan kepada JAKIM sekalipun, hakikatnya JAKIM tiada kuasa mengeluarkan tauliah.

“Sebab itulah di zaman kerajaan BN memerintah dulu apa sahaja yang berkaitan agama harus dirujuk dan dirundingi terlebih dahulu dengan Majlis atau Jabatan Agama Negeri-negeri.

“Malah nama-nama besar yang disekat oleh Gobind Singh tidak pernah dihalang kerajaan terdahulu walaupun jelas kecenderungan mereka kepada pembangkang Pas.”

Ujarnya, melihat senarai nama 20 penceramah baru yang dikeluarkan jelas sekali bahawa kebanyakannya adalah pendokong PH termasuklah bekas calon Parti Amanah Negara (PAN) Nik Omar; Pengerusi PAN Kelantan, Che Ibrahim, Pengerusi PAN Perlis, Zolkharnain Arifin; YB PKR, Suhaimi Kassim dan pimpinan Amanah PAN di peringkat nasional dan negeri. 



Read more »

PENGHIJRAHAN WAKIL RAKYAT UMNO BERSIFAT SEMENTARA DAN 'TACTICAL'






Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata penghijrahan keluar wakil rakyat UMNO adalah bersifat sementara dan sesetengahnya adalah ‘tactical’.

Jelas beliau, senario ini tidak seharusnya merencatkan proses ‘reinventing’ UMNO malah dari satu sudut ianya membantu memudahkan proses tersebut.

“Sebelum bertemu PRU-15, sekurang-kurangnya sekali lagi proses ‘internal cleansing’ akan berlaku. PRU-15 UMNO akan dipimpin generasi baru.

“Adalah penting UMNO dibersihkan bukan saja dari segi kepimpinan tapi juga budaya dan falsafah perjuangan. Rasuah, penyalahgunaan kuasa, factionalism, racism dan politik kebendaan adalah antara perkara yang wajib dihapuskan,” ujarnya dalam status yang dimuat naik di laman sosial ‘facebook’ beliau.

Justeru tambah Annuar, UMNO juga harus menjadi sebahagian dari ‘new alliance’ dengan ‘new deal’ dan ‘new hope’. Sekiranya ini dapat di lakukan lebih cepat maka ia lebih baik.

“Mereka yang keluar UMNO masih berjiwa UMNO…. termasuk Tun Mahathir. UMNO adalah parti dan tidaklah salah, yang salah adalah kita yang memimpin dan bukan UMNO.

“Setelah ia di perbaiki, saya mendoakan agar kiambang bertaut kembali agar perjuangan umat Melayu dan Islam di perkasakan. Dalam hal ini, saya secara peribadi merasakan Tun M ada peranan yang sangat besar. Tun M sudah lakukan bermacam-macam untuk negara kecuali satu perkara iaitu perpaduan Melayu dan menjadikan Melayu dan Islam tiang seri politik negara.

“Secara peribadi saya merasakan usaha ‘memujuk’ dan ‘mencuri’ wakil rakyat UMNO melalui pintu belakang tidak memberi jaminan kepada BRRSATU. Apa lagi kalau yang dibawa itu merupakan ‘kayu mati’ yang sudah tiada pengaruh lagi. UMNO tidak mati malah akan semakin segar,” ujar beliau lagi.

Katanya lagi, adalah lebih baik Tun M memikirkan tindakan lebih berani iaitu melalui pintu depan kerana ‘rumah’ ini rumah asal Tun M sendiri.

“Masih ramai di sini yang merasakan Tun M adalah sebahagian dari rumah agam ini,” katanya.


Read more »

BN PAHANG YAKIN TIADA PEMIMPIN BERPALING TADAH



BN Pahang yakin tiada pemimpin berpaling tadah



BN Pahang yakin Ahli Parlimen dan Adunnya tidak akan berpaling tadah seperti didakwa oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagaimanapun beliau mengambil perhatian mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa wujud gerakan untuk membeli Ahli Parlimen dan Adun Pahang supaya berpaling tadah, seterusnya menjatuhkan BN di negeri itu.

"Saya yakin Adun-adun dan Ahli Parlimen akan memberi sokongan yang kuat dan masih setia bersama BN dan Umno," katanya yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Pahang di Dewan SUK di sini.

Menerusi laporan sebuah portal semalam, Ahmad Zahid mendakwa ada gunting dalam lipatan yang mengugut dan memujuk Ahli Parlimen dan Adun supaya BN Pahang tumbang.

“Saya ingatkan orang Pahang bahawa sudah ada gunting dalam lipatan. Saya tidak menuduh tetapi kita harus berhati-hati.

“Kita harus membendung agar Ahli Parlimen dan Adun di Pahang tidak berpindah ke sebelah sana sebab sudah ada yang berjumpa dengan orang itu," dakwanya.

sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, beliau terkejut dengan pendedahan Ahmad Zahid pada program 'retreat' Umno Bahagian Temerloh yang turut dihadirinya itu.

"Pasal perkara itu, kena tanya dengan Zahid. Saya dengar dia cakap sahaja...mungkin dia dapat maklumat itu daripada mana mana dan saya pun tak boleh nak cakap ada ataupun tidak kerana saya pun terkejut," katanya.


Read more »

Monday, December 17, 2018

TERGAMAK PEMIMPIN PH SAMAKAN PEMUNGKIRAN JANJI MANIFESTONYA DENGAN NABI SAW






Tergamak sungguh Pimpinan Parti Amanah Nasional (PAN) YB Khalid Samad menisbahkan dan menyamakan pemungkiran janji manifesto Pakatan Harapan (PH) mereka dengan junjungan Nabi SAW.

Demikian bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berikutan Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa Nabi pun pernah tidak dapat menunaikan janji, apatah lagi manusia biasa sebagai maklum balas terhadap janji manifesto PH yang belum dapat dilaksanakan.

“Hakikatnya Nabi SAW tidak pernah mungkir janji. Sedarlah bahawa Nabi SAW membuat apa jua tindakan dan keputusan bersandarkan wahyu, sedangkan manusia membuat tindakan dan keputusan bersandarkan nafsu.
“Beradablah dengan Nabi SAW. Usahlah terlalu rakus berpolitik sehinggakan mahu diheret Nabi SAW dalam menutupi kelemahan diri dan terus menerus menipu rakyat,” tegasnya.

Beliau turut menekankan bahwa Nabi SAW sendiri dalam hadith yang sahih melarang kita daripada sewenangnya mengaitkan sesuatu tindakan dan ijtihad kita atas nama hukum Allah.

“Pernah satu ketika Baginda melarang Panglima perang baginda bernama Buraidah untuk tidak menjatuhkan (menamakan) hukum Allah ke atas musuhnya apabila dia mengepung mereka.”

Katanya, Nabi saw bersabda yang bermakna:

“Maka sesungguhnya kamu tidak mengetahui adakah kamu menepati dengan hukum Allah ataupun tidak ke atas mereka, tetapi jatuhkanlah kepada mereka hukum kamu sendiri dan hukum sahabat-sahabat kamu”.
(Hadith riwayat at-Tabrani dalam al Mu’jam al Ausat)

“Maka renungilah bagaimana Nabi SAW membezakan antara hukum Allah dan hukum panglima perang yang sedang berijtihad. Baginda juga melarang untuk dinamakan hukum orang-orang yang berijtihad sebagai hukum Allah.”

Khalid dilapor berkata demikian ketika sesi penggulungan sebagai pengarah komunikasi di Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Hotel Casuarina, Ipoh, semalam. 




Read more »

AMBIL IKTIBAR DARI SEJARAH, KEHANCURAN KERANA PERPECAHAN DALAMAN






Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO akan runtuh sekiranya perpecahan terus-terusan berlaku dari dalam.

Jelas beliau, pemimpin dan ahli UMNO juga perlu belajar untuk redha dan bukan hanya memikirkan untuk menyelamatkan diri sendiri.

“Dalam keadaan sekarang kita harus redha. Allah nak ajar kita tapi kita tidak pernah belajar. Dalam keadaan kalah.. dalam keadaan kecundang, masih ada yang berfikir yang penting bukan parti kita tapi macam mana aku nak menyelamatkan diri aku.. nak elakkan diri aku daripada di siasat… macam mana aku nak pastikan diri aku tidak dituduh…

“Ertinya kita tidak ada istiqomah.. sebab kita merasakan diri kita dulu perlu diselamatkan bukan soal parti. Saya melihat, apa yang berlaku pada PRU-14, Allah menurunkan musibah kepada kita, Allah berikan suatu hidayah atau panduan kepada kita tapi untuk apa? Ini kifarah.. apa makna kifarah? ‘What you give.. this is what you get…’

“Saya bertanya kepada ulama termasuk di luar negara.. takkan dari ramai-ramai yang saya mohon agar mereka doakan untuk kemenangan UMNO dalam PRU-14 tidak dimakbulkan Allah.. mereka kata kepada saya ‘Tuan.. ini adalah satu proses pembersihan’,” ujar beliau ketika berucap dalam program Retreat UMNO bahagian Temerloh.

Tambah Zahid, UMNO juga seharusnya menggunakan peluru yang ada untuk menyerang musuh dari luar dan bukannya melayani masalah dalaman.

“Kita lihat apabila Belanda menyerang Melaka, orang dalam yang beri maklumat… bila Portugis serang Melaka, dalang dari dalam yang beri maklumat dan jual kedudukan. Bila British masuk, perjanjian Pangkor… kita tahu siapakah yang bekerjasama dengan British… ada orang dari dalam Istana.. bila Jepun masuk, kita lihat orang dalam juga yang menjual maklumat.. bila Komunis memerintah.. orang dalam juga yang maklumat.

“Ertinya, permasalahan dalaman ini menunjukkan UMNO ini dinamik dan kita lebih melayani masalah dalaman kita daripada bersama-sama untuk berkubu dan menggunakan peluru yang ada menyerang musuh daripada luar.

“UMNO tidak bergantung kepada seseorang pemimpin, UMNO terbentuk kerana hirerki dan prestasi kepimpinan dan itulah kekuatan sebenar UMNO,” tegas beliau lagi.

Read more »

KALAU NAK KELUAR, KELUARLAH... TAK PERLU BUAT DESAKAN






Pemimpin UMNO Tan Sri Shahrir Samad hari ini membidas tindakan beberapa bekas pemimpin kanan parti itu yang berterusan mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO sedangkan mereka sendiri bukan lagi anggota parti.

Ketua UMNO Johor Bahru itu berkata sebagai bekas anggota UMNO, mereka tidak layak membuat desakan itu kerana Ahmad Zahid dipilih oleh parti.

“Kalau nak keluar, keluarlah… ini yang menderhaka boleh menuntut pula kononnya jika presiden tidak letak jawatan maka lebih ramai anggota akan keluar. Itu tidak betul tempatnya.

“Janganlah hendak mengalihkan perhatian dengan menuduh orang lain tidak patuh sedangkan yang tidak patuh ialah awak (mereka yang keluar parti),” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Johor Bahru di sini.

Bekas Anggota Parlimen Johor Bahru itu mengulas dakwaan kononnya lebih ramai anggota UMNO akan meninggalkan parti sekiranya Ahmad Zahid masih enggan berundur.

Mengulas lanjut, Shahrir juga berkata beliau secara peribadi tidak faham mengapa Ahmad Zahid terus didesak meletak jawatan sedangkan presiden UMNO itu patuh terhadap kehendak pemimpin peringkat akar umbi.

“Kalau saya perhatikan, dari awal dahulu sewaktu Ahmad Zahid menjadi pemangku presiden, beliau pernah menyarankan parti agar melakukan amalgamansi (penggabungan) dengan parti-parti lain sebagai hala tuju baharu di masa depan tetapi UMNO telah menolaknya.

“Selain itu, Pemuda UMNO juga pernah menyuarakan agar jangan UMNO menyertai kerajaan melalui pintu belakang dan terus menjadi pembangkang berwibawa dan saranan dan pendapat itu dipatuhi Ahmad Zahid.

“Jadi, bukanlah Ahmad Zahid yang menolak keputusan dan pendirian UMNO tetapi mereka yang melompat (parti) inilah yang sebenarnya bergerak ke arah amalgamasi ataupun masuk kerajaan mengikut pintu belakang. Mereka inilah yang melanggar dan mengetepikan saranan dan pandangan pemimpin-pemimpin,” katanya.


Read more »

Saturday, December 15, 2018

[KUANTAN] BANJIR: SEMUA PPS DITUTUP



Banjir



Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini ditutup sepenuhnya petang ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusof berkata, penutupan semua PPS itu ekoran keadaan banjir pulih sepenuhnya dan mangsa kembali ke rumah masing-masing.


Menurutnya, perkembangan positif itu ekoran air yang melimpah di kawasan terjejas sudah surut dan keadaan cuaca juga bertambah baik tanpa hujan sejak petang semalam.


Read more »

[KUANTAN] SEMUA PPS DITUTUP KECUALI DI SK KEMPADANG



Mangsa banjir Terengganu terus meningkat



Semua pusat pemindahan sementara (PPS) akan ditutup hari ini kecuali di Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di sini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusof berkata, penutupan PPS di SK Sungai Ular, dewan orang ramai Balok dan di SK Beserah itu ekoran keadaan banjir pulih sepenuhnya dan mangsa boleh kembali ke rumah masing-masing.

Menurutnya, Perkembangan positif itu berikutan air yang melimpah di kawasan terjejas sudah surut dan keadaan cuaca juga bertambah baik tanpa hujan sejak petang semalam.

‘Pagi tadi dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang dan SK Sungai Isap Damai dan SK Cherating ditutup sepenuhnya selepas semua mangsa di situ dibenarkan pulang.

“Bagaimanapun sehingga jam 12 tengah hari tadi, 197 mangsa daripada 52 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan,” katanya.

Zainal berkata, PPS di SK Sungai Ular masih menempatkan 26 mangsa daripada tujuh keluarga dan SK Kempadang, 77 mangsa daripada 19 keluarga.

“Seramai 31 mangsa daripada lima keluarga masih berada di dewan orang ramai Balok dan 21 keluarga melibatkan 63 mangsa berada di PPS SK Beserah,” katanya.


Read more »

Friday, December 14, 2018

[LIPIS] MB PAHANG MENYAMPAIKAN WATIKAH KEPADA 542 PENGERUSI MPKK







YAB Menteri Besar Pahang hadir di Majlis Amanat Dan Penyampaian Watikah kepada 542 Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.

YAB Menteri Besar memaklumkan bahawa elaun JKKK telah tergantung selama 5 bulan berikutan perubahan kerajaan selepas PRU14 lalu.

Bagaimanapun, Menteri Besar berharap pihak MPKK nanti akan terus bergerak secara cergas bagi kemajuan kampung.

Seramai 542 Pengerusi MPKK dari daerah Lipis, Jerantut dan Raub menerima watikah perlantikan yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Dato' Sri Wan Rosdy.

Turut hadir dimajlis berkenaan adalah Exco Kerajaan Negeri YB Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin, YB Dato' Hj. Nazri Ngah, YB Dato' Sri Aziz Kiram dan YB Rahim Muda.

Hadir sama YB AhlI Parlimen Lipis, ADUN Padang Tengku, Pegawai-pegawai Daerah serta Penghulu-penghulu dan kakitangan kerajaan.


Read more »

JUMLAH MANGSA BANJIR DI PAHANG TURUN


Jumlah mangsa banjir di Pahang turun



Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini sehingga jam 12 tengahari menunjukkan penurunan kepada 421 mangsa berbanding 435 orang pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, sehingga jam 12 tengahari 122 mangsa dari 33 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating.

"SK Sungai Ular menempatkan 25 mangsa daripada tujuh keluarga, SK Kempadang, 77 mangsa daripada 18 keluarga, dewan orang ramai Balok, 31 mangsa daripada 5 keluarga dan di SK Sungai Isap Murni, 41 mangsa daripada sembilan keluarga.

" Di SK Sungai Karang, menempatkan 69 mangsa daripada 22 keluarga dan di SK Beserah, 56 mangsa daripada 17 keluarga," katanya.

Banjir dijangka pulih ekoran keadaan cuaca semakin baik.


Read more »

MANGSA BANJIR DI KUANTAN MENINGKAT



Ibu redah banjir demi keselamatan enam anak



Hujan lebat dan berterusan sejak malam semalam menyebabkan tujuh pusat pemidahan sementara (PPS) sudah di buka di daerah ini, setakat jam 3.30 pagi tadi.

Antara PPS yang sudah menempatkan mangsa ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating; SK Sungai Ular, SK Kempadang, SK Sungai Karang, Dewan Orang Ramai Balok, SK Sungai Isap Murni dan SK Beserah.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, seramai 367 mangsa membabitkan 100 keluarga telah ditempatkan di tujuh PPS terbabit.

“Di SK Cherating yang dibuka sejak malam kini mencatatkan bilangan mangsa paling tertinggi iaitu 94 mangsa, diikuti SK Kempadang (72),SK Sungai Karang (63), SK Beserah (56),SK Sungai Isap Murni (39), Dewan Orang Ramai Balok (30) dan SK Sungai Ular pula 22 mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, APM kini sedang memantau keadaan yang sama di kawasan kerap berlaku banjir di daerah ini.

Katanya, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan, begitu juga penutupan jalan di negeri ini.

“Pihak kita sedang meninjau keadaan banjir itu dan perkara utama yang dititikberatkan adalah berkenaan dengan keselamatan penduduk.

"Bantuan kecemasan akan terus diberikan kepada mangsa-mangsa terlibat oleh agensi bertanggungjawab dan kami juga sedang mengumpulkan data maklumat rumah serta kawasan yang terjejas dalam operasi ini,”katanya.


Read more »

Thursday, December 13, 2018

CHERATING MULA BANJIR



Cherating mula banjir



Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan Kampung Baru Cherating di sini, mula dinaiki air, pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, akibat itu seramai lima mangsa membabitkan satu keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Cherating.

“Kesemua mangsa dipindahkan kira-kira jam 9 pagi tadi berikutan kediaman mereka di Kampung Baru Cherating dinaiki air awal pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zainal mengingatkan penduduk di kawasan rendah memantau perubahan paras air di kawasan masing-masing.

Jelasnya, ini kerana daerah ini menerima hujan lebat sejak 24 jam yang lalu.


Read more »

MENJUAL KEKAYAAN NEGARA?






Sebahagian rakyat tahu negara akan mengalami masalah kewangan sebaik sahaja kerajaan mengumumkan pemansuhan GST. Masalah lebih besar bila pemansuhan tersebut turut memberi “tax holiday” selama tiga bulan. Ini mengakibatkan negara kehilangan sekitar RM14 bilion ringgit.

GST dibenci oleh perniagaan kerana ia mengurangkan keuntungan mereka dan diperguna oleh ahli politik untuk mendapat kuasa. Inilah punca “kematian GST”.

Di banyak negara yang parti politik menang dengan janji menghapuskan GST, mereka akhirnya melaksanakan semula setelah beberapa tahun memerintah.

Ketika seronok mendengar pemansuhan GST, negara mula berhadapan dengan keadaan kewangan yang tidak menentu. Kutipan cukai jualan masih tidak seperti yang diharapkan. Harga minyak yang tidak menentu telah menyebabkan keadaan kewangan negara makin tidak stabil.

Kerajaan membentangkan Bajet 2019 berdasarkan anggaran harga minyak mentah dunia sekitar USD70 setong. Walaupun ia merupakan anggaran kebanyakan penganalisis pasaran, namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab harus mengambil kira ketidaktentuan pasaran minyak mentah dunia.

Belum masuk 2019 harga minyak sudah jatuh ke sekitar USD51 setong. Malaysia hanya mampu berharap Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan mengurangkan pengeluaran minyak bagi meningkatkan kembali harga petrol ke sekitar USD70 setong.

Kekurangan sumber kewangan akan memberi masalah kepada pembangunan dan pengurusan negara. Kerajaan mula bercakap soal menjual dan mengapungkan aset bagi meraih tunai berbilion ringgit.

Kerajaan akan menjual bon samurai bagi meraih sekitar RM9 bilion ringgit. Kerajaan memberi isyarat bahawa akan menjual aset-aset syarikat berkaitan kerajaan bagi meraih tunai yang banyak.

Antaranya ialah cadangan penubuhan Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang (REIT) ini sebagai penggadaian dan penjualan aset kerajaan. Bekas Menteri Kewangan, Datuk Sri Mohd Najib Razak menempelak cadangan sebagai penjualan dan penggadaian aset negara.

Pada masa ini syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mempunyai perjanjian konsesi dengan kerajaan Malaysia iaitu perlu membayar sewa RM400 juta setahun.

Sebahagian besar saham MAHB adalah milik Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Justeru selain mengutip pajakan, kerajaan turut membuat untung melalui saham Khazanah Nasional dan rakyat mendapat faedah melalui dividen KWSP.

Menurut Mohd Najib, melalui REIT nanti kerajaan akan menjual 30% saham kepada pelabur dan memegang baki 70%. Ini akan membolehkan kerajaan mendapat sekitar RM4 bilion.

Kebimbangan Mohd Najib ialah pada masa hadapan jika kerajaan perlu wang lagi maka boleh jual lagi sebahagian REIT yang dipegang. Akhirnya suatu hari nanti semua lapangan terbang dalam negara milik orang lain.

REIT juga akan meningkat kos pengurusan lapangan terbang kerana syarikat perlu membayar nilai dividen yang tinggi kepada pelabur, dianggarkan sekitar 6.25%. Ini akan mendorong pihak pengurusan lapangan terbang menaikkan cukai lapangan terbang, kos sewaan, dan perkhidmatan lain.

Kerajaan juga dilaporkan akan melaksanakan REIT ke atas fasiliti lain seperti hospital dan keretapi. Dalam keadaan biasa REIT adalah satu cara cepat mendapat aliran tunai bagi melabur semula dalam pembangunan dan pengurusan sesebuah aset untuk keuntungan optimum.

Namun melaksanakan REIT pada aset kerajaan menimbulkan pelbagai persoalan lain kerana wang yang diperolehi tidak dilabur semula bagi mengoptimumkan hasil aset.

Sebaliknya RM4 bilion masuk ke kantung kerajaan bagi tujuan lain. Justeru pengguna akan dikenakan kos lebih tinggi kerana syarikat perlu membayar dividen yang tinggi kepada pelabur.

Selain cadangan REIT dan penjualan bon, kerajaan juga telah menjual aset Khazanah Nasional. Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mengumumkan penjualan 16 peratus kepentingan atau 1.40 bilion saham dalam IHH Healthcare Bhd (IHH) kepada Mitsui & Co Ltd.

Ini membabit pertimbangan tunai RM8.42 bilion atau RM6 sesaham. Penjualan ini bukan sahaja dilakukan cara rundingan terus tanpa tender malah akan mengurangkan pendapatan Khazanah Nasional dalam jangka masa panjang.

Dari tahun 2008-2017 Khazanah Nasional telah mencatatkan keuntungan hampir RM100 bilion. Asetnya telah berkembang dan meningkat dari RM33.7 bilion kepada RM115.7 bilion pada akhir 2017, iaitu keuntungan RM82 bilion.

Kekhuatiran kita ialah tindakan-tindakan mendapat tunai singkat ini akan menjerumus negara kepada krisis pada masa depan.

Jika arah aliran (trend) penjualan saham-saham premium Khazanah dan GLC lain berterusan tidak mustahil pendapatan kerajaan pada masa hadapan akan menyusut dengan teruk.

Ab Jalil Becker

* Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan nasionalis (Akar)


Read more »

share2