"Siap Sedia" motto Skuad Bencana Negeri Pahang. Skuad yang terhasil dari gabungan NGO-NGO Negeri Pahang. Pelancaran Skuad Bencana Negeri Pahang ini telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di perkarangan Stadium Darul Makmur, pada petang tadi.
Turut sama hadir pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia ,Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari Bin Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang YB. Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang YB. Encik Abd Rahim bin Muda, Ketua-ketua jabatan agensi-agensi yang terlibat dengan bencana. tutut sama adalah dari Skuad Sabil serta Unit Amal PAS.
Skuad Bencana ini ditubuh adalah untuk membantu agensi-agensi seperti Bomba, JKM, Pertahanan Awam serta agensi-agensi yang lain ketika berlaku sebarang kemungkinan bencana yang di negeri Pahang.
Skuad Bencana ini ditubuhkan dari gabungan sebanyak 48 NGO yang terdiri dari 421 Peserta yang dari segenap pelusuk Negeri Pahang.
Dalam majlis berkenaan juga YAB Menteri Besar turut sempat membuat penyerahan cek sumbangan Kerajaan Negeri Pahang Kepada NGO-NGO dan individu. seramai 32 penerima telah menerima cek yang keseluruhannya berjumlah RM 363,700.00.
Kerajaan Negeri Pahang juga telah membelanjakan sebanyak RM 22,356,523,99 sepanjang tahun 2019 antara yang menerima sumbangan yang telah disalurkan kepada NGO, bantuan pelajaran dan bantuan kesihatan.
0 comments:
Post a Comment